Trolak ialah sebuah bandar terletak di mukim Sungkai, daerah Batang Padang, Perak, Malaysia. Bandar ini merupakan kawasan pertanian hasil penerokaan kawasan pertanian getah sekitar tahun 1960-an. Bandar ini terletak sejauh 13 KM dari Sungkai, 21 KM dari Slim River, 32 KM dari Bandar raya Proton , 26 KM dari Bidor dan 33 KM dari Tapah. Trolak terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Trolak Utara, Trolak Timur dan Trolak Selatan. Ia menempatkan ramai peneroka FELDA dengan tanaman getah, kemudian ditukar kepada tanaman kelapa sawit.

Trolak

Trolak berasal dari kata 'tarak lah' iaitu hasil sebutan dan pemahaman pegawai pemetaan British pada zaman British.