Tsubasa: Reservoir Chronicle

Templat:Tsubasa Tokyo Revelations OVA

Tsubasa: Reservoir Chronicle
Jilid pertama Tsubasa: Reservoir Chronicle yang dikeluarkan oleh Del Rey Manga.
GenrePengembaraan, Fantasi, Romantis, Fiksyen sains, Komedi, Shounen
Diciptakan olehCLAMP
Manga
PengarangCLAMP
PenerbitJapan Kodansha United States Canada Del Rey Manga
Singapore Chuang Yi
Taiwan Hong Kong Tong Li
United Kingdom Tanoshimi
France Pika Édition
Spain Norma Editorial
Germany Egmont
Brazil Editora JBC
Republic of Korea Haksan Publishing
Mexico Editorial Vid
Thailand Vibulkij Publishing
Siri televisyen anime
Pengarah
Skrip/PenulisHiroyuki Kawasaki
Lagu/MuzikYuki Kajiura
StudioBee Train
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalNHK-E
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayangan9 April 20054 November 2006
Episod52 (Senarai episod)
Portal Anime dan Manga

Tsubasa: Reservoir Chronicle (ツバサ-RESERVoir CHRoNiCLE- Tsubasa: Rezaboa Kuronikuru), juga dikenali sebagai Chronicles of the Wings dalam Bahasa Inggeris, merupakan sebuah lagi manga karya CLAMP, sebuah kumpulan pelukis yang sedang hangat diperkatakan di Jepun. Tsubasa bermaksud sayap dalam Bahasa Jepun. TRC membawakan ramai watak yang pernah muncul di dalam karya-karya CLAMP yang lain seperti Cardcaptor Sakura, Chobits, xxxHOLiC dan banyak lagi. Jika hendak diikutkan, kebanyak watak yang muncul merupakan watak utama bagi sebuah karyaan CLAMP.

Kini masih dalam pencetakan,Tsubasa diterbitkan oleh Kodansha di Jepun, dan jilid yang keempat belas telah dikeluarkan dalam bulan April 2006 [1] dalam kedua-dua versi kulit keras dan versi kulit kertas. Di Amerika Utara, Del Ray telah diberi lesen untuk menterjemahkan siri ini dalam Bahasa Inggeris, dan di Singapura, siri ini diterbitkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina ringkas oleh Chung Yi.

Satu adaptasi animasi, Tsubasa Chronicle, telah menyiapkan dua musim pertamanya, dengan siaran musim ketiganya dalam April 2007. Siri animasi ini disiarkan oleh rangkaian televisyen animasi, Animax dalam lingkungan rangkaiannya di Asia Tenggara dan Amerika Selatan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol dan bahasa-bahasa lain. Musim pertama siri ini dan filem pertamanya telah dilesenkan untuk penyayangan di Amerika Utara oleh FUNimation Entertainment[2].

Ringkasan Plot sunting

Templat:Spoiler Sakura merupakan puteri Negara Clow, yang diperintah oleh abangnya, Raja Tōya. Rakan dari kecilnya Syaoran ialah seorang ahli kaji purba muda. Sakura didedahkan mempunyai kuasa aneh apabila dia mendapat bayangan simbol misteri dan tempat yang tidak pernah dilihat olehnya. Sementara itu, Syaoran terjumpa simbol yang serupa pada puing tapak cari galinya. Dia nampak Sakura berdiri di atas simbol atas tanah. Sayap kabur kelihatan dibelakangnya dan kuasa ganjil mula membawanya ke dalam dinding puing. Syaoran berjaya menyelamatkannya tepat pada masanya, tetapi sayapnya bertaburan menyeberangi dimensi. Paderi Besar Negara Clow, Yukito, serta merta menyedari bahawa 'sayap' Sakura merupakan manifastasi jiwa dan ingatannya; tanpa sayapnya dia akan mati. Untuk menyelamatkan Sakura, Syaoran mesti mengembara bagi mendapatkan kembali ingatan Sakura.

Yukito menghantar Syaoran dan Sakura yang tidak sedar kepada Ahli Sihir Ruang-Masa (Time-Space Witch), Yūko (salah satu watak utama dalam xxxHOLiC). Di sana, dia berjumpa dengan Kurogane, ninja yang kasar dan biadap, disingkirkan dari dunianya oleh Puteri Tomoyo, dan Fay D. Flourite (sebagaimana dieja dalam panduan rasmi CLAMP atau "Fai" sebagaimana diterjemah oleh Del Rey), ahli sihir yang melarikan dirinya dari dunianya bagi mengelakkan Raja Ashura. Setiap mereka perlu membayar pampasan dengan sesuatu yang paling berharga bagi dirinya untuk mendapatkan kuasa menyeberangi dimensi. Bagi Kurogane, dia dikehendaki memberikan pedangnya, Ginryu; bagi Fay pula, ialah tatu di belakangnya yang membenarkannya mengawal sihirnya (Fay kemudiannya mendedahkan bahawa dia masih memiliki kuasa sihir, tetapi telah bersumpah tidak akan menggunakannya tanpa tatu di belakangnya). Syaoran pula, dia mesti membayarnya dengan hubungan nya dengan Sakura: walaupun dia berupaya mendapatkan semula kesemua ingatan Sakura, Sakura tidak akan ingat apa-apa tentang Syaoran dan hubungan mereka berdua (Pengorbanan ini juga membiayai pampasan Sakura kepada Yūko, kerana apa yang dinilai tinggi oleh Sakura ialah ingatannya tentang dan hubungannya dengan Syaoran). Setelah ketiga-tiganya setuju dengan syarat-syaratnya, Yūko menghadiahkan mereka dengan kuasa menyeberangi dimensi; iaitu seekor makhluk putih bernama Mokona Modoki.

Sememtara mengembara pelbagai dunia untuk mencari bulu pelepah Sakura, keempat pengembara dan Mokona terpaksa mengatasi pelbagai cabaran dan musuh, salah satunya ialah watak dari masa lalu Syaoran yang ingin mengumpulkan bulu pelepah Sakura untuk sebab mereka yang tersendiri sebagaimana bulu pelepah Sakura dilihat sebagai objek yang mengandungi kuasa sakti yang besar.

Perhatikan bahawa oleh sebab terdapat perselisihan watak dengan xxxHOLiC, sebahagian isi plot antara kedua-dua manga sering berjalin antara satu sama lain.

Tsubasa Chronicle sunting

Tsubasa Chronicle (Jepun: ツバサ・クロニクル, Hepburn: Tsubasa Kuronikuru), juga dikenali sebagai Chronicle of the Wings, merupakan suatu adaptasi siri anime Jepun dari Tsubasa: Reservoir Chronicle, dianimasikan oleh Bee Train dan diarahkan oleh Koichi Mashimo. Siri pertama ditayangkan pada malam Sabtu di NHK dari 9 April 2005 sehingga 15 Oktober2005. Siri kedua bermula pada 29 April 2006 dan tamat pada 4 November 2006. Siri ini ditayangkan oleh jaringan televisyen anime, Animax, merentasi jaringannya di Asia Tenggara dan Amerika Selatan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, dan bahasa-bahasa lain.

Satu filem, Tsubasa Chronicle the Movie: The Princess of the Country of Birdcages (Jepun: 劇場版 ツバサ・クロニクル 鳥カゴの国の姫君, Hepburn: Gekijōban Tsubasa Kuronikuru Torikago no Kuni no Himekimi), ditayangkan di pawagam Jepun pada 20 Ogos 2005 bersamaan dengan ×××HOLiC the Movie: A Midsummer Night's Dream (Jepun: 劇場版 ×××HOLiC 真夏ノ夜ノ夢, Hepburn: Gekijōban Horikku Manatsu no Yoru no Yume). DVD filem tersebut dikeluarkan pada 25 Februari 2006. Filem tersebut turut berjalin dengan XXXHOLiC movie.

Tsubasa Tokyo Revelations OVA sunting

Selain itu, Tsubasa Tokyo Revelations juga merupakan OVA kepada Tsubasa Reservoir Chronicle.Tsubasa Tokyo Revelations (OVA) Episode pertama: "The Magician Message" dikeluarkan DVDnya pada 16 November,2007. Manakala Episode 2 OVA, iaitu "The boy's Right Eye" dikeluarkan pada 17 Januari,2008. Episode terakhir OVA Tsubasa Tokyo Revelations ialah "The Dream That The Princess Envisioned", dikeluarkan pada 17 Mac, 2008. OVA ini diarahkan oleh Shunsuke Tada dan dianimasikan oleh Production I.G. OVA ini mengisahkan ketika Syaoran, Sakura, Fai & Kurogane sedang mengembara ke dunia lain, secara tiba-tiba "Syaoran" yang sebenarnya telah bangun. OVA ini juga menjawab persoalan misteri Mata kanan Syaoran & Motif Fei Wong Reed.

Watak sunting

Templat:Spoiler

Watak utama sunting

  • Syaoran (Jepun: 小狼): Wira cerita ini yang (pada permulaan cerita) tidak mempunyai apa-apa kuasa ajaib, namun merupakan pengamal seni mempertahankan diri yang mahir dan bercita-cita menjadi ahli arkeologi yang luas pengetahuannya dalam pelbagai bahasa, sejarah dan artifk. Watak dipetik dari Cardcaptor Sakura.
    Mata kanannya buta; kadang-kala, dalam mimpi penuh misteri, dia boleh melihat melalui mata itu dan melihat wajah yang tidak dikenali sebagai dirinya dalam cermin. Sewaktu kecil Syaoran sering merayau-rayau di jalanan tanpa apa-apa kenangan, sebelum dijumpai dan dijadikan anak angkat oleh seorang lelaki (bapa Sakura dalam Card Captor Sakura), yang kini sudah meninggal lalu meninggalkan anak angkatnya untuk meneruskan kerjanya. Dia memperoleh pedangnya Hien ketika berdiam di Ōto, di mana dia belajar menggunakannya dari Kurogane, serta melatih untuk berlawan dari Seishirō yang kemudian menjadi musuhnya dan boleh merentas antara dimensi dan meluahkan hasratnya untuk memburu pontianak. Kini, terdapat dua versi Syaoran dalam cerita ini: Syaoran "sebenar" dan klonnya yang menjadi watak utama kebanyakan cerita. Kedua-duanya memiliki kuasa sihir yang amat banyak.
  • Sakura (Jepun: サクラ): Puteri Negara Clow yang periang, tidak mementingkan diri sendiri, dan berjiwa tabah. Dia menyatakan bahawa jika adanya sesuatu yang dia boleh lakukan, maka dia akan mencuba sedaya upayanya. Sayapnya merupakan manifestasi semangatnya, iaitu hati dan ingatannya. Watak dipetik dari Cardcaptor Sakura.
    Pada awal siri ini, Sakura ialah puteri Negara Clow yang jatuh hati terhadap Syaoran, rakan zaman kecilnya. Apabila dia hendak meluahkan perasaan kepada Syaoran, suatu kuasa misteri mengakibatkan kuasa sihirnya yang selama ini tidak aktif untuk bangkit dalam bentuk sayap berbulu. Setelah bulu pelepahnya tertabur di sekitar masa dan angkasa, Syaoran bersumpah untuk mendapatkan kembali setiap helai bulu pelepah yang mewakili secebis kenangan yang diingati Sakura sejak lahir dan disambung pada hatinya; tanpa bulu-bulu itu, dia akan mati. Fei Wong (penjahat utama siri ini) menguji kebolehan orang-orang seperti Paderi Yukito, Puteri Tomoyo, dan Yūko untuk merentas dimensi dan menyatakan bahawa kuasa yang terpendam dalam Sakura dan runtuhan Clow mengatasi segalanya.Seperti Syaoran,Sakura ini juga adalah klon ciptaan Fei Wong Reed.Sakura yang sebenarnya masih berada di Negara Clow dalam satu dimensi di mana masa tidak bergerak.Nama sebenarnya bukan Sakura tetapi Tsubasa (lihat siri akhir manga).
  • Kurogane (Jepun: 黒鋼): Ninja yang bersikap kasar dari Jepun zaman feudal, dibuang negeri kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab ketika menjalankan tugasnya. Secara terperinci, Kurogane dipandang sebagai pahlawan terhebat di dunianya, namun sikapnya yang sering membunuh semua penceroboh yang dilihatnya tanpa usul periksa menyebabkan Puteri Tomoyo memutuskan untuk menghukumnya sebegitu. Dia sering dilihat berpakaian serba hitam, maka dia digelar oleh Fay sebagai Encik Kuro. (Kuro dalam bahasa Jepun bermaksud "hitam.") Asalnya dia memiliki bilah Ginryū sebelum memyerahkannya kepada Yuko untuk menepati satu urusan dengannya. Meskipun sifatnya yang ganas, dia tidak kurang sikap belas kasihan dan berkesanggupan membela nasib teman-temannya. Watak ini adalah watak asli yang direka khusus bagi siri Tsubasa.
  • Fay D. Flourite (Jepun: ファイ・D・フローライト, Hepburn: Fai D. Furōraito): Seorang mage yang senang-lenang dari Negara Celes. Sungguhpun kelihatan sentiasa senang hati dan berpura-pura berpengetahuan kurang daripada yang sebernarnya, namun dia mempunyai banyak helah yang menanti sesiapa yang tidak menyangkanya. Adalah diketahui bahawa Fay merentas dimensi untuk melarikan diri daripada Raja Ashura, dan dia telah menukar bentuk "ciptaan" sendirinya, Chii (watak asalnya dari Chobits) menjadi perisai berupa jaring sebagai alat seolah-olah penggera bagi Fay jika Ashura bangkit. Ciptaan Fay iaitu Chii dicipta mengikut wajah ibu Fay. Fay dikatakan seorang putera yang diselamatkan oleh Raja Ashura dan mempunyai seorang kembar bernama Yuui yang telah mengorbankan diri demi kembarnya dalam cubaan melarikan diri pada masa dahulu. Watak ini adalah watak asli yang direka khusus bagi siri Tsubasa.
  • Mokona Modoki (Jepun: モコナ=モドキ): Makhluk yang diberi kepada Syaoran, Fay dan Kurogane oleh Yuko setelah menukarkan barang paling berharga mereka. Mokona ialah watak cross-over dari Magic Knight Rayearth (ciptaan CLAMP)serta salah satu makhluk kad dari Cardcaptor Sakura. Jantina Mokona masih tidak diketahui.

Watak sampingan sunting

  • Yuuko Ichihara (Jepun: 壱原侑子, Hepburn: Ichihara Yuuko): Juga dikenali sebagai Ahli Sihir Dimensi atau Ahli Sihir Ruang Angkasa-Masa, tinggal di Jepun masa sekarang.Watak dipetik dari xxxHolic.
  • Syaoran sebenar: Disimpan dalam sebuah bilik cecair di istana Fei Wong Reed, dnegan mata kirinya dilitupi sehelai kain, tangan dan lengannya diikat secara jampi serta pakaiannya bertandakan lambang kelawar Fei Wong Reed. Sebenarnya, inilah Syaoran yang asal manakala Syaoran di sisi Sakura ialah klon yang dicipta Fei Wong Reed. Syaoran ini merupakan darah daging Clow Reed maka dia boleh menggunakan sihir dan memberi separuh jantungnya kepada klonnya, Syaoran, untuk menghalang rancangan Fei Wong buat seketika. Dia digambarkan sebagai penjahat (adalah dipercayai bahawa dia sedang mengawal tindakan klon itu, tetapi hanya sifat semula jadi klon itu yang menonjol) sehingga adalah diketahui bahawa watak utama, Syaoran, merupakan klon. Tidak seperti klon itu, Syaoran sebenar ini mempunyai kebolehan sihir dan mampu menyeru pedang (yang amat menyerupai pedang yang dipakai Syaoran Li dalam Cardcaptor Sakura).Seperti Sakura,nama sebenarnya adalah Tsubasa.
  • Seishirou: Seorang pengembara penuh misteri dari masa silam Syaoran yang memperoleh kuasa merentas dimensi dari Yuuko. Dia sedang mencari kembar pontianak dan, seperti mana adik lelakinya, dia seorang pemburu harta karun, bukannya pemburu pontianak seperti yang disangka awal lagi. Kebolehannya termasuk menyeru Oni untuk bertarung dengannya. Dia mampu melakukan kebolehan-kebolehan ini dengan bantuan bulu pelepah Sakura yang gagal dipetik Syaoran ketika bertembung dalam wilayah Ōto. Seishirou sebagai pejuang yang berpengalaman juga pernah mengajar Syaoran teknik tendangannya. Dia merupakan watak dari Tokyo Babylon dan X/1999.
  • Subaru: Seorang daripada kembar pontianak yang diburu Seishirou dan kelihatan sebagai satu-satunya kembar yang dipentingkan pemburu itu. Setibanya di dunia 'Tokyo', Subaru tertidur dan tidak sedar lagi sehingga tibanya Syaoran dan rakan-rakannya. Dialah protagonis utama dalam Tokyo Babylon yang turut memainkan peranan penting dalam X/1999.
  • Kamui: Seorang lagi daripada kembar pontianak yang diburu Seishirou. Identiti sebenarnya terdedah setelah dia menyerang klon Syaoran dalam cubaan menggunakan darah Syaoran untuk membangkitkan Subaru. Kamui asalnya watak utama dalam X/1999. Dia dan Subaru memperoleh kuasa merentas dimensi sebagai sepasang kembar dari Yuuko. Adalah diingatkan bahawa dalam Tokyo Babylon, Kamui bukan adik kembar Subaru, lagipun usia mereka tidak sama. Subaru ada adik kembar perempuan bernama Hokuto.
  • Fuuma: Adik lelaki Seishirou yang juga seorang pemburu harta karun. Dia tiba di 'Tokyo' empat tahun sebelum Syaoran kisah bersama sepucuk bulu pelepah Puteri Sakura. Tidak banyak yang diketahui mengenainya sekarang, namun dia kelihatan berminat terhadap Kamui serta berkawan dengan Yuuko yang memberi barang-barang kepadanya apabila merentas dimensi. Dialah juga watak jahat dalam X/1999.
  • Puteri Tomoyo: Puteri negeri Jepun feudal yang menghantar Kurogane dalam pengembaraan bersama Syaoran, Puteri Sakura dan Fay. Tomoyo ialah tukang sihir miko yang kuat dan bertanggungjawab untuk memastikan para penjaga Jepun melindungi negara dari ancaman syaitan. Dia juga seorang yumemi (pengimbas mimpi) yang berkebolehan melihat mimpi orang lain. Satu lagi jelmaannya muncul di Dunia Piffle. Watak petikan dari Cardcaptor Sakura.
  • Raja Ashura: Raja Celes, yang berhunungan rapat dengan Fay. Fay menjampi Raja Ashura sehingga tidur pada permulaan Tsubasa dan membentuk Chii untuk ditugaskan sebagai penjaga Raja Ashura. Ashuralah sebab bagi Fay hendak merentas dimensi dan mengelak daripada kembali ke Celes, tetapi sebab Fay mengurungnya awal-awal begini dan Fay takut akan kebangkitan Raja Ashura belum diketahui. Raja Ashura ialah watak petikan dari RG Veda.
  • Clow Reed: Tukang sihir ini terikat pada jalan cerita, tetapi tidak muncul secara langsung kerana dia sudah lama meninggal sebelum bermulanya cerita. Seorang watak petikan dari Cardcaptor Sakura. Dia dan Yūko kelihatan mempunyai hubungan yang renggang. Satu lagi jelmaan, iaitu Raja Clow Reed juga telah meninggal sebelum bermulanya cerita, merupakan bapa Sakura dan Touya dalam Tsubasa.

Watak jahat sunting

 
Xing Huo (kiri) dan Fei Wong Reed (kanan)
  • Fei Wong Reed: Penjahat yang berkuasa dan penuh misteri dan sedang mengejar bulu pelepah Sakura. Dia kemudiannya didapati seorang keturunan Clow Reed dan amat tahu akan kuasa Yūko. Dialah yang mengurung Syaoran "sebenar" dan mencipta Syaoran yang menjadi protagonis Tsubasa. Sunggupun sudah memiliki kuasa merentas dimensi seperti Paderi Besar Clow dan Puteri Tomoyo, dia teringinkan sayap Sakura yang boleh mengatasi kuasa-kuasa semua yang mampu merentas dimensi, serta kuasa yang terselindung di bawah puing Negara Clow bagi "mengembalikan impian yang sudah berkecai". Dia tidak mengendahkan berapa banyaknya darah yang perlu ditumpah untuk mendapatkan kuasa itu; sesiapa yang dibunuhnya (atau hendak dibunuhnya) termasuk ibu Kurogane.
    Objecktif sebenar Fei Wong bukan untuk memperoleh bulu pelepah Sakura; sebaliknya, penaburan kenangan Sakura bertujuan memberi satu motif yang memaksanya untuk merentas dimensi untuk mengutip kembali serpihan kenangannya lalu memperoleh memori jasmani yang diperoleh Sakura melalui kuasanya sewaktu melawat pelbagai dimensi. Maka penghamburan memori-memori Sakura dan menjadikan Syaoran, Fay dan Kurogane menemani Sakura dalam perjalanannya adalah satu situasi yang dirancang dari awal oleh Fei Wong bagi mencapai "hajatnya".
  • Xing Huo: Pembantu Fei Wong. Tidak banyak yang diketahui mengenainya selain kenyataan bahawa dialah pembantu Fei Wong dan juga seolah-olah "ciptaan yang gagal". Namun begitu, makin lanjut cerita ini makin mendalam wataknya. Dalam Jilid 15 manga ini dia membantu Syaoran sebenar untuk bertemu dengan Yūko setelah bangkit (Jilid 10 xxxHOLiC), tetapi pernah menyatakan bahaw cuma sekali sahaja dia melakukannya. Xing Huo memberi sebab kepada Syaoran "sekiranya mimpi itu tiada penghujungnya." Sejurus selepas itu dia dibunuh oleh Fei Wong.
  • Kyle Rondart: Seorang ejen Fei Wong Reed, pertama sekali muncul dalam negara Jade sebagai dokotr yang baik yang sentiasa menolong penduduk desa dengan masalah mereka sewaktu kanak-kanak dalam desa itu mula ghaib. Mulanya dia kelihatan baik hati dan ikhlas, tetapi lama-kelamaan dalam keadaan hipnosis dialah yang mengerah kanak-kanaknya (kebanyakannya pesakitnya) kepada kota lama untuk menggali keluar bulu pelepah Sakura. Dia menjelma sekali lagi di Dunia Piffle sebagai orang yang sama, dengan menyedari bahawa Syaoran dan rakan-rakannya barangkali menganggap bahawa dia cuma satu lagi jelmaan dirinya. Di Dunia Piffle dia cuba mensabotaj perlumbaan mencari bulu pelepah Sakura, namun melarikan diri tanpanya.

Trivia sunting

  • Piffle juga merupakan nama kedai-kedai dalam karya CLAMP yang lain seperti Angelic Layer, xxxHOLiC dan Legal Drug. Nama sebuah syarikat peneraju Persocom dalam Chobits ialah "Piffle Princess Co."
  • Duklyon Bakery ialah sebuah lagi penubuhan lintasan yang dinamakan sempena kedai roti dari Duklyon karya CLAMP. Nama ini boleh dilihat sebagai logo pada beberapa bekas makanan. Karya CLAMP lain yang menampilkan logo Duklyon termasuk Cardcaptor Sakura, Chobits dan xxxHOLiC.
  • Pangsapuri yang diuruskan oleh Chitose Hibiya dalam Chobits muncul dalam Republik Hanshin dalam Tsubasa dan dikendali oleh Sorata dan Arashi Arisugawa. Terdapat satu versi keeropahan bagi pangsapuri ini di negara Jade, di bawah pengurusan Kyle Rondart. Pangsapuri yang sama lagi (atau setidak-tidaknya rekabentuk bangunan yang sama) boleh dilihat dalm karya CLAMP yang lain seperti xxxHOLiC dan Kobato.
  • Baru-baru ini satu petisyen dibuka di Internet oleh para peminat yang meminta Bee Train membikin semula musim kedua anime. Antara rungutan-rungutan dalam petisyen itu termasuk menukarkan perhubungan yang dikeraskan dan terlalu banyak episod tangkap muat.
  • Production I.G, juga merupakan studio kepada Tsubasa Chronicle the Movie: The Princess of the Country of Birdcages.
  • Dalam Tsubasa Tokyo Revelations, watak-watak seperti, Kamui, Subaru merupakan watak-watak yang terdapat dalam karya CLAMP sebelum ini, iaitu X/1999 dan Tokyo Babylon.

Lagu sunting

Pembuka
Penutup

Lagu Tsubasa Tokyo Revelations (OVA) sunting

Pembuka
Penutup

Nota dan Rujukan sunting

Puatan Luar sunting