Tuanku Munawir

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9

Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan dari 5 April 1960 - 14 April 1967. Baginda merupakan putera sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Maharunnisa binti Tunku Membang.

Tuanku Munawir
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pemerintahan5 April 1960 - 14 April 1967
Didahului olehTuanku Abdul Rahman
Diikuti olehTuanku Ja’afar
Tunku Laksamana
TempohApril 1937 - April 1960
Diikuti olehTunku Laksamana Nasir
Tunku Muda Serting
TempohJulai 1934 - April 1937
Didahului olehTuanku Abdul Rahman
Diikuti olehTuanku Ja’afar
KeputeraanTunku Munawari ibni Tunku Abdul Rahman
(1922-03-29)29 Mac 1922
Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan14 April 1967(1967-04-14) (umur 45)
Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
PemakamanMakam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan
PasanganTunku Ampuan Durah
Anakanda
  • Tunku Munawirah (mangkat 9 Oktober 1991)
  • Tunku Mudziah (mangkat 14 September 2004)
  • Tuanku Muhriz
  • Tunku Anne Dakhlah
  • Tunku Deborah
  • Tunku Deannah (mangkat 9 November 2017)
DinastiPagar Ruyung
AyahandaTuanku Abdul Rahman
BondaTuanku Ampuan Maharum binti Tunku Mambang
AgamaIslam Sunni

Biografi sunting

Almarhum Tuanku Munawir telah diputerakan pada 29 Mac 1922 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera sulung daripada 8 beradik. Tuanku Munawir mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan di Sekolah King George V, Seremban. Seterusnya baginda telah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di School of Oriental & African Studies (SOAS) di London, UK.

Pelantikan sebagai Putera Yang Empat sunting

Baginda telah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting pada 6 Julai 1934 pada usia 12 tahun setelah ayahanda baginda menaiki takhta Negeri Sembilan pada tahun 1933. Seterusnya baginda telah dilantik sebagai Yang Amat Mulia Tunku Laksamana pada 25 April 1937 pada usia 15 tahun.

Tuanku Munawir juga pernah menjadi Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebanyak 2 kali. Pertamanya pada 31 Ogos 1954 hingga November 1954 dimana ayahanda baginda berangkat ke luar negara. Dan kali kedua semasa ayahanda baginda diangkat sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang pertama bermula tanggal 3 September 1957 hingga 5 April 1960.

Yang di-Pertuan Besar (1960 - 1967) sunting

Baginda seterusnya menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan apabila ayahanda baginda mangkat pada 1 April 1960 ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama.

Adinda baginda iaitu Tuanku Ja’afar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 selepas kemangkatan baginda. Ketika kemangkatan baginda, anakanda baginda berusia 18 tahun dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar adinda baginda, Tuanku Ja’afar menaiki takhta dan dengan perkenan muafakat Majlis Undang Yang Empat telah dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Besar menggantikkannya.

Anakanda baginda, Tuanku Muhriz pula merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Tuanku Ja’afar yang mangkat pada 27 Disember 2008.

Kehidupan sunting

Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 1940, dan keduanya dengan Engku Fatimah Zaharah.

Rujukan sunting

Didahului oleh
Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1960-1967
Diikuti oleh:
Tuanku Ja’afar