Tuba ialah alat muzik bras yang paling besar dan mempunyai pic yang paling rendah. Ia terbuat daripada logam.[1] Ia pertama kali muncul pada abad ke-19, kini merupakan anggota alat muzik utama digunakan dalam sebuah orkestra moden.[1] Paten No. 19 Prusia diberikan kepada Wilhelm Friedrich Wieprecht dan Johann Gottfried Mortiz pada 12 September 1835 untuk membuat "tuba bes F".[2]

Tuba
Tuba F
Tuba F
Tuba F
Alat bras
PengelasanAlat muzik bras
Lingkungan dimain

A1 hingga Eb4 (Tuba E jenis biasa)

Alat muzik berkaitan

Bunyi tuba hasil getaran bibir pemainnya yang mengalirkan udara menuju paip.[1] Nada yang dihasilkan dapat dipengaruhi oleh panjang dan bentuk pipa, tekanan bibir, dan kelajuab aliran udara yang dihasilkan.[1] Pipa sengaja didesain berbentuk silindris agar suara yang dihasilkan bermutu baik. Tombol untuk mengatur nada hanya tiga buah, untuk menghasilkan nada tertentu pemain tuba harus menggabungkan tombol yang ditekan dengan tekanan bibir yang meniup.[1]

Orkestra lazimnya mempunyai sebuah tuba, namun 1 buah lagi tuba mungkin diperlukan bergantung kepada muzik gubahan dipersembahkan. Terdapat pelbagai jenis tuba, contohnya, tuba berpic F, E, C atau B. Sesetengah tuba boleh ditukarkan kepada tuba gaya pancaragam, dan alat ini dikenali sebagai "tuba pancaragam". Tuba digunakan dalam muzik jazz sejak awal lagi.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Phillips, H; Winkle, W. The art of tuba and euphonium. Sumi Birchard Inc. ISBN 0874876826.
  2. ^ "Vienna Symphonic Library". www.vsl.co.at (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-22.