Tumbuhan Ubat Köhler

Tumbuhan Ubat Köhler (atau Köhler's Medizinal-Pflanzen ) adalah buku berbahasa Jerman yang menyenaraikan tumbuh-tumbuhan herba yang terkenal pada akhir abad ke-19 karangan Hermann Adolph Köhler (1834 - 1879, doktor dan ahli kimia) yang juga merupakan pengarang utamanya dan disunting selepas kematiannya oleh Gustav Pabst. Buku ini pada asalnya telah diterbitkan pada akhir abad ke-19 oleh Franz Eugen Köhler dari Gera. Tajuk lengkap buku ini ialah Tumbuhan Ubat Köhler yang berilustrasikan seperti yang sebenar beserta penerangan ringkasnya: Atlas untuk tumbuhan ubat yang berasal dari Jerman, Austria, Belgium, Denmark, Swizerland, Hungary, Rusia, Sweden, Belanda, tanaman perubatan Inggeris, berserta Kanun Perubatan, dan juga Tumbuhan Perubatan Amerika Syarikat. (Köhler's Medizinal-Pflanzen in naturgetreuen Abbildungen mit kurz erläuterndem Texte : Atlas zur Pharmacopoea germanica, austriaca, belgica, danica, helvetica, hungarica, rossica, suecica, Neerlandica, British pharmacopoeia, zum Codex medicamentarius, sowie zur Pharmacopoeia of the United States of America).

Tumbuhan Ubat Köhler
Köhler's Medizinal-Pflanzen
Muka halaman pertama buku
Umum
PenyuntingGustav Pabst
PengarangHermann Adolph Köhler et al.
Tajuk asal
Köhler's Medizinal-Pflanzen in naturgetreuen Abbildungen mit kurz erläuterndem Texte. Atlas zur Pharmacopoea germanica, austriaca, belgica, danica, helvetica, hungarica, rossica, suecica, Neerlandica, British pharmacopoeia, zum Codex medicamentarius, sowie zur Pharmacopoeia of the United States of America.
NegaraGera, Jerman
BahasaJerman
Penerbitan
Pengilustrasi
  • K. Gunther
  • Walther Otto Müller
  • C. F. Schmidt
PenerbitFranz Eugen Köhler
Tarikh penerbitan
  • 1887 (Jilid 1)
  • 1890 (Jilid 2)
  • 1898 (Jilid 3)
Jenis media
Bercetak

Isi kandungan sunting

Buku atlas ini mengandungi sebanyak 400 helaian ilustrasi lukisan berwarna dan penerangan tumbuhan herba. Monograf yang disertakan mempunyai penerangan tumbuh-tumbuhan secara botani berserta kesan penggunaannya secara perubatan. Teks-teks yang terdapat dalam buku tersebut turut disertakan bersama dengan litograf kromo yang berkualiti tinggi, yang dapat diperhatikan pada kualiti lukisan disamping ilustrasi setiap bahagian tumbuhan yang sangat teliti dihasilkan semula. Oleh sebab itu, ilustrasi dalam buku ini masih digunakan sebagai rujukan pada masa kini untuk menerangkan fungsi tumbuhan secara saintifik.

Sejarah penerbitan sunting

Pada mulanya, Köhler menerbitkan buku herba tersebut sebanyak dua jilid: yang pertama pada tahun 1887, diikuti dengan yang kedua pada tahun 1890. Jilid pertama telah dihiasi dengan 84 helaian halaman penuh plat ilustrasi berwarna dan jilid dua pula dengan 110 helaian plat illustrasi. Jilid ketiga pula telah diterbitkan pada tahun 1898 yang berjudul Tumbuhan Perubatan Terkini dan Kecelaruannya (Neueste Medizinalpflanzen und Verwechslungen), merupakan jilid tambahan yang mengandungi penambahan maklumat dan pembetulan, termasuklah tambahan 80 helaian plat illustrasi berwarna. Penerbit juga ada mengumumkan tentang penerbitan jilid keempat akan tetapi buku tersebut tidak dikeluarkan. Kesemua plat berwarna dalam buku tumbuhan perubatan tersebut telah dihasilkan melalui proses yang dikenali sebagai kromolitografi. Para pelukis ilustrasi tumbuhan botani yang telah menyumbangkan karya mereka dalam penerbitan buku ini adalah Walther Otto Müller, C.F. Schmidt, dan K. Gunther.

Cetakan semula telah diterbitkan di Jerman seabad selepas jilid pertama diterbitkan, yang pertama merupakan karya yang disarikan, disusuli dengan ketiga-tiga jilid yang lengkap.

Nama Köhler kadangkala dieja sebagai Koehler atau Kohler.

Oleh sebab persamaan nama pengarang dan penerbit buku, Franz Eugen Köhler, seringkali berlakunya kesalahan yang memetik beliau sebagai pengarang buku tersebut.

Contoh ilustrasi sunting

Edisi cetakan semula sunting

  • Edisi cetakan semula yang lengkap dipetik dari jilid kedua yang asal tahun 1887/88 [recte 90]. Edisi Libri rari terbitan Verlag Schäfer, Hannover (Reprint von Auszügen aus dem Gesamtwerk nach der zweibändigen Original-Ausgabe 1887/88 [recte 90]. Edisi Libri rari im Verlag Schäfer, Hannover 1988), ISBN 978-3-88746-215-4
  • Edisi cetakan semula yang kedua. Edisi Libri rari terbitan Verlag Schäfer, Hannover (Zweite Reprintausgabe . Edisi Libri rari im Verlag Schäfer, Hannover):

Rujukan sunting

Pautan luar sunting