Tunku Zain Al-‘Abidin

Putera kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz (lahir 6 Julai 1982) atau lebih dikenali dengan nama Tunku 'Abidin Muhriz ialah putera kedua kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani.[1]

Tunku Zain Al-'Abidin
Keputeraan (1982-07-06) 6 Julai 1982 (umur 41)
Hospital Universiti, Petaling Jaya
Nama penuh
Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tunku Muhriz
DinastiPagar Ruyung
AyahandaTuanku Muhriz
BondaTuanku Aishah Rohani
AgamaIslam Sunni

Beliau merupakan pengasas kumpulan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs selaku Presiden serta penaung Yayasan Chow Kit dan Yayasan Munarah.[2] Beliau juga penulis kolum dalam akhbar berbahasa Inggeris Malaysia The Star sejak 2018.[3]

Kehidupan peribadi كهيدوڤن ڤريبادي sunting

Tunku Zain Al-'Abidin diputerakan pada 6 Julai 1982 di Hospital Universiti, Putrajaya, Selangor.

Kekanda dan adindanya lain ialah :

Pendidikan ڤنديديقن sunting

Tunku Zain Al-'Abidin mendapat pendidikan awal di Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur.

Beliau menyambung pengajian di Marlborough College, Wiltshire, United Kingdom.

Selepas itu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sosiologi dan Kerajaan dan Sarjana Sains (Perbandingan Politik dan Sejarah Empayar) di London School of Economics and Political Science.

Kerjaya كرجا sunting

Dermawan sunting

Tunku Zain Al-’Abidin juga dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti UCSI berikutan beliau mengetengahkan usaha-usaha yang diperlukan dalam bidang-bidang seperti aktivisme masyarakat sivil, sokongan dasar awam, inovasi perniagaan, inisiatif pendidikan serta memupuk bakat sukan dan muzik dalam kalangan komuniti UCSI.[4]

Beliau juga merupakan kehormat utama dalam Rejimen Askar Wataniah.

Penglibatan dalam seni muzik sunting

Tunku Zain Al-'Abidin sangat berminat dengan muzik dan juga mahir bermain piano. Beliau merupakan penaung Persatuan Seni Persembahan Euroasia atau lebih dikenali sebagai Euroasia. Beliau juga kerap menyokong usaha organisasi untuk membangunkan dan berkongsi pendidikan muzik serta persembahan. Tunku Zain juga membuat persembahan di Konsert Diraja UKM untuk beberapa tahun.

Beliau juga merupakan penaung diraja pertama Hands Percussion, kumpulan muzik Malaysia.

Sempena istiadat pertabalan ayahandanya, beliau menulis buku tentang sejarah Negeri Sembilan dan adat istiadat, dan memulakan projek besar menyusun rendisi baru untuk lagu kebesaran Negeri Sembilan, Berkatlah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan Orkestra Filharmonik Malaysia. Komposisi baru ini telah dilancarkan pada 26 Oktober 2010.[5]

Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن sunting

Gelaran hormat bagi
Tunku Zain Al-'Abidin
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku
  • 6 Julai 1982 - 28 Disember 2008 : Yang Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Muhriz
  • 29 Disember 2008 - kini : Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Mukhriz


Gelaran penuh beliau ialah :

Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz, D.K.Y.R., S.S.T.M.

Darjah Kebesaran درجه كبسرن sunting

Bibliografi بيوڬرافي sunting

  • Payung Berdaulat Warisan Beradat (2009). Istana Negeri Sembilan
  • Abiding Times (2011). Marshall Cavendish.[6]
  • Abiding Times 2 (2012). Marshall Cavendish
  • Roaming Beyond the Fence (2013). Editions Didier Millet

Rujukan رجوكن sunting

  1. ^ Saifuddin Abdullah. (19 Oktober 2021). [1]. Sinar Harian.
  2. ^ "Tunku Zain Al-'Abidin".
  3. ^ "Tunku Zain Al-Abidin | Authors". The Star. Dicapai pada 25 Ogos 2020.
  4. ^ Editor Wilayahku. (19 Januari 2021). [2]
  5. ^ "Lagu kebesaran negeri digubah semula". Utusan Online (dalam bahasa Malay). Utusan Melayu (M) Berhad. 28 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2016. Dicapai pada 25 Jun 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Abiding Times – an insight into the minds of Malaysia's thinking youth". Institute for Democracy and Economic Affairs. 3 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2017. Dicapai pada 9 February 2017.

Pautan luar ڤاوتن لوار sunting