Tupai akar malam

(Dilencongkan dari Tupai Akar Malam)

Tupai Akar Malam atau Tupai Ekor Kembang atau Tikus Kayu atau Tupai Ekor Bulu[2] (bahasa Inggeris: Pen-tailed Treeshrew atau Gunther Lesser Treeshrew) ialah sejenis tupai tanah yang yang terdapat di Indonesia, Malaysia dan Thailand.[1]. Nama saintifiknya Ptilocercus lowii dan ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Ptilocercus dan famili Ptilocercidae. Ia lainnya dikelompokkan dalam keluarga Tupaiidae.

Tupai Akar Malam
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Ptilocercidae

Lyon, 1913
Genus:
Ptilocercus

Gray, 1848
Spesies:
P. lowii
Nama binomial
Ptilocercus lowii
Gray, 1848

Taburan sunting

Tupai Akar Malam boleh didapati di Sumatra dan Kalimantan dalam Indonesia,[2] Malaysia dan selatan Thailand.

Ciri-ciri sunting

Tupai Akar Malam adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan Scandentia, tergolong dalam keluarga Ptilocercidae. Tupai Akar Malam adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Tupai Akar Malam terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Tupai ini dibezakan dari jenis tupai lainnya kerana ekornya yang gondol dengan hujung rambut putih, berbentuk seperti sayap ayam.[2] Tubuh berwarna coklat keabu-abuan di daerah punggungnnya.[2] Panjang badan sampai kepala 10 - 15 cm.[2] Ekor 13 - 21 cm.[2] Bobot 25 - 60 gram.[2] Mencari makan pada malam hari.[2] Umumnya hidup berpasangan, walaupun ada yang berkelompok sampai 5 ekor.[2] Makanan utamanya berupa serangga, seperti: lipas, kumbang semut, dan rayap.[2] Hidup di atas pohon yang tinggi di hutan, perkebunan getah atau di sekitar perhunian manusia, pada ketinggian 0 - 1.000 meter di atas permukaan laut.[2] Pada waktu tidur, badannya menggulung seperti bola.[2]

Tupai Akar Malam adalah salah satu daripada tujuh spesies mamalia liar yang sering meminum alkohol. Satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan ini di Malaysia mendapati bahawa setiap malam, ia menghabiskan kira-kira dua jam meminum nektar yang tertapai secara semula jadi dari buah bertam, sebanyak yang bersamaan 10 hingga 12 gelas wain yang mengandungi 3.8% alkohol. Meskipun sebegitu banyak meminum alkohol, namun Tupai Akar Malam ini langsung tidak mabuk. Sukatan biomarker etanol terurai menunjukkan bahawa mungkin haiwan ini memetabolismekan bahan alkohol itu melalui suatu laluan yang tidak begitu banyak digunakan oleh manusia.[3]

Pembiakan sunting

Sebagai mamalia, Tupai Akar Malam berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Tupai Akar Malam akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan sunting

Tupai Akar Malam merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Ptilocercus lowii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2006. 2006. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)
  2. ^ a b c d e f g h i j k l Hassan Shadily (1984). Ensiklopedi Indonesia. ke-6. Jakarta: Ictiar Baru-Van Hoeve & Elsevier Publishing Projects.
  3. ^ Wiens, Frank (2008-07-29). "Chronic intake of fermented floral nectar by wild treeshrews". Proceedings of the National Academy of Sciences. 105 (30): 10426–10431. doi:10.1073/pnas.0801628105. Dicapai pada 2008-07-29. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting

Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z