Twin Dragons (juga dikenali sebagai Shuang long hui atau Brother vs. Brother) ialah sebuah filem aksi komedi dari Hong Kong tahun 1992 arahan Ringo Lam dan Tsui Hark.

Twin Dragons
Poster filem Hong Kong
PengarahRingo Lam
Tsui Hark
PenulisBarry Wong
Tsui Hark
Joe Cheung
Wong Yik
Teddy Robin Kwan
Dihasilkan olehTeddy Robin Kwan
Ng See-Yuen
DibintangiJackie Chan
Maggie Cheung
Teddy Robin
Nina Li Chi
SinematografiArthur Wong
Wong Wing-Hung
Disunting olehMarco Mak
Muzik olehLowell Lo
Barrington Pheloung
Syarikat
penerbitan
Hong Kong Film Directors Guild
Distant Horizons
Diedarkan olehGolden Harvest
Media Asia Distribution Ltd.
Tarikh tayangan
15 Januari 1992
Masa tayangan
104 Minit
NegaraHong Kong
BahasaKanton
BajetHK$33,255,000 Million
Pecah panggungHK$33,225,134 Million

Plot sunting

Filem ini menceritakan tentang Mrs. Ma yang sedang bercuti ke Hong Kong lalu melahirkan dua anak kembar di salah satu hospital. Disamping itu, terdapat seseorang penjahat yang berusaha ingin melarikan diri dan mengambil salah satu anak Mrs. Ma untuk menjadi sandera. Selepas kehilangan bayi tersebut, bayi itu pun dianggap mati. Mrs. Ma pun balik ke New York dengan satu bayinya yang diberi nama Ma Yau.

Dua kembar yang terpisah sejak lahir kini sudah meningkat dewasa. Ma Yau berjaya menjadi seorang pemain piano dan Konduktor. Tetapi saudara kembarnya yang bernama Wan Ming rupanya masih hidup dan kini menjadi seorang montir jalanan.

Selepas dirinya dianggap sudah hilang dan mati, rupanya dia dibesarkan oleh salah seorang wanita yang bekerja menjadi pelayan di bar. Ma Yau yang tidak tahu bahawa dirinya mempunyai saudara kembar. Pada suatu hari dia berjumpa dengan Wan Ming, mereka pun saling menjadi keliru. Sampai akhirnya mereka terjerat di dalam dunia masing-masing.

Pelakon sunting

  • Jackie Chan sebagai Ma Yau/ Bok Min (John Ma/ Boomer)
  • Maggie Cheung sebagai Barbara
  • Nina Li Chi sebagai Tong Sum
  • Teddy Robin Kwan sebagai Tarzan
  • Anthony Chan sebagai Pekerja Hotel
  • Philip Chan sebagai Pengurus Hotel
  • Sylvia Chang sebagai Ibu kepada "dua anak kembar"
  • James Wong sebagai Ayah kepada "dua anak kembar"
  • Alfred Cheung sebagai Boss Wing
  • Jacob Cheung sebagai Pekerja Cafe

Pautan luar sunting