Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Afrika di Darfur (UNAMID) adalah misi kerjasama antara PBB dengan Kesatuan Afrika yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB melalui Resolusi 1769 pada 31 Julai 2007 untuk mengamankan wilayah Darfur di Sudan.

Mandat diberi selama 12 bulan (sehingga 31 Julai 2008) dengan menghantar 26,000 anggota bermula Oktober 2007. 7000 daripadanya dari Kesatuan Afrika (AMIS) dan telah lama ditempatkan di sana. Mereka akan digabungkan dengan UNAMID mulai 31 Disember 2007.

Pasukan ini termasuk 19,555 pasukan tentera dan 3772 polis yang membentuk 19 unit polis.

Pasukan pengaman UNAMID ini ditugaskan bagi melindungi orang awam dan operasi kemanusiaan UNAMID .

Penglibatan Negara-negara sunting

Negara-negara berikut sudah menyatakan yang mereka mungkin akan melibatkan diri:

Sumber sunting

Pautan luar sunting

Lihat juga sunting