UNIVAC I (Universal Automatic Computer) merupakan komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. UNIVAC I dibina dalam tahun 1951. Ia digunakan secara meluas oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC I berfungsi menggunakan tiub vakum/hampagas sebagai komponen dalaman komputer untuk memproses dan menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik bersaiz besar dan berat.

Komputer ini juga amat susah untuk diselenggarakan dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1 (bahasa peringkat rendah). Keupayaan storan komputer untuk generasi pertama ini adalah di antara 8,000 hingga 20,000 aksara, manakala pengiraannya pula dilaksanakan dalam mikrosaat.

Lihat juga sunting