U Television Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai U Telecom Media Holdings dan MiTV Corporation) ialah pengendali televisyen berbayar ketiga di Malaysia. Ia dilancarkan pada 5 September 2005 setelah memperoleh semua kelulusan yang diperlukan dari lembaga penapisan kandungan siarannya. Syarikat itu pada mulanya menawarkan 40 saluran dari pembekal kandungan di seluruh dunia.

U Television
JenisDVB-T
Negara
KetersediaanSemenanjung Malaysia
MotoChange Your View
PemilikBerjaya Media Berhad
Tarikh pelancaran
5 September 2005
Dibubarkan31 Oktober 2006
Nama lama
MiTV (Multimedia Interactive Television)
Laman sesawang
www.u.com.my
Logo sebagai MiTV

Pada 31 Oktober 2006, syarikat itu mengumumkan penyusunan semula yang termasuk penggantungan semua aktiviti pemasaran dan langganan baru. Di samping itu, kira-kira 66% daripada tenaga kerja syarikat telah diberhentikan.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "MiTV Announces New Technology Roadmap". 2006-10-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 2007-09-12.

Pautan luar sunting