Ubuntu ialah falsafah etika atau humanisme yang tertumpu kepada kesetiaan dan perhubungan sesama insan. Nama Ubuntu berasal dari bahasa-bahasa Bantu di selatan Afrika. Ubuntu dilihat sebagai konsep Afrika yang klasik.[1] Sistem pengendalian Ubuntu meminjam namanya dari prinsip ini.[2]

Nelson Mandela menjelaskan konsep Ubuntu (bahasa Inggeris).

Erti sunting

Archbishop Desmond Tutu memberikan takrifan yang lebih terperinci dalam buku No Future Without Forgiveness terbitan tahun 1999[3]:

Seseorang yang ada Ubuntu adalah terbuka dan sedia membantu orang lain, mengiyakan orang lain, tidak berasa diancam oleh kelebihan orang lain, kerana dirinya betul-betul yakin pada diri sendiri yang timbul kerana sedar bahawa dirinya tergolong dalam masyarakat raya, oleh itu dirinya turut diperendahkan apabila yang lain-lain dimalukan atau diperendahkan, diseksa atau ditindas.

Archbishop Desmond Tutu menjelaskan lagi Ubuntu pada tahun 2008:

Salah satu pepatah negara kami ialah Ubuntu - intisari kewujudan manusia. Ubuntu khususnya bercakap tentang hakikat bahawa seseorang tidak boleh wujud sebagai manusia sendirian. Ubuntu bercakap tentang kehubungan sesama kita. Anda tidak boleh menjadi manusia bersendirian, maka dengan adanya sifat Ubuntu ini, anda dihormati kerana berbudi baik. Kita terlalu sering melihat diri kita sebagai individu yang berasingan dari satu sama lain, padahal kita sebenarnya saling berhubungan dan tindakan anda mempengaruhi seluruh dunia. Apabila berbuat baik, baktinya melimpah ke seluruh manusia.

Louw (1998) berpendapat bahawa konsep Ubuntu menyifatkan seseorang individu dalam sebilangan perhubungan dengan orang lain, serta menekankan pentingnya Ubuntu sebagai konsep keagamaan. Katanya, walaupun pepatah Zulu berbunyi "umuntu ngumuntu ngabantu" ("seorang insan ialah insan melalui insan-insan (lain)") tidak berbaur keagamaan dalam konteks masyarakat Barat, namun dalam konteks Afrika pula menyatakan bahawa insan yang hendak dijadinya dengan berperikemanusiaan ialah seorang nenek moyang yang layak dihormati. Sesiapa yang mendukung prinsip Ubuntu sepanjang hidup, apabila meninggal, akan mencapai kesatuan dengan yang masih hidup.

Nelson Mandela menjelaskan Ubuntu seperti berikut:

Seseorang pengembara yang merentas negara berhenti di sebuah kampung tanpa perlu meminta makanan atau air. Sebaik sahaja berhenti, para penduduknya memberikan makanan dan hiburan kepadanya. Inilah satu daripada berbilang aspek Ubuntu. Ubuntu tidak bermaksud kita tidak patut menjaga diri. Maka persoalannya: Sanggupkah anda berbuat demikian untuk membolehkan masyarakat sekeliling meningkatkan jati diri?

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.spirituality.org.za/files/D%20Forster%20doctorate.pdf (Dion Forster 2006a:252)
  2. ^ Ubuntu Documentation: About the Name[pautan mati kekal]
  3. ^ Tutu, Desmond (1999). No Future Without Forgiveness. Image. ISBN 0-385-49690-7.

Pautan luar sunting