Ukuran coli atau saiz coli sering ditandakan oleh pengilang coli dengan satu kod yang terdiri daripada suatu nombor dan satu huruf besar abjad Latin. Pelbagai sistem yang berbeza digunakan di dunia, berdasarkan pada sama ada ukuran tubuh dalam inci ataupun sentimeter.

Penentuan saiz berubah-ubah antara pakaian yang dikilangkan oleh kilang yang berlainan; biarpun pemadan coli profesional pun sering memberi hasil yang tidak konsisten. Buat masa kini tiada piawaian umum untuk membuat definisi bagi sistem saiz coli yang berdasarkan ukuran inci. Disebabkan demikian, pelanggan harus selalu memastikan bahawa pakaian itu adalah padan dengannya, daripada hanya begantung pada saiz coli yang ditandakan. Cara-cara berikut menggambarkan amalan kini di Amerika Syarikat dan United Kingdom.[1]. Semua ukuran adalah dalam inci.

  • Mula-mula ukur lilitan tubuh secara langsung di bawah buah dada dengan ketat. Ini dikenali sebagai saiz bingkai atau band bawah.
  • Untuk mengira saiz band, tambah 5 kalau saiz bingkai ialah nombor ganjil (1, 3, 5...), atau 4 kalau nombor itu genap (0, 2, 4...), Saiz coli lazimnya ada dalam saiz band dipisah dengan 2 inci, semua dalam nombor genap).
  • Selepas itu ukur lilitan buah dada dengan longgar termasuk bahagian yang paling montok, semasa berdiri tegak dengan lengan di sisi. Ini dikenali sebagai saiz dada.
  • Saiz mangkuk ialah perbezaan antara saiz dada dan saiz bingkai, ditukar kepada huruf mengikut jadual berikut:
Perbezaan antara saiz dada
dan saiz bingkai (inci)
Saiz mangkuk
(UK dan Australia)
Saiz mangkuk
(lain-lain di Eropah dan AS)
Kurang daripada 1 inci AA AA
2 inci A A
3 inci B B
4 inci C C
5 inci D D
6 inci DD E atau DD
7 inci E F atau DDD
8 inci F G
9 inci FF H
10 inci G I
11 inci GG J
12 inci H K
13 inci HH L
14 inci J
15 inci JJ

Isi padu yang sebenar bagi mangkuk coli bergantung bukan saja pada saiz mangkuk yang dikira seperti tersebut, tetapi juga menambah mengikut saiz bingkai. Lagipun, kebanyakan pengusaha coli menggunakan isi padu mangkuk yang sama untuk coli yang berkaitan dengan peningkatan saiz mangkuk dan penurunan saiz bingkai. Contohnya, isi padu mangkuk adalah sama bagi 30D, 32C, 34B, 36A, dll. Inilah kenapa saiz coli ada "saiz saudara" yang dikaitkan dengan cara ini dengan isi padu mangkuk yang sama (misalnya 32C dan 34B). Oleh itu kadangkala adalah mungkin bagi dua saiz saudara berpadan dengan sempurna, kerana kedua-duanya adalah saiz yang sama, dan perbezaan dalam saiz bingkai boleh diselesaikan dengan menggunakan kail yang berbeza pada tali belakang.

Variasi sunting

Di Amerika Syarikat, pengkilang yang berlainan mengesyorkan penambahan nombor yang berbeza terhadap ukuran lilitan untuk menentukan saiz bingkai, lazimnya dari 4 hingga 6 inci. Sesetengah pengkilang menyatakan bahawa apabila ukuran di bawah buah dada ialah 35 inci (89 cm) atau lebih, hanya 3 inci (7.5 cm) ditambah untuk menentukan saiz bingkai. Ada juga pihak lain, terutamanya gedung-gedung yang pakar dalam saiz tertentu, tidak menggalakkan untuk menambah apa-apa pada saiz, kerana band adalah untuk padan di sekeliling bahagian yang diukur.

Kebanyakan negara (terutamanya Asia dan Eropah) menggunakan sentimeter melainkan daripada inci. Australia dan New Zealand lebih menggunakan saiz pakaian.

Sistem Eropah Baru sunting

Pemiawaian saiz pakaian Eropah EN 13402 menentukan saiz coli berdasarkan pada dua dimensi tubuh badan yang berikut (ukur dalam sentimeter):

lilitan buah dada
lilitan ufuk maksimum semasa pernafasan biasa dengan orang itu berdiri tegak dan pita pengukur mengelilingi ketiak dan bahagian terpenuh buah dada (lebih digalakkan mengukur dengan ketegangan sederhana di sekeliling coli yang tidak sepatutnya mencacatkan breast dengan cara yang tidak wajar dan tidak sepatutnya mengalihkan isinya)
lilitan di bawah buah dada
lilitan ufuk tubuh badan yang diukur secara langsung di bawah buah dada

Coli adalah ditandakan dengan lilitan di bawah buah dada (dijadikan darapan 5 cm yang paling dekat), diikuti dengan kod huruf yang menandakan

saiz mangkuk = lilitan buah dadalilitan di bawah buah dada

mengikut jadual berikut yang ditentukan oleh pemiawaian itu:

Kod AA A B C D E F G
Saiz mangkuk [cm] 10–12 12–14 14–16 16–18 18–20 20–22 22–24 24–26

Contoh: Seseorang dengan lilitan bawah 89 cm dan lilitan dada 104 cm mempunyai saiz mangkuk 15 cm (= 104 cm – 89 cm) atau "B". Lilitan bawahnya dijadikan darapan 5 cm yang terdekat ialah 90 cm. Oleh itu, saiz colinya ialah 90B.

Sistem Eropah lama sunting

Piawai EN 13402 (seperti pada 2006) adalah baru, dan sesetengah definisi yang juga digunakan di Eropah, menggunakan sama ada sentimeter atau inci untuk menandakan lilitan bawah.

Satu sistem saiz mangkuk yang biasa di kalangan pengkilang Eropah, mengikut penambahan saiz, ialah: AAA-AA-A-B-C-D-DD-E-F-FF-G-GG-H-J, walaupun penggunaan huruf ganda tidak konsisten (misalnya sesetengah akan menggunakan EE daripada F, DDD daripada E, dll.). Kebanyakan band coli adalah berpadan dengan saiz (seperti band saiz 36 yang regangkan adalah 36 inci). Piawai EN 13402 dijangka akan menyelesaikan masalah kekeliruan saiz coli di Eropah.

Jadual sunting

Perbandingan Antarabangsa bagi Ukuran Coli / Saiz
Kawasan Saiz
XS S M L XL XXL
Kesatuan Eropah dan Jepun 60–65 65–70 70–75 75–80 80–85 85–90 90–95 95–100 100–105 105–110 110–115 115–120
AS dan UK 30 32 34 36 38 40 42 44 46 48 50 52
Perancis dan Sepanyol 75–80 80–85 85–90 90–95 95–100 100–105 105–110 110–115 115–120 120–125 125–130 130–135
Itali 70 75 80 85 90 95 100 105 110 115 120 125
Coli sukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Australia/New Zealand 6 6 8 8 10 10 12 12 14 14 16 16

[perlu rujukan]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting