Ultraman R/B (Jepun: ウルトラマンR/B(ルーブ), Hepburn: Ultraman Rūbu)[a] ialah siri televisyen Jepun yang diterbitkan oleh Tsuburaya Productions. Ia ialah musim ke-30 dalam keseluruhan Siri Ultra dan musim terakhir yang dikeluarkan dalam fasa Heisei. Siri ini mula disiarkan di TV Tokyo pada 7 Julai 2018.[1][2]

Ultraman R/B
GenreTokusatsu
Adiwira
Kaiju
Fiksyen sains
Drama
PenciptaTsuburaya Productions
Ditulis olehTakao Nakano
Junki Takegami
Satoshi Ito
Sachio Yanai
Hirotaka Adachi
Toshizo Nemoto
Yuji Kobayashi
Hirotoshi Kobayashi
Kyoko Katsuya
Junichiro Ashiki
Misaki Morie
Aya Satsuki[1][2][3]
PengarahMasayoshi Takesue
Kiyotaka Taguchi
Ryuichi Ichino
Takanori Tsujimoto
Ryoichi Ito
Makoto Kamiya[1][2][3]
Dibintangi oleh
Yuya Hirata
Ryosuke Koike
Arisa Sonohara
Motoki Fukami
Ginnojo Yamazaki[1][2]
Lagu pembukaan"Hands" dinyanyikan oleh Masayoshi Oishi
Lagu penutup"Yume Hiko" dinyanyikan oleh Suzuko Mimori
PenggubahYasuharu Takanashi[3]
Negara asalJepun
BahasaBahasa Jepun
Bilangan episod25 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran30 minit
Penyiaran
Saluran asalTV Tokyo
Siaran asal7 Julai 2018[1][2]
StatusDisiarkan
MengikutiUltraman Orb: The Chronicle

Slogan utama dalam siri ini ialah "Ini ialah kisah kami, adik-beradik. Bermula sebagai Ultraman." (これは俺たち兄弟の物語。ウルトラマン、はじめます。, Kore wa oretachi kyōdai no monogatari. Urutoraman, hajimemasu.).

Plot sunting

Dua watak utama, Katsumi Minato dan Isami Minato, merupakan adik-beradik yang tinggal bersama adik perempuan dan bapa mereka yang membuka kedai khusus. Pada suatu hari, mereka memperoleh R/B Gyro dan Kristal R/B, yang membenarkan Katsumi menjadi Ultraman Rosso dan Isami menjadi Ultraman Blu. Kisah ini adalah berdasarkan "ikatan" dan "cinta", di mana kedua beradik itu menghadapi emosi mereka dengan kawan dan melawan musuh, menyedari perkara-perkara penting yang mereka cenderung untuk mengambil mudah.[1][2] Meskipun kedua-dua mereka saling bertentangan, mereka tetap bekerjasama ketika menentang musuh.[4]

Media yang berkaitan sunting

  • Dalam episod terakhir Ultraman Orb: The Chronicle, Katsumi dan Isami membuat kemunculan mereka ketika mereka berjalan melewati Gai Kurenai pada waktu petang.

Produksi sunting

Seperti yang disebutkan oleh Tsuburaya Productions, siri ini ialah sebahagian daripada "Hero Generasi Baru" (ニュージェネレーションヒーロー, Nyū Jenerēshon Hīrō), yang disiarkan di TV Tokyo sejak siri Ultraman Ginga. Siri baru ini dikatakan akan mempunyai unsur-unsur yang lebih menarik daripada Siri Ultra yang lalu, dengan plot cerita yang tidak dijangka. Selain daripada adik-beradik utama yang bertarung melawan musuh mereka, ia juga merupakan siri drama TV yang memberi tumpuan kepada ikatan keluarga adik-beradik tersebut.[1][2] Dalam sesi temu bual yang dijalankan oleh Sports Hochi, penggambaran siri ini telah dimulakan pada 10 Mac 2018.[4] Takao Nakao kembali dari Ultraman Orb untuk berkhidmat sebagai ketua tulisan dan komposisi siri ini.

Episod sunting

Pelakon sunting

  • Katsumi Minato (湊 カツミ, Minato Katsumi): Yuya Hirata (平田 雄也, Hirata Yūya)[1][2][5]
  • Isami Minato (湊 イサミ, Minato Isami): Ryosuke Koike (小池 亮介, Koike Ryōsuke)[1][2][5]
  • Asahi Minato (湊 アサヒ, Minato Asahi): Arisa Sonohara (其原 有沙, Sonohara Arisa)[5]
  • Makoto Aizen (愛染 マコト, Aizen Makoto): Motoki Fukami (深水 元基, Fukami Motoki)[5]
  • Ushio Minato (湊 ウシオ, Minato Ushio): Ginnojo Yamazaki (山崎 銀之丞, Yamazaki Gin'nojō)[5]
  • D.R.L.N. (ダーリン, Dārin, Suara): Kaede Yuasa (湯浅 かえで, Yuasa Kaede)[6]
  • Saki Mitsurugi (美剣 サキ, Mitsurugi Saki): Ayane Kinoshita (木下 彩音, Kinoshita Ayane)[7]

Lagu sunting

Tema Pembukaan
  • "Hands"[8]
    • Lirik: Kentaro Sonoda (園田 健太郎, Sonoda Kentarō)
    • Komposisi & Penyusunan: Kentaro Sonoda, Tsubasa Ito (伊藤 翼, Itō Tsubasa)
    • Artis: Masayoshi Oishi (オーイシ マサヨシ, Ōishi Masayoshi)
Tema Penutup
  • "Yume Hikō" (夢飛行, bermaksud "Penerbangan Impian")[8]
    • Lirik: Shihori (しほり)[9]
    • Komposisi: Hajime Mitsumasu (光増 ハジメ, Mitsumasu Hajime)[9]
    • Penyusunan: EFFY[9]
    • Artis: Suzuko Mimori (三森 すずこ, Mimori Suzuko)

Nota sunting

  1. ^ "R/B" disebut sebagai "Ruebe".[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i "シリーズ初!兄弟ウルトラマンが主人公新TVシリーズ『ウルトラマンR/B(ルーブ)』テレビ東京系 2018年7月7日(土)あさ9時放送スタート!" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. 2018-04-25. Dicapai pada 2018-04-25.
  2. ^ a b c d e f g h i j "New TV series "Ultraman R/B(Ruebe)" -First Series Starring Ultraman Brothers-". Tsuburaya Productions. 2018-04-25. Dicapai pada 2018-04-25.
  3. ^ a b c "「オレ色に染めあげろ!ルーブ!!」最新作『ウルトラマンR/B』製作発表会にメインキャスト登壇!ロッソ、ブル登場!主題歌・エンディングテーマ発表!" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. 2018-06-07. Dicapai pada 2018-06-08.
  4. ^ a b "ウルトラマン新シリーズは史上初の兄弟同時変身 テレ東「ウルトラマンR/B」7・7スタート" (dalam bahasa Jepun). Sports Hochi. 2018-04-25. Dicapai pada 2018-04-25.
  5. ^ a b c d e "新番組『ウルトラマンR/B(ルーブ)』 メインキャスト、ロッソ・ブルのタイプチェンジや新武器「ルーブスラッガー」発表!" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. 2018-05-25. Dicapai pada 2018-05-25.
  6. ^ "声優・湯浅かえでさんが『ウルトラマンR/B』愛染マコト 秘書AI「ダーリン」の声を担当決定!製作発表会のダイジェストレポート動画も公開!" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. 2018-06-23. Dicapai pada 2018-06-24.
  7. ^ "「ウルトラマンR/B」にウルトラマンオーブダーク&謎の新キャラ・美剣サキ登場" (dalam bahasa Jepun). Natalie. 2018-07-30. Dicapai pada 2018-07-30.
  8. ^ a b "『ウルトラマンR/B(ルーブ)』主題歌はオーイシマサヨシ「Hands」、エンディングテーマは三森すずこ「夢飛行」に決定!" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. 2018-06-07. Dicapai pada 2018-06-08.
  9. ^ a b c "4thアルバム tone.【通常盤】" (dalam bahasa Jepun). mimorin.com. Dicapai pada 2018-06-08.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting