Ultraman Saga (Jepun: ウルトラマンサーガ, Hepburn: Urutoraman Sāga) ialah sebuah filem akan datang dalam Siri Ultra bagi menyambut ulang tahun ke-45 francais tersebut. Ia merupakan sekuel bagi Ultraman Zero: The Revenge of Belial. Ungkapan penarik bagi filem ini ialah "Kita Masih Ada Harapan yang Bergemerlapan!!" (Jepun: 僕らにはまだ、輝く希望がある!!, Hepburn: Bokura ni wa Mada, Kagayaku Kibō ga Aru!!). Filem ini akan menampilkan Ultraman Zero, Ultraman Dyna, dan Ultraman Cosmos di samping lima Ultra Bersaudara berdepan dengan satu ancaman terulung baharu, Hyper Zetton (Jepun: ハイパーゼットン, Hepburn: Haipā Zetton) serta bala tentera raksasa yang dicipta oleh Alien Bat (Jepun: バット星人, Hepburn: Batto Seijin). Filem ini juga akan menampilkan Ultraman baharu bernama Ultraman Saga (Jepun: ウルトラマンサーガ, Hepburn: Urutoraman Sāga). Filem ini berlatarkan dunia Ultraman Dyna, dengan latar masa 18 tahun selepas siri itu dan menampilkan ramai pelakon pembantu bagi siri terbabit. Sebahagian anggota kumpulan idol AKB48 telah dipilih untuk memerankan watak-watak bagi Team-U, sebuah pasukan penyerang raksasa bagi Tentera Pertahanan Bumi.[1]

Ultraman Saga
Poster promosi
PengarahHideki Oka
PenulisKeiichi Hasegawa
Dihasilkan olehTsuburaya Productions
DibintangiDAIGO
Takeshi Tsuruno
Taiyo Sugiura
SinematografiSou Takahashi
Disunting olehAkira Matsuki
Muzik olehFumio Hara
Diedarkan olehShochiku
Tarikh tayangan
  • 24 Mac 2012 (2012-03-24)
Masa tayangan
90 minit
NegaraTemplat:Film Japan
BahasaJepun

Pelakon sunting

Ultraman Zero Gaiden sunting

Bagi mempromosikan filem ini, dua DVD istimewa akan dikeluarkan bagi membawa kepada jalan cerita filem ini berjudul Ultraman Zero Gaiden: Killer the Beatstar (Jepun: ウルトラマンゼロ外伝 キラー ザ ビートスター, Hepburn: Urutoraman Zero Gaiden: Kirā za Bītosutā). Shota Minami, Hiroyuki Konishi, Mitsutoshi Shundo, dan Tao Tsuchiya kembali memegang watak mereka daripada Ultra Galaxy Mega Monster Battle, Never Ending Odyssey, Mega Monster Battle: Ultra Galaxy, dan Ultraman Zero: The Revenge of Belial dalam DVD-DVD ini. Filem tersebut turut menampilkan Jean Killer (Jepun: ジャンキラー, Hepburn: Jan Kirā, dilakonsuarakan oleh Miyu Irino), yang berubah menjadi baik dan dinamakan semula sebagai Jean-nine (Jepun: ジャンナイン, Hepburn: Jan Nain), dicipta berdasarkan Jean-bot oleh Beatstar (Jepun: ビートスター, Hepburn: Bītosutā, dilakonsuarakan oleh Unshō Ishizuka) yang jahat, si antagonis utama.

Bahagian
  1. Universe of Steel (Jepun: 鋼鉄の宇宙, Hepburn: Kōtetsu no Uchū) - 25 November 2011
  2. Pledge of the Meteor (Jepun: 流星の誓い, Hepburn: Ryūsei no Chikai) - 22 December 2011

Lagu tema sunting

Tema penghujung
  • ralat: {{nihongo}}: Teks Jepun dan romaji diperlukan (bantuan)

Rujukan sunting

  1. ^ "Ultraman Saga Trailer with AKB48, Daigo Streamed". November 25, 2011. Dicapai pada 2011-11-25.

Pautan luar sunting