Undang-undang jenayah

Undang-undang berkaitan dengan jenayah

Undang-undang jenayah adalah suatu jenis undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat. Ia menetapkan kelakuan yang dianggap mengancam, memudaratkan atau membahayakan harta benda, kesihatan, keselamatan dan kebajian orang termasuk diri sendiri. Kebanyakan undang-undang jenayah diadakan dengan statut, maksudnya undang-undang itu digubal oleh sebuah badan perundangan. Undang-undang jenayah termasuk menghukum dan membimbing orang yang melanggar undang-undang ini.

Undang-undang jenayah berbeza-beza mengikut tempat, dan berbeza daripada undang-undang sivil yang memfokuskan penyelesaian pertikaian dan pampasan kepada mangsa, bukannya pada hukuman atau bimbingan.

Prosedur jenayah ialah proses rasmi yang mengesahkan jenayah telah dilakukan dan membenarkan hukuman atau bimbingan ke atas pesalah.

Matlamat sunting

Undang-undang jenayah mempunyai matlamat-matlamat yang berbeza:

  • Pembalasan – Penjenayah harus dihukum dalam suatu cara. Ini matlamat yang paling biasa dilihat. Angkara perbuatan mereka, mereka mendapat untung daripada orang lain atau menyebabkan mudarat terhadap orang lain. Kerana itu, undang-undang jenayah akan menjatuhkan keburukan yang setimpal. Orang mematuhi undang-undang agar mendapat hak supaya tidak dibunuh dan jika seseorang melanggar undang-undang ini, mereka melepaskan hak-hak yang diberikan kepada mereka oleh undang-undang yang sama. Oleh sebab ini, orang yang membunuh boleh dijatuhkan hukuman bunuh.
  • Pencegahan – Pencegahan berindividu bertujuan untuk menghukum pesalah tertentu demi menyerikkan pesalah melakukan jenayah itu lagi. Pencegahan awam bertujuan untuk mencegah jenayah dengan menunjukkan masyarakat akibat melakukan kesalahan tersebut.
  • Penidakupayaan – Dibuat semata-mata untuk menjauhkan penjenayah daripada masyarakat supaya orang ramai dilindungi daripada salah laku mereka. Zaman sekarang, ini biasanya dilakukan dengan hukuman penjara. Hukuman mati atau buang negeri memainkan tujuan yang sama.
  • Pemulihan – Bertujuan untuk mengubah pesalah menjadi anggota masyarakat yang berharga. Matlamat utamanya mencegah kesalahan selanjutnya dengan meyakinkan pesalah bahawa kelakuan mereka adalah salah.
  • Pembaikpulihan – Teori ini memberi tumpuan kepada membantu mangsa jenayah. Matlamatnya adalah untuk kerajaan menebus sebarang kerugian atau kecederaan yang ditimbulkan oleh pesalah terhadap mangsa. Contohnya, jika seseorang mencuri wang, mereka perlu mengembalikannya. Pembaikpulihan sering dicampur dengan matlamat utama yang lain sistem keadilan dan berkait rapat dengan konsep-konsep dalam undang-undang sivil, iaitu mengembalikan mangsa kepada keadaan sebelum mudarat berkaitan berlaku.

Perbezaan undang-undang jenayah dan sivil sunting

Undang-undang jenayah perlu dibezakan dengan dengan undang-undang sivil. Contoh, jika seseorang mencuri, maka undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri itu. Siasatan, tangkapan dan dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah. Kesalahan mencuri itu dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri tersebut dianggap sebagai kesalahan terhadap masyarakat.

Berbeza pula dengan keadaan apabila seseorang membeli barang secara kredit kemudian tidak membayar hutang kepada penjual barang pada tarikh yang dipersetujui. Undang-undang yang mengawal perkara tersebut adalah undang-undang sivil. Dalam situasi ini, ada beberapa undang-undang sivil yang boleh terpakai seperti undang-undang penjualan barang, undang-undang kontrak dan sebagainya. Undang-undang jenayah tidak akan digunakan untuk menentukan hak dan liabiliti penjual dan pembeli. Ini kerana urusan jual beli adalah dianggap aktiviti sivil antara individu.

Ringkasnya, undang-undang jenayah adalah untuk jenayah terhadap masyarakat sedangkan undang-undang sivil adalah untuk pertikaian antara individu atau pihak.

Sumber undang-undang jenayah di Malaysia sunting

Sumber utama undang-undang jenayah di Malaysia ialah:

  1. Kanun Keseksaan (Penal Code): memperuntukan mengenai jenis-jenis kesalahan dan hukuman-hukuman jenayah;
  2. Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code): berkenaan cara tangkapan dibuat atau dengan kata lain prosedur pengurusan kes.

Kedua-dua undang-undang yang disebut di atas adalah Akta Parlimen.

Lihat juga sunting


Undang-undang
 
Sistem perundangan Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa

Sumber undang-undang Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut)
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Ekuiti)

Penghukuman Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran)
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan)
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam)

Falsafah perundangan Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang