United Buddy Bears

Buddy Bears merupakan arca-arca beruang sebesar beruang hidup. Dibentuk daripada kaca gentian, ia mula dibuat di Berlin, Jerman. Buddy Bear petama kali diukir oleh ahli perniagaan Jerman, Klaus dan Eva Herlitz pada tahun 2001, dengan kerjasama pengukir Roman Strobl.

One-World Buddy Bear
United Buddy Bears
Kuala Lumpur 2011-2012
United Buddy Bears
Georgetown, Penang 2016
United Buddy Bears
Berlin 2006
Vienna 2006
Baitulmaqdis 2007

Buddy Bear dan United Buddy Bears ialah dua simbol aktiviti yang berlainan. Buddy Bears merupakan acara bandaran yang setanding dengan acara-acara lain, menampilkan arca beruang yang telah berjaya memancarkan kehidupan baru ke beberapa pusat bandar. United Buddy Bears pula menampilkan mesej keamanan, persefahaman serta toleransi antarabangsa di kalangan negara-negara, budaya dan agama di seluruh dunia.

Buddy Bears di jalan-jalan dan dataran sekitar Berlin sunting

 
Kaherah 2007
 
Buenos Aires 2009
 
Klaus dan Eva Herlitz, Saint Petersburg 2012
 
United Buddy Bears
Paris 2012
 
Rio de Janeiro
Copacabana 2014
 
Riga 2018
 
Havana 2015
 
Santiago 2015

Aktiviti pertama ialah pameran di Buddy Bear Berlin Show. Pada tahun 2001, pelukis-pelukis mengecat lebih kurang 350 patung beruang untuk diletakkan di tempat-tempat awam sebagai hiasan jalan di Berlin. Empat reka bentuk beruang berlainan (berdiri di atas keempat-empat kaki, berdiri di atas dua kaki, tungging kaki di atas, dan dalam kedudukan duduk) ditampilkan di pusat bandar Berlin. Kebanyakan beruang kemudiannya dilelong dan hasilnya disalurkan kepada organisasi bantuan kanak-kanak. Kini Buddy Bears Berlin telah menjadi pameran eksklusif di premis swasta, di hadapan hotel dan kedutaan, serta di ruang legar bangunan-bangunan pejabat.

United Buddy Bears - Seni Dan Toleransi sunting

United Buddy Bears merupakan pameran kesenian antarabangsa menampilkan lebih 140 patung beruang kaca gentian setinggi dua meter. Cogan katanya ialah: "Kita mesti cuba mengenali satu sama lain, ini membolehkan kita memahami perasaan orang lain dengan lebih baik, lebih mempercayai satu sama lain, dan hidup bersama dengan lebih aman". Ia mewakili lebih daripada 140 buah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia menggalakkan toleransi, persefahaman antarabangsa dan mewujudkan konsep hidup aman damai di kalangan pelbagai bangsa dan budaya. Beruang-beruang tersebut berdiri berpegangan tangan di dalam sebuah bulatan yang harmoni.

Satu syarat penting projek kesatuan antarabangsa ini ialah memilih artis daripada setiap negara - ini untuk mencerminkan kepelbagaian budaya dalam dunia ini. Orang ramai akan belajar tentang budaya, sejarah, penduduk dan landskap negara-negara tersebut, tidak kira besar atau kecil. Oleh itu, bulatan United Buddy Bears telah menjadi platform pengenalan bagi negara-negara kecil dan miskin yang sebelumnya tidak diketahui umum. Secara tiba-tiba, mereka kini setaraf dengan negara-negara besar dan kaya.

Beruang-beruang tersebut dipamerkan dari bulan Jun hingga November 2002, dalam bulatan di sekeliling Brandenburg Gate. Lebih kurang 1.5 juta orang mengunjungi pameran pertama ini.

United Buddy Bears – Worldtour sunting

Selepas bulatan pertama "United Buddy Bears" mencapai kejayaan luar biasa pada tahun 2002, sebuah bulatan baru dibentuk pada tahun 2003. Tujuannya ialah lawatan mengelilingi dunia.

Dalam lawatan ini, "United Buddy Bears" membawa mesej keamanan, kasih sayang, toleransi dan persefahaman antarabangsa. Bulatan akan ditukar setiap kali sampai ke bandar baru. Pertukaran ini mengikut keadaan setempat dan susunannya berubah-ubah, kerana kedudukan beruang mengikut urutan abjad berdasarkan bahasa tempatan negara tuan rumah. Ia sentiasa menyerlahkan kesamaan yang baru, dan kadang-kadang kesamaan politik yang sangat menarik.

Masuk ke pameran adalah percuma. Ini membolehkan pelajar-pelajar sekolah melawat di waktu pagi sebagai sebahagian daripada pelajaran mereka untuk meneroka dan mempelajari budaya, sejarah, landskap, ekonomi dan muzik kesemua lima buah benua dalam keadaan ceria. Lebih daripada 35 juta pelawat telah mengambil faedah daripada United Buddy Bears yang berwarna-warni sejak pertama kali pameran dibuat.

Di setiap bandar, pameran United Buddy Bears disokong oleh kerajaan, kementerian luar negara, datuk bandar dan organisasi-organisasi UNICEF. Ketua-ketua negara - contohnya Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi, Presiden Persekutuan Jerman, Horst Köhler dan Wanita Pertama Mesir, Suzanne Mubarak serta Duta Goodwill UNICEF seperti Sir Peter Ustinov, Jackie Chan, Christiane Hörbiger, Mia Farrow, Iris Berben dan Ken Done telah merasmikan pameran ini di seluruh dunia. Duta Khas United Buddy Bears ialah pelakon Dennenesch Zoudé.

Selepas negara Jerman, Malaysia merupakan negara kedua di mana Pameran United Buddy Bears diadakan di dua lokasi yang berbeza: 2011 di Kuala Lumpur (dibawah naungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj) dan 2016 di Georgetown (Pulau Pinang) (di bawah naungan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng).[1]

Beruang-beruang telah dipamerkan di bandar-bandar berikut sejak permulaan lawatan:

Sorotan semasa dari segi politik sunting

  • 2003 Berlin: Setelah melawat pameran di Berlin pada tahun 2002, Sir Peter Ustinov mendesak supaya Iraq diwakili dalam bulatan United Buddy Bears pada masa akan datang. Pada tahun 2003, Iraq mengambil bahagian dalam bulatan ini untuk kali pertama dan Ustinov memberikan ucapan pembukaan pameran ini di hadapan lebih daripada 70 orang duta.
  • 2004 Hong Kong: Jackie Chan melawat pameran ini di Berlin pada tahun 2003. Atas inisiatifnya, beruang antarabangsa melawat Hong Kong setahun kemudian. Beliau menjadi penaung acara ini. Lebih daripada 3,000 VIP dari bidang politik, perniagaan dan budaya mengambil bahagian dalam majlis perasmian ini.
  • 2005 Seoul: Sebelum pameran berlangsung di Korea Selatan, dua orang pelukis Korea Utara diberikan kebenaran pergi ke Jerman melalui Beijing untuk mereka bentuk United Buddy Bear di Berlin bagi pihak negara mereka. Ini membolehkan Korea Utara dan Selatan berdiri bersama-sama berpegangan tangan buat pertama kalinya dalam pameran seni.
  • 2007 Baitulmaqdis: Semua negara Arab diwakili dalam bulatan 132 negara, dengan beruang Palestin setaraf dengan semua beruang lain buat kali pertama di Baitulmaqdis, Israel.
  • 2008 Pyongyang: Ia merupakan pameran pertama di Korea Utara yang boleh dikunjungi dan dibuka kepada semua orang. Menurut maklumat rasmi, lebih kurang 150,000 pengunjung datang setiap minggu di Pyongyang.

Bantuan untuk Kanak-Kanak Yang Memerlukan sunting

Program Buddy Bear dan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan seolah-olah irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Biasanya United Buddy Bear yang baru akan dibuat menggantikan patung sebelumnya yang khas untuk negara tertentu. Banyak negara sudah diwakili oleh beruang ketiga atau keempat. Beruang sebelumnya yang direka khas untuk negara-negara tersebut akan dilelong. Sejumlah Euro 2,500,000 (pada September 2021) berjaya dikutip melalui derma dan jualan lelong Buddy Bears untuk membantu UNICEF dan organisasi tempatan yang membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Rujukan sunting

  1. ^ "United Buddy Bears in Penang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-14. Dicapai pada 2016-08-11.
  2. ^ "Hong Kong 2004". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-04. Dicapai pada 2011-09-19.
  3. ^ Tokyo 2005
  4. ^ Kaherah 2007
  5. ^ "Baitulmaqdis 2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-04. Dicapai pada 2011-09-19.
  6. ^ "Buenos Aires 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-20. Dicapai pada 2011-11-24.
  7. ^ Montevideo 2009
  8. ^ "Berlin 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-30. Dicapai pada 2011-09-19.
  9. ^ Kuala Lumpur 2011: United Buddy Bears promotes global understanding
  10. ^ United Buddy Bears - Kuala Lumpur 2012
  11. ^ "Cuba Absolutely: "United Buddy Bears in Havana"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-26. Dicapai pada 2015-02-26.
  12. ^ "United Buddy Bears in Riga"[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting