United Kennel Club

United Kennel Club (UKC) ialah pejabat pendaftaran pedigri anjing baka tulen semua baka kedua tertua di Amerika Syarikat dan yang kedua terbesar di dunia. Menurut tapak sesawang rasminya, kelab ini mencatatkan 250,000 pendaftaran tahunan. UKC bukan sebahagian Pertubuhan Anjing Antarabangsa, seperti kelab kenel negara lain. UKC diasaskan oleh Chauncey Z. Bennett pada 1898. UKC menyatakan bahawa Bennett mengasaskan kelab ini untuk menyediakan pejabat pendaftaran untuk anjing pekerja bertentangan dengan penekanan American Kennel Club akan pertunjukan pengakuran anjing. Sesetengah pengkritik UKC menuntut bahawa kelab ini pada asalnya diasaskan supaya pengasas dapat mendaftarkan terier pit bull Amerikanya, Bennett's Ring.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting