Universiti Keio

Universiti swasta di Tokyo, Jepun

Universiti Keio (慶應義塾大学 Keiō Gijuku Daigaku) ialah universiti tertua di Jepun.[3] Universiti ini ditubuhkan pada 1858 oleh Fukuzawa Yukichi sebagai sekolah pengajian Barat di Edo (kini Tokyo), dan menubuhkan tiga fakulti pertamanya pada 1890.[4] Universiti Keio memiliki 10 fakulti, dan 14 program pascasarjana.[5] Pasukan besbol Keio bermain di Liga Besbol Tokyo Big6.

Universiti Keio
慶應義塾大学
Universiti Keio, Perpustakaan Lama, Kampus Mita
MotoCalamvs gladio fortior
(Latin: Pena lebih tajam daripada pedang)
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1858
CanselorProf. Atsushi Seike
Staf akademik
731 profesor, 347 profesor bersekutu, 2.414 pembantu profesor[1]
Staf pentadbiran
2.662
Pelajar32.275 (data Julai 2006)[2]
Siswazah27.984[2]
Ijazah/Sarjana4.291
3.708
Lokasi, ,
Warnabiru dan merah          
PenggabunganASAIHL
Laman sesawangwww.keio.ac.jp

Alumni terkenal Keio di antaranya tiga belas Perdana Menteri Jepun: Junichiro Koizumi (2001-2006), Ryutaro Hashimoto (1996–1998), dan Inukai Tsuyoshi. Di sektor swasta, 230 alumni Keio memegang jawatan Ketua pegawai eksekutif (KPE) di syarikat besar, dan 97 alumni Keio menjadi KPE di syarikat asing di Jepun.[6]

Keio dipandang sebagai universiti swasta paling berprestij di Jepun.[7] Universiti ini berada di peringkat nombor 4 di dunia dalam senarai yang disusun oleh École des Mines de Paris.[8]

Universiti Keio juga mempunyai sekolah tinggi di New York, Amerika Syarikat bernama Keio Academy of New York.

Sejarah sunting

Pemerintah Domain Nakatsu pada tahun 1858 memerintahkan Fukuzawa Yukichi untuk membuka sekolah pengajian barat di Edo, di kompleks kediaman rasmi Domain Nakatsu di Teppozu, kawasan Tsukiji (kinu Akashi-chō, Chūō, Tokyo). Sekolah ini tidak mempunyai nama rasmi, dan terkenal dengan sebutan Fukuzawa Juku.[9] Pada 1863, sekolah ini tidak lagi mengajar bahasa Belanda, selain bahasa Inggeris.[10]

Pada tahun 1868, bangunan sekolah dipindahkan ke bekas kompleks penempatan Arima di Shiba Shinsenza (kini Hamatsuchō, daerah Minato). Nama sekolah juga diganti menjadi Keio Gijuku.[11][11] Nama Keiō diambil dari nama zaman waktu itu. Keio Gijuku berpindah dari Shiba Shinsenza ke bekas kompleks Domain Shimabara di Mita (daerah Minato) pada tahun 1871.[10] Lokasi tersebut kemudian dijadikan kampus utama Universiti Keio sehingga kini.

Keio Gijuku ialah universiti swasta pertama di Jepun yang meminta bayaran wang kuliah dari mahasiswa.[12] Sehingga 1880, majoriti siswa Keio Gijuku ialah bangsawan dan samurai, namun setelah penghapusan sistem domain, siswa dari rakyat biasa mula meningkat.[13]

Sekolah Kedoktoran Keio Gijuku diasaskan pada tahun 1873.[14] Pada tahun yang sama, Keio menubuhkan sekolah cawangan di Osaka dan Kyoto yang diberi nama Keio Gijuku Osaka,[15] dan Keio Gijuku Kyoto pada tahun yang sama.[16]

Fukuzawa Yukichi pada tahun 1857 turut serta menubuhkan Sekolah Perdagangan Mitsubishi (Meiji Gijuku).[17] Program universiti di Keio Gijuku dibuka pada tahun 1890, dan terdiri dari fakulti sastera, ekonomi, undang-undang. Dari Universiti Harvard, tiga pensyarah diserap masuk, masing-masing untuk jurusan sastera, ekonomi, dan undang-undang.[9] Pada tahun 1898, Keio merupakan hab pendidikan yang lengkap, memiliki sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti.[10] Keio pada tahun 1899 menjadi universiti swasta pertama di Jepun yang menghantar mahasiswanya ke luar negeri (empat mahasiswa ke Jerman, dan dua mahasiswa ke Amerika Syarikat).[10]

Fakulti sains politik diwujudkan pada tahun 1898, dan program pascasarjana Keio dibuka pada tahun 1906.[9] Kitasato Shibasaburō menubuhkan fakulti kedoktoran Keio pada tahun 1917,[18] diikuti program rawatan pada tahun yang sama.[9] Berdasarkan Dekri Pendirian Universiti 6 Disember 1918 yang mula berkuatkuasa 1 April 1919, Keio Gijuku dinamakan Universiti Keio (Keio Gijuku Daigaku) pada tahun 1920. Keio memiliki empat fakulti (sastera, ekonomi, undang-undang dan kedoktoran), serta program matrikulasi dan program pascasarjana. Pada tahun 1942, Keio membuka fakulti pertanian, diikuti fakulti teknik pada tahun 1944[9], dan fakulti perdagangan pada tahun 1957[10]. Sekolah perniagaan Universiti Keio dibuka pada tahun 1962, dan program pascasarjana pentadbiran perniagaan dibuka pada tahun 1978.[10] Kampus Universiti Keio Shonan Fujisawa dibuka pada tahun 1990 dengan dua fakulti baru: fakulti pengurusan dasar dan fakulti alam sekitar dan pengajian maklumat. Pada tahun yang sama, sekolah tinggi Keio Academy of New York dibuka di Amerika Syarikat.[10]

Bertepatan dengan dies natalis Universiti Keio ke-150 pada tahun 2008, penggabungan dengan Universiti Perubatan Kyoritsu mewujudkan fakulti perubatan dan program pascasarjana sains perubatan serta mewujudkan program pascasarjana rekaan media dan program pascasarjana rekaan sistem.[10]

Fakulti sunting

  • Fakulti Sastera
  • Fakulti Ekonomi
  • Fakulti Undang-undang
  • Fakulti Perniagaan dan Perdagangan
  • Fakulti Kedoktoran
  • Fakulti Sains dan Teknologi
  • Fakulti Pengurusan Dasar
  • Fakulti Alam Sekitar dan Pengajian Maklumat
  • Fakulti Rawatan dan Penjagaan Kesihatan
  • Fakulti Perubatan

Program Pascasarjana sunting

  • Program Pascasarjana Sastera
  • Program Pascasarjana Ekonomi
  • Program Pascasarjana Undang-unang
  • Program Pascasarjana Sosiologi
  • Program Pascasarjana Perniagaan dan Perdagangan
  • Program Pascasarjana Kedoktoran
  • Program Pascasarjana Sains dan Teknologi
  • Program Pascasarjana Pentadbiran Perniagaan
  • Program Pascasarjana Media dan Pemerintahan
  • Program Pascasarjana Penjagaan Kesihatan
  • Program Pascasarjana Sains Perubatan
  • Program Pascasarjana Rekaan Media
  • Program Pascasarjana Rekaan Sistem dan Pengurusan

Kampus sunting

Universiti Keio memiliki kampus di 11 lokasi.

Rujukan sunting

  1. ^ "Keio University". Japan Student Services Organization. Dicapai pada 2010-01-24.
  2. ^ a b "Keio University – Gateway to World-class Educational and Research Opportunities" (PDF). Universitas Keio. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-07-30. Dicapai pada 2010-01-19.
  3. ^ "[慶應義塾豆百科] No.4 慶應義塾の起源". Universitas Keio. Dicapai pada 2010-01-19.
  4. ^ "[慶應義塾豆百科] No.47 大学部の発足". Universitas Keio. Dicapai pada 2010-01-19.
  5. ^ "大学学部等一覧". Universiti Keio. Dicapai pada 2010-01-20.
  6. ^ "Keio University" (PDF). Universiti Keio. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-07-30. Dicapai pada 2010-01-19.
  7. ^ "Keio University president wants education funding untouched". The Japan Times. 12 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-14. Dicapai pada 2010-01-20.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-19. Dicapai pada 2020-10-26.
  9. ^ a b c d e "Keio University 慶應義塾 総合案内2009" (PDF). Universitas Keio. Dicapai pada 2010-01-20.
  10. ^ a b c d e f g h "Keio History & World Timeline". Universitas Keio. Dicapai pada 2010-01-20.
  11. ^ a b "[慶應義塾豆百科] No.7 塾名の由来". Universitas Keio. Dicapai pada 2010-01-20.
  12. ^ "[慶應義塾豆百科] No.12 授業料". Universitas Keio. Dicapai pada 2010-01-20.
  13. ^ 慶應義塾入社生徒表1882年
  14. ^ "[慶應義塾豆百科] No.23 慶應義塾医学所". Universitas Keio. Dicapai pada 2010-01-20.
  15. ^ "[慶應義塾豆百科] No.27 大阪慶應義塾". Universiti Keio. Dicapai pada 2010-01-20.
  16. ^ "[慶應義塾豆百科] No.29 京都慶應義塾". Universiti Keio. Dicapai pada 2010-01-20.
  17. ^ "vol.15 商船学校、商業学校". mitsubishi.com. Dicapai pada 2010-01-20.
  18. ^ "[慶應義塾豆百科] No.50 福澤先生と北里柴三郎". Universitas Keio. Dicapai pada 2010-01-20.

Pautan luar sunting

Koordinat: 35°38′57″N 139°44′34″E / 35.64917°N 139.74278°E / 35.64917; 139.74278