Unsur nadir bumi

Nadir bumi di Malaysia

Berdasarkan takrifan oleh IUPAC, unsur nadir bumi atau logam nadir bumi merupakan set tujuh belas unsur kimia dalam jadual berkala, khususnya lima belas lantanoid tambah skandium dan itrium.[2] Skandium dan itrium di anggap unsur nadir bumi kerana ia cenderung terhasil pada mendakan bijih yang sama seperti lantanoid dan mempamerkan ciri-ciri kimia yang sama.

Bijih nadir bumi, dtunjukkan dengan menggunakan perbandingan saiz satu duit syiling Amerika Syarikat
Nadir-nadir oksida bumi ini digunakan sebagai penjejak-penjejak untuk menilai suatu titik perubahan terhakis. Mengikut arah jam dari tengah atas: praseodimium, serium, lantanum, neodimium, samarium, dan gadolinium.[1]

Di sebalik nama mereka, unsur nadir bumi (kecuali prometium yang radioaktif) banyak terdapat di kerak Bumi, dengan serium merupakan unsur yang ke-25 terbanyak dengan 68 bahagian per juta (sama seperti tembaga). Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri geokimia, unsur nadir bumi biasanya tersebar dan tidak terdapat dalam bentuk terkumpul dan mudah digunakan secara ekonomi dalam kepadatan yang tinggi dengan itu dikenali sebagai galian nadir bumi.[3] Disebabkan oleh jarangnya mineral-mineral ini (sebelum ini digelar "tanah") yang membawa kepada istilah "nadir bumi". Galian seperti itu yang pertama dijumpai adalah gadolinit, sebatian kimia terdiri dari serium, itrium, besi, silikon dan unsur lain. Galian ini digali dari lombong di kampung Ytterby di Sweden; sebagaimana kebanyakan unsur nadir bumi dinamakan sempena tempat ia dilombong.

Senarai sunting

Satu jadual yang menyenaraikan tujuh belas unsur, nombor-nombor atom dan simbol, etimologi nama, dan penggunaan utama mereka (lihat Lantanid#Aplikasi teknologi) disediakan di sini. Beberapa nadir-nadir bumi dinamakan bersempena dengan nama saintis yang menjumpai atau menjelaskan sifat-sifat unsur mereka, dan bagi penemuan geografi.

Z Simbol Nama Etimologi Penggunaan pilihan
21 Sc Skandium dari bahasa Latin Scandia (Skandinavia), di mana bijih nadir bumi pertama ditemui. Aloi aluminium-skandium ringan untuk komponen aeroangkasa, bahan tambahan dalam lampu wap merkuri.[4]
39 Y Itrium Dari asal Ytterby, Sweden, di mana bijih nadir bumi pertama ditemui Laser garnet itrium-aluminium (YAG), itrium vanadat (YVO4) menjadi hos europium TV fosfor merah superkonduktor suhu tinggi YBCO, penapis ketuhar gelombang mikro garnet itrium besi (YIG).[4]
57 La Lantanum daripada Yunani lanthanein, bererti yang tersembunyi Kaca dengan indeks biasan tinggi, batu api, penyimpanan hidrogen, elektrod bateri, kanta kamera, pemangkin cecair pemangkin keretakan bagi kilang penapis minyak
58 Ce Serium daripada nama planet kerdil Ceres Agen pengoksidaan kimia, serbuk menggilap, warna kuning dalam kaca dan seramik, pemangkin kepada ketuhar bersih sendiri, pemangkin cecair pemangkin keretakan bagi kilang penapis minyak
59 Pr Praseodimium dari Yunani prasios, bererti hijau bawang perai, and didymos, bererti kembar Magnet nadir bumi, laser, bahan teras untuk lampu arka karbon, pewarna dalam kaca dan enamel, bahan tambahan dalam kaca didimium digunakan dalam gogal kimpalan,[4] produk feroserium api keluli (batu api).
60 Nd Neodimium dari bahasa Yunani neos, bererti baru, dan didymos, bererti kembar Magnet nadir bumi, laser, warna ungu dalam kaca dan seramik, kapasitor seramik
61 Pm Prometium daripada Titan Prometheus, yang membawa api kepada manusia bateri nuklear
62 Sm Samarium dari Vasili Samarsky-Bykhovets, yang menemui bijih nadir bumi samarskit Magnet nadir bumi, laser, penangkapan neutron, maser
63 Eu Europium dari benua Eropah Fosfor merah dan biru, laser, lampu wap merkuri, ejen kelonggaran NMR
64 Gd Gadolinium sempena Johan Gadolin (1760–1852) bagi menghargai usaha pencarian nadir bumi Magnet nadir bumi, kaca indeks biasan tinggi atau garnet, laser, tiub sinar X, memori komputer, penangkapan neutron, ejen kontras MRI, ejen kelonggaran NMR
65 Tb Terbium daripada perkampungan Ytterby, Sweden Fosfor hijau, laser, lampu pendarfluor
66 Dy Disprosium dari Yunani dysprositos, bererti susah didapati Magnet nadir bumi, laser
67 Ho Holmium nama Stockholm (dalam Latin Holmia), sebuah bandar dari salah seorang penemu Laser
68 Er Erbium Perkampungan Ytterby, Sweden Laser, keluli vanadium
69 Tm Tulium daripada mitologi Thule di bahagian Utara Mesin sinar X mudah alih
70 Yb Iterbium daripada nama perkampungan Ytterby, Sweden laser inframerah , agen penurunan kimia
71 Lu Lutetium daripada Lutetia, nama lama Paris Pengesan PET Scan, kaca indeks biasan tinggi

Ringkasan sunting

Singkatan berikut sering digunakan:

  • RE = Nadir bumi
  • REM = Logam nadir bumi
  • REE = Unsur nadir bumi
  • REO = Nadir bumi oksida
  • LREE = Unsur nadir bumi ringan (La-Gd, Sc, and Y)
  • HREE = Unsur nadir bumi berat (Tb-Lu)

Harga nadir bumi sunting

Unsur-unsur nadir bumi tidak mempunyai pertukaran niaga yang sama caranya dengan logam berharga (sebagai contoh, emas dan perak) atau pun logam-logam bukan besi (seperti nikel, timah, tembaga, dan aluminium). Sebaliknya, mereka dijual di dalam pasaran persendirian, yang membuatkan harga mereka sukar untuk diawasi dan dijejaki. Walau bagaimanapun, harga-harga are published periodically Diarkibkan 2012-09-10 di Wayback Machine di laman-laman seperti di mineralprices.com.[5] 17 unsur-unsur biasanya tidak dijual du dakam bentuknya yang asli tetapi sebaliknya ia diedarkan di dalam campuran pelbagai ketulenan ii: Logam Neodymium ≥ 99.5%.[5] Disebabkan harga berubah-ubah berdasarkan kepada kuantiti dan kualiti yang dipinta oleh aplikasi pengguna hujung.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "News and events". US Department of Agriculture. Dicapai pada 2009-06-06.
  2. ^ Edited by N G Connelly and T Damhus (with R M Hartshorn and A T Hutton), penyunting (2005). Nomenclature of Inorganic Chemistry: IUPAC Recommendations 2005 (PDF). Cambridge: RSC Publ. ISBN 0-85404-438-8. Dicapai pada 2007-12-17.CS1 maint: extra text: editors list (link)
  3. ^ Rare Earth Elements—Critical Resources for High Technology U.S. Geological Survey, Fact Sheet 087-02
  4. ^ a b c C. R. Hammond, "Section 4; The Elements", in CRC Handbook of Chemistry and Physics, 89th Edition (Internet Version 2009), David R. Lide, ed., CRC Press/Taylor and Francis, Boca Raton, FL.
  5. ^ a b [1] Diarkibkan 2012-09-10 di Wayback Machine, Harga pasaran pada mineralprices.com.

Pautan luar sunting