Uqasha Senrose

Pelakon wanita Malaysia

Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992)[2] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose.[3] Beliau mula terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan kemudiannya sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu bersama Hafidz Roshdi.

Uqasha Senrose
Uqasha di acara Anugerah Skrin 2015
Kelahiran
Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen

(1992-07-06) 6 Julai 1992 (umur 31)[a]
Nama lainUqasha, Qasha
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian1.66 m (5 ka ​5 38 in)
PasanganKamal Adli (k. 2021)
Ibu bapa
  • Nik Sen Mat Rifin (Bapa)
  • Rosmizai Mohd Noor (Ibu)
Saudara
  • Nelissa Senrose (Kakak Kandung)
  • Nelydia Senrose (Adik Kandung)
  • Raysha Rizrose (Adik Kandung Seibu)
  • Danitra Rizrose (Adik Kandung Seibu)
  • Qirana Rizrose (Adik Kandung Seibu)
  • Arjuna Rizrose (Adik Kandung Seibu)
  • Ramada Manrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Oktovia Manrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Aprena Manrose (Sepupu Belah Ibu)
KeluargaRosnah Mohd Noor (Ibu Saudara)

Kehidupan awal

Uqasha Senrose dilahirkan pada Isnin, 6 Julai 1992 Masihi bersamaan 5 Muharram 1413 Hijrah di Kota Bahru, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 7 adik-beradik. Salah seorang daripada adik beliau juga seorang pelakon iaitu Nelydia Senrose dan bekas juara Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Raysha Rizrose. Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, beliau pernah bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia selama setahun setengah.

Kerjaya

Uqasha memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi filem bebas karya Anshari Rahizan Lukisan Hati yang dibintangi oleh Faralyna Idris, diadaptasi dari komik dalam talian dengan judul sama, ketika itu beliau dikreditkan menerusi nama sebenar Zaris Uqasha.[4]

Tiga tahun kemudian, iaitu pada 2013, Uqasha membintangi filem sulungnya, Paku Pontianak arahan Ismail “Bob” Hasim di mana beliau memegang watak utama sebagai Melati, bersama Pekin Ibrahim.[5] Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Rania dalam drama adaptasi novel, Sebenarnya, Saya Isteri Dia! lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.

Uqasha kemudiannya berlakon di samping Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem Bencinta arahan Eyra Rahman.[6] Beliau membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Ombak Rindu yang dipentaskan pada 22 April hingga 1 Mei 2016; Uqasha memegang watak sebagai Izzah yang sebelum ini dilakonkan oleh Maya Karin dalam filem dengan judul sama yang dikeluarkan pada 2011.[7][8]

Beliau muncul bersama Hafidz Roshdi dalam drama Tundukkan Playboy Itu yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Anjell dan kemudiannya memegang watak sebagai Puteri Emallyn dalam Hero Seorang Cinderella lakonan Fazura dan Fattah Amin. Uqasha merupakan salah seorang pelakon utama drama adaptasi novel Rahsia Hati Perempuan; memegang watak sebagai Arissa.[9]

Bekerja di bawah arahan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, Uqasha bersama Zul Ariffin menjayakan peranan utama bersama Datuk Awie dalam filem Hantu Kak Limah;[10] beliau memegang watak Puteri Bunian bernama Eton yang bercinta dengan Husin.[11]

Uqasha menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.[12][13]Beliau digandingkan bersama Zizan Razak dalam supertelefilem Saya Jual Ye Bang yang ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 14 Mac 2019, ia turut dibintangi oleh Nadiyah Shahab.[14][15]

Kehidupan peribadi

Kehidupan peribadi Uqasha banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan lelaki, malah terdapat segelintir pihak beranggapan beliau sering bertukar-tukar teman lelaki.[16][17] Uqasha sebelum ini dilaporkan menjalinkan hubungan dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad.[18] Beliau sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Pekin Ibrahim, namun hubungan mereka berakhir di pertengahan jalan.[19] Pada 8 Disember 2017, Uqasha diancam oleh seorang pengikut Instagram beliau, yang ingin meminta gambar bogelnya.[20][21]

Pada 8 Mei 2018, Uqasha telah ditahan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung penemuan 53 pil Eramin 5 di dalam beg tangan Chanel miliknya. Beliau turut mengesahkan keputusan ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya disahkan negatif dan dibebaskan dengan ikat jamin.[22] Uqasha turut mendakwa beliau disabotaj.[23][24][25]Pada awal 12 Ogos 2018, Uqasha mendedahkan dakwaan kes dadah ke atasnya telah selesai dan beliau tidak lagi di bawah pemerhatian polis.[26][27]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Lukisan Hati Nurliana Filem bebas; dikreditkan sebagai Zaris Uqasha
2013 Paku Pontianak[28] Melati Filem pertama
Bencinta Lia
2018 Hantu Kak Limah Zaiton/Puteri Bunian
2023 Sumpahan Jerunei Bee

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012-2013 Setia Hujung Nyawa Natie TV3 Drama pertama
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Rania
Tok Abah Yana Astro Oasis
2014 Ratu Shuhada Shuhada / Bawang Putih TV1
Tanah Kubur (Musim 10) Aishah Astro Oasis Episod: "Topeng Solehah"
Kalau Itu Jodoh Kita Lutfa Shirin Mawar TV AlHijrah
2015 Babyana Yana TV2
Dan Hati Pun Berkata Adira
Qarin[29] Dhiya TV1
Sayap Jibril Sarah Astro Oasis Episod: "Perampas Itu Mencuri"
Pengembaraan Jason Murad Atie TV9
Strawberi & Karipap (Musim 2) Emma Astro Ceria
2016 Tundukkan Playboy Itu Nurin Areesa TV3
2017 Syurgaku Tak Sempurna Fariena HyppTV
Kerana Anisa Laili TV3
Hero Seorang Cinderella Puteri Emallyn Astro Ria
Khabar Dari Casablanca Nadia TV2
Perempuan Paling Bahagia Maya Astro Oasis
Dia Segala-galanya Suraya TV1
Duda Pujaan Dara Tengku Rahayu Astro Ria Penampilan khas
2018 Rahsia Hati Perempuan Arissa
2019 Spanar Jaya X Syasya TV3 Sitkom
Setelah Terlafaznya Akad Nawal Astro Ria
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Salsabila
2020 Perempuan Tanpa Dosa Lily Shazrina
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Kasih Maisara
Kampung Kolestrol Kiambang TV9 Penampilan khas
The Hotel Dr. Firhani Astro Ria
The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja
2022 Setelah Terlafaznya Akad 2 Nawal
2023 Akira Khan Akira Khan
Isteri Halal Eyra
Nak Dengar Cerita Hantu? DEGUP
Jangan Lupa Janji Raihana Astro Ria

Web drama

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2019 Ombak Rindu The Series Hazirah Iflix
Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Cinta Sesungguhnya" Sabhi Saddi feat Marsha
2017 "Pejamkan Mata" Malique feat Dayang Nurfaizah

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Arman Siti TV3
2014 Hitam Zaleha
Oops Terlebih Pulak Thia TV9
Sedalam Mana Cinta[30] Zalia TV3
2015 7 Petola Cinta Ainul TV9
Bila Hati Berbunga TVi
Mat Despatch Raya Sakan TV2
Wang atau Cinta TV9
Cik Puan Bibik Che Ta (Rozita) TV1
Sesumpah Ramadan TV3
Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya Zaharah TV1
Tok Samad Siti TV9
Orang Gaji Pontianak Zaleha Astro Ria
Ally Akashah Karmila TV9
2016 Jam Aju Tanpa Jarum TV2
3 Hari 7 Likur TV1
Awe Keno Nikoh Mek Tie
2017 Hanya Kau Yang Satu Arlisa HyppTV
Ilham Astro Citra
2018 Pok Ya Cong Codei Aina
Esok Untuk Kita Zalia ntv7
Kampung Kuala Lambat Jamilah Astro Citra
Andai Ku Cinta Lagi Marissa TV2
Dipulangkan Kasihnya Juwita TV2
2019 Hantu Don Ayu TV3
Saya Jual Ye Bang Rosalinda Ahmad Astro First Eksklusif
Boyfriend Aku Dari Neraka Risya Astro Citra
2021 Pengantin Dari Neraka Elly Surtinah

Teater

Tahun Tajuk Watak Tarikh pementasan
2016 Ombak Rindu Izzah / Suri 22 April - 1 Mei 2016

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Super Spontan 2014 Artis Jemputan Astro Warna
2015 Super Spontan All Stars Peserta Kumpulan Kungfu Kipidap
Spontan Boboi & Kengkawan
Sepahtu Reunion Sofia Artis Jemputan: Episod "Rewang"
2016 Ketuk Ketuk Ramadhan Dirinya sendiri TV1 Artis jemputan
2017 Sepahtu Reunion Live Cikgu Nana Astro Warna Artis Jemputan: Episod: "Suci Dalam Debu"
2023 Tiara Artis Jemputan: Episod "Kasih Dua Darjat"
2022 Sepahtu Reunion Live Tour Linda Artis Jemputan: Episod "Tanpamu Tapan"
The House: Kamal & Uqasha Dirinya sendiri Astro Ria Bersama suaminya, Kamal Adli

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Trending Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (bersama Kamal Adli) Setelah Terlafaznya Akad Menang
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (bersama Kamal Adli) Perempuan Tanpa Dosa Menang
2022 Anugerah Seri Angkasa Pelakon Wanita Drama TV Terbaik Rindu Awak Separuh Nyawa Tercalon

Catatan

  1. ^ Beliau dilahirkan sama ada 6 Julai 1992 atau 1 Ogos 1992; berdasarkan sumber berbeza. Namun, Uqasha memilih 6 Julai 1992 sebagai tarikh lahir rasmi berdasarkan dari nombor kad pengenalan dan dokumen kelahirannya.

Rujukan

  1. ^ Syanty Octavia Amry (17 September 2015). Uqasha Senrose mohon maaf Harian Metro. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  2. ^ Uqasha, Nelydia sambut raya di Kuala Lumpur Diarkibkan 2018-06-22 di Wayback Machine Kosmo! (11 Julai 2016). Diperoleh pada 11 Julai 2016.
  3. ^ Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung Diarkibkan 2018-06-22 di Wayback Machine mStar Online (20 Jun 2014). Diperoleh pada 20 Jun 2014.
  4. ^ Lukisan Hati Movie Blog rasmi Lukisan Hati. Dicapai pada 28 Mei 2015.
  5. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (24 Ogos 2013). Debaran Paku Pontianak Sinar Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2013.
  6. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (28 September 2013). Bencinta mesej untuk wanita Diarkibkan 2018-04-25 di Wayback Machine Sinar Harian. Diperoleh pada 24 April 2018.
  7. ^ Teater Ombak Rindu: Tonton Tak Jemu Tapi Keliru, Celaru Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine My News Hub. 23 April 2016.
  8. ^ Ramlah Zainal (15 Mac 2016). Ombak Rindu dipentaskan di IB Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Harian Metro. Diperoleh pada 19 Mac 2016.
  9. ^ Uqasha tetap berlakon lepas terpalit kes dadah Malaysiakini (8 Mei 2018). Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  10. ^ Amirul Haswendy Ashari (19 November 2017). Hantu Kak Limah 3 lebih kelakar Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  11. ^ Amirul Haswendy Ashari (18 November 2017). "Respon positif kejutkan Uqasha". Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  12. ^ Ramlah Zainal (18 Disember 2018). Uqasha tak serik bercinta Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  13. ^ Muhammad Fairoz Azizan (17 Disember 2018). Uqasha Senrose tak serik bercinta sesama artis Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  14. ^ Asyraf Roslan (5 Mac 2019). "'Saya jual ye bang!' bukan sekadar filem romantik komedi". Astro Awani. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  15. ^ "Lelaki dambaan Uqasha Senrose". Kosmo!. 6 Mac 2019. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (28 Ogos 2015). "Sedih dilabel 'playgirl'". Harian Metro. Dicapai pada 28 Ogos 2015.
  17. ^ Ifqdar Rahman (2 Ogos 2018). "Uqasha Senrose bimbang tanggapan sering bertukar kekasih". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  18. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (3 November 2017). Uqasha Senrose akui hubungannya dengan Hefny Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  19. ^ Pekin, Uqasha tak jadi kahwin? Sinar Harian. 16 Februari 2014.
  20. ^ Syahirah Mokhtazar (8 Disember 2017). "(Showbiz) Actress Uqasha Senrose threatened by IG follower, asking for her nude photos". New Straits Times. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  21. ^ "Uqasha Senrose diugut peminat serah gambar bogel". Astro Awani. 7 Disember 2017. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  22. ^ "Uqasha Senrose nafi khayal". Kosmo!. 8 Mei 2018. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  23. ^ Tahir Alhamzah (7 Mei 2018). "#Showbiz: I was sabotaged, says Uqasha Senrose on her arrest yesterday". New Straits Times. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  24. ^ "'Drugs not mine, I was set up'". The Star (Malaysia). 9 Mei 2018. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  25. ^ "Ujian air kencing Uqasha Senrose negatif dadah". Malaysiakini. 7 Mei 2018. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  26. ^ "Kes dadah Uqasha selesai?". Utusan Malaysia. 12 Ogos 2018. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  27. ^ Adeline Gooi, Mahadhir Monihuldin, Tan Sin Chow, R. Aravinthan (12 Ogos 2018). "I'm no longer under police probe, says Uqasha". The Star Online. Dicapai pada 15 Ogos 2018.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  28. ^ Paku Pontianak - Ungkai Percintaan Manusia Dengan Pontianak, Bbroframestone.com. Dicapai pada 18 Mac 2014.
  29. ^ Drama Bersiri Seram QARIN Uji Lakonan Uqasha Senrose, Budiey.com.
  30. ^ Sedalam Mana Cinta, Cerekarama TV3, Kbergetar.Com.

Pautan luar