Dalam biologi, usus kecil merupakan sebahagian daripada salur gastrousus (salur pencernaan atau salur alimentari). Usus kecil terletak di antara perut dan usus besar. Dalam usus kecil berlaku pencernaan yang lebih kerap dan ketara.

Usus kecil
Rajah usus kecil dan struktur sektiar
Butiran
Sebahagian daripadaSaluran gastrousus
SistemSistem pencernaan
ArteriArteri mesenterik superior
UratVena portal hepa
SarafGanglia seliak, vagus[1]
LimfaTrunkus limfa usus
Pengenalpastian
nama bahasa LatinIntestinum tenue
MeSHD007421
TAA05.6.01.001
FMAFMA:7200
Terminologi anatomi

Saiz dan bahagian sunting

Apabila umur manusia lebih daripada 5 tahun, dianggarkan usus kecil berukuran 6 m panjang, (atau) pada ukuran diantara 4-7 m. Usus kecil dibahagi kepada 3 struktur iaitu:

Walaupun usus kecil lebih panjang daripada usus besar (lebih kurang 4-5 lebih panjang daripada usus besar), perbandingan usus kecil dan usus besar adalah lebih kepada perbanding diameter usus-usus ini. Pada kebiasaannya, diameter usus besar orang dewasa diukur lebih kurang 3 kali daripada diameter usus kecil.

Peristalsis sunting

(Bolus) Makanan daripada perut di benarkan masuk ke duodenum oleh otot yang dipanggil pilorus (atau sfinkter pilorus). Otot ini menolak makanan keluar ke dalam usus kecil melalui proses gelombang otot atau lebih tepat dipanggil peristalsis.

Perluasan ke dalam lumen sunting

Di dalam usus kecil merupakan tempat di mana lebih banyak nutrien dicerna dan diserap. Di dalam usus kecil juga terdapat unjuran lipatan yang meliputi dindingnya. Unjuran lipatan ini berbeza daripada ruga(seperti pada dinding perut) kerana unjuran lipatan ini tidak malar atau tegar. Hal ini, bertujuan untuk membenarkan dinding usus kecil kembung dan penguncupan.

Daripada unjuran mikroskop Plicae circulara terdapat tisu yang dipanggil vilus.

Penyerapan sunting

Tujuan kedut-kedut dan unjuran-unjuran pada permukaan dalam usus kecil adalah untuk membolehkan penyerapan nutrien. Setiap permukaan vilus diliputi dengan microvilus, yang bertujuan untuk meningkatkan luas permukaan untuk memudahkan penyerapan nutrien dan sebagainya. Setiap vilus mengandungi lakteal dan kapilari darah. Lakteal berfungsi untuk menyerap lemak (atau lipid) yang dicerna. Penyerapan lemak oleh lakteal akan menyalurkan lemak ke sistem limpa yang kemudiannya disalurkan ke sistem peredaran darah. Manakala, kapilari pula menyerap nutrien atau makanan lain yang dicerna.

Setiap sel mikrovilus diliputi dengan sempadan berus iaitu protein yang berfungsi untuk menyerap molekul nipis lapisan air. Lapisan ini juga dipanggil sebagai "lapisan air yang tak dikacau". Lapisan ini juga berfungsi untuk menyerap nutrien.

Pencernaan sunting

Pencernaan protein kepada peptida dan asid amino, berlaku terutamanya di dalam perut, walau bagaimanapun, proses ini juga berlaku di dalam usus kecil. Antara pencernaan substrat yang berlaku dengan lebih kerap dalam perut ialah:

  • Peptida dimangkinkan(diturunkan) kepada asid amino.
  • Lipid (atau Lemak) dimangkinkan(diturunkan) kepada asid lemak dan gliserol.
  • Karbohidrat dimangkinkan(diturunkan) kepada gula ringkas (atau gula darah) seperti glukosa.

Komplikasi usus kecil sunting

 
Usus kecil boleh dijangkiti Penyakit seliak , gambar daripada endoskop menunjukan skala lipatan usus kecil

(lihat juga gastroenterologi)

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nosek, Thomas M. "Section 6/6ch2/s6ch2_30". Essentials of Human Physiology. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-24.

Bibliografi sunting

  • Solomon et al (2002) Biology Sixth Edition, Brooks-Cole/Thomson Learning ISBN 0-03-033503-5
  • Townsend et al (2004) Sabiston Textbook of Surgery, Elsevier ISBN 0-7216-0409-9
  • Thomson A, Drozdowski L, Iordache C, Thomson B, Vermeire S, Clandinin M, Wild G (2003). "Small bowel review: Normal physiology, part 1". Dig Dis Sci. 48 (8): 1546–64. PMID 12924651.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting