Saidatul Naseha Uyaina Arshad (lahir 16 November 1992) ialah seorang pengacara, pelakon dan model Malaysia.[1] Memulakan kerjaya awal dalam industri hiburan sebagai pelakon teater, Uyaina telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3 dan terkenal sebagai pengacara Nona (2016-2017) dan Wanita Hari Ini (2017-kini).[2][3]

Uyaina Arshad
Kelahiran
Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad

(1992-11-16) 16 November 1992 (umur 31)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPengacara, pelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2015–kini
MajikanMedia Prima (2015-kini)
Terkenal kerana
  • Juara Pencarian Nona Manis 2015
  • Nona
  • Wanita Hari Ini
  • Juara Puteri Muslimah Asia 2018
  • AKSI Asia
  • D' Academy Asia
  • AKSI Indonesia
  • Golden Memories Asia
PasanganRaja Syahiran Raja Azhanrianshah (k. 2021)
Anak-anak1
Ibu bapa
  • Siti Noor Farah Jaafar (ibu)
  • Allahyarham Arshad Ibrahim (bapa)
SaudaraAllahyarham Mohd Attaful Uzair Arshad (abang)

Kerjaya sunting

Uyaina bergiat aktif sebagai pelakon teater semasa menuntut di universiti dan mula dikenali umum sebagai pemenang Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3, sekaligus dinobatkan sebagai Juara.[4] Kemudian, beliau telah ditawarkan untuk mengacarakan rancangan Nona dari 2016 hingga 2017 menggantikan Fouziah Gous.[5][6][7][8][9] Pada tahun 2017, Uyaina telah ditawarkan pula untuk menjadi pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 bersama Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim dan Sugeeta Chandran.[10]

Pada Mei 2018, beliau telah menyertai Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang buat julung kalinya diadakan di Indosiar. Beliau telah muncul sebagai Juara dengan menewaskan 17 peserta lain dari 6 buah negara; Indonesia, Malaysia, Singapura, Turki, Brunei dan Timor Leste.[11]

Kerjaya Uyaina mula berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia setelah dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia.[12] Memiliki lebih 1 juta pengikut di Instagram miliknya, sekaligus menjadi ikon wanita muda yang semakin dikenali ramai.[13] Kerjayanya dalam bidang lakonan bermula dengan menjayakan watak Maryam dalam drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah.

Dalam tahun 2020, Uyaina membintangi dua siri drama TV, iaitu Jujurlah Nikahi Aku sebagai Nurin Asyifah, dan Perempuan Tanpa Dosa sebagai Usu Sakinah. Beliau digandingkan bersama Zul Ariffin dalam drama Love Elsa dengan melakonkan watak sebagai Ammara.[14][15][16]

Uyaina membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Siapa Tutup Lampu? (2021) dengan memegang watak sebagai Azie.[17] Beliau bersama suaminya, Raja Syahiran muncul dengan single "Hingga Akhir Waktu" yang menandakan percubaan sulungnya sebagai penyanyi.[18][19][20]

Kehidupan peribadi sunting

Uyaina merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan mempunyai dua abang dan seorang kakak.[perlu rujukan] Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (UM).[3]

Bapa beliau, Arshad Ibrahim meninggal dunia di New Zealand pada usia 37 tahun pada 1997 sewaktu menjalankan tugas sebagai pegawai tentera laut ketika beliau baru berusia 5 tahun. Sejak itu, ibunya, Siti Noor Farah Jaafar tidak pernah berkahwin lagi sehingga kini.[21][22]

Uyaina berkahwin dengan penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah dengan sekali lafaz pada 20 Disember 2021.[23][24] Beliau selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya pada 8 September 2022,[25] yang diberi nama Raja Urhan. Menurut Uyaina dalam satu perkongsian di Instagram, Urhan memiliki maksud yang cukup baik selain sebutannya hampir sama dengan ibunya.[26]

Abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad meninggal dunia akibat serangan jantung pada 19 Ogos 2022 di usia 35 tahun.[27][28]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan Ruj.
2021 Siapa Tutup Lampu? Azie Filem pertama [29]

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Lelaki Kiriman Tuhan Maryam Astro Oasis Drama adaptasi novel karya Umie Nadzimah
2019 Curi-Curi Cinta Fariza Astro Ria Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah
Sara Sajeeda Iman Dahlia TV3 Drama kerjasama Malaysia-Pakistan
2020 Jujurlah Nikahi Aku[30] Nurin Asyifa Astro Ria Drama adaptasi novel karya Umie Nadzimah
Perempuan Tanpa Dosa Usu Sakinah Drama adaptasi novel karya Fatinilam Sari Ahmad
2021 Ahli Bapak Bapak Club Yem
Love Elsa Ammara Drama adaptasi novel karya Acik Lana
2022 Kau Cipta Kasih Khadijah TV3 Drama adaptasi novel karya Azilah Wahab
Salam Squad 3.0 Serena Astro Ceria
Lockdown 2 Dila Astro Ria
2023 Riot! Rebel With A Cause Sarah Astro Premier
Tanah Kubur (Musim 16) Aina Astro Oasis Episod: "Ceraikan Saya!"

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Pintu Berkah: Ampunan Maaf di Ujung Ramadan Fatimah Indosiar
2020 Bercinta Dengan Jin Maya Astro Citra
2021 Lagenda Puteri Bulan Puteri Zaleha Astro Ceria

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Pencarian Nona Manis Peserta TV3 Juara 1
2016–2017 Nona Pengacara
2017 Kasshoorga Talk Astro Oasis
2017–kini Wanita Hari Ini TV3
2018 Puteri Muslimah Asia Peserta Indosiar Juara 1
AKSI Asia Pengacara
D'Academy Asia (Musim 1)
2019 Pesona Pengantin Astro Prima
AKSI Indonesia Indosiar
Golden Memories Asia
D'Academy Asia (Musim 2)
2020–kini MeleTOP Pengacara jemputan Astro Ria
2020 Ratu Hijabista Pengacara Mengacara bersama Fikry Ibrahim
Vokal Mania TV3 Mengacara bersama AC Mizal. Uyaina ialah pengganti Azira Shafinaz sebagai pengacara bersama dalam rancangan Vokal Mania.
Sepahtu Reunion Live Ros Astro Warna Episod: "Sampai Syurga"
2021 Famili Duo (Musim 1) Pengacara TV3
Sepahtu Reunion Live Raisa Astro Warna Episod: "Rahsia Lorong"
2022 Romantika Raya Dirinya sendiri Astro Ria Bersama suaminya Raja Syahiran
Borak Hantu Artis jemputan
2023 All Together Now Malaysia (musim 2) Juri
Sepahtu Reunion Al-Puasa Maria Astro Warna Episod: "Sepakat Membawa Berkat"
Family Feud Malaysia Dirinya sendiri Astro Ria Bersama suami dan keluarganya (Episod 1)
Prankap!!! Astro Warna Bersama suaminya
D'Academy Asia (Musim 6) Pengacara Indosiar
Inspirasi 2024 TV2 Mengacara bersama Bell Ngasri

Diskografi sunting

Single
Tajuk Tahun
"Hingga Akhir Waktu" 2022

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Pengacara TV Popular Dirinya sendiri Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Pengacara TV Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Norhayati Nordin (12 Ogos 2019). Simpan impian baharu Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2019.
  2. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (2 Ogos 2015). Angkat isu ‘Perkosaan Dalam Rumah Tangga’, Uyaina juara Nona Manis MStar Online. Dicapai pada 19 September 2015.
  3. ^ a b Azizul Rahman Ismail (25 Mac 2021). "Letting life takes its course". The Sun Daily. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  4. ^ Nur Aqidah Azizi (3 Ogos 2015). Uyaina is TV3's Nona Manis champion New Straits Times. Dicapai pada 19 September 2015.
  5. ^ "Biodata Uyaina Arshad". Azhan.co. 29 April 2017. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (22 November 2018). "Uyaina 'ditendang' dari Dangdut Academy Asia?". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2018.
  7. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (9 Mac 2017). "Ejek bawa tuah kepada Uyaina Arshad". Berita Harian. Dicapai pada 6 Februari 2018.
  8. ^ "Siapa juara Nona Manis?". Utusan Malaysia. 31 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2019. Dicapai pada 8 Ogos 2015.
  9. ^ "Nona Manis milik Naseha Uyaina". Kosmo!. 8 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2019. Dicapai pada 8 Ogos 2015.
  10. ^ "#Showbiz: TV3's Wanita Hari Ini records daily viewership of 80,000". New Straits Times. 7 April 2020. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  11. ^ Zaidi Mohamad (11 November 2018). Uyaina cari rezeki di Jakarta Berita Harian. Dicapai pada 26 Disember 2018.
  12. ^ Nurul Fadila Awaludin (14 Ogos 2018). "Uyaina Arshad menyinar di Indonesia". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  13. ^ Syahirah Mokhtazar (11 Julai 2019). #Showbiz: TV3 host Uyaina Arshad to helm TV entertainment show in Indonesia New Straits Times. Dicapai pada 19 September 2018.
  14. ^ Haryati Karim (3 Julai 2021). "Uyaina jaga aurat, jaga sentuhan". Kosmo!. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  15. ^ Najiy Jefri (17 Julai 2021). "Positif dalam setiap kritikan". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2021.
  16. ^ Haryati Karim (16 Jun 2021). "Gaya pelik Uyaina Arshad, pakai 18 sarung tangan, baju berlapis-lapis". Kosmo!. Dicapai pada 24 Julai 2021.
  17. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 November 2021). "'Berpeluh' dalam bilik mayat". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  18. ^ Budiey (23 Januari 2022). "Kongsi Berita Kematian Bapanya, Uyaina Arshad & Raja Syahiran Lancar Single Hingga Akhir Waktu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  19. ^ Sudirman Mohd Tahir (23 Januari 2022). "Hingga Akhir Waktu, kisah hidup ibu bapa Uyaina Arshad". Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  20. ^ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (24 Januari 2022). "Uyaina Arshad abadikan kisah arwah bapa dalam Hingga Akhir Waktu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  21. ^ Zaidi Mohamad (26 Januari 2022). "Uyaina imbau tragedi ragut nyawa arwah bapa". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  22. ^ Sudirman Mohd Tahir (31 Disember 2020). "Ibu Uyaina Arshad beri lampu hijau". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  23. ^ Siti Athirah Dzulkifly (21 Disember 2021). "Uyaina Arshad dan Raja Syahiran selamat bergelar suami isteri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  24. ^ Fatin Farhana Ariffin (21 Disember 2021). "Raja Syahiran, Uyaina sah suami isteri". Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  25. ^ Nur Emira Saizali (9 September 2022). "Uyaina Arshad selamat lahirkan bayi lelaki". Kosmo!. Dicapai pada 12 September 2022.
  26. ^ Najiy Jefri (11 September 2022). "Raja Urhan nama bayi lelaki Uyaina Arshad". Harian Metro. Dicapai pada 12 September 2022.
  27. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (19 Ogos 2022). "Uyaina hilang tonggak keluarga". Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2022.
  28. ^ Najiy Jefri (19 Ogos 2022). "Abang sulung Uyaina Arshad meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 3 September 2022.
  29. ^ "Siapa Tutup Lampu". Temptation Shack. 24 Mei 2021. Dicapai pada 25 Mei 2021
  30. ^ Najiy Jefri (26 Januari 2020). "Percubaan Uyaina". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mei 2020.

Pautan luar sunting