Végétal ialah album studio kedua oleh penyanyi Perancis, Émilie Simon. Secara keseluruhannya, album ini merupakan albumnya yang ketiga, jika La Marche De l'Empereur dikira bersama. Album ini telah dipasarkan di bawah syarikat rakaman Barclay Records dan Universal Records. Album ini terkenal dengan tema floranya.

Végétal
Album studio oleh
Dilancarkan pada6 Mac 2006 (Keluaran biasa)[1][2]
22 Mac 2006 (Keluaran Jepun)[3]
27 April 2006
13 Disember 2006 (Edisi Super Jewel Box)
Dirakamkan padaStudios Miloco (London)
Riverside (Bath)[4]
Studios de La Seine (Paris)
Living Rom (Paris)[5]
TempatPerancis Edit the value on Wikidata
GenrePop, trip-hop, elektronika, rock
Panjang50:02 (Edisi biasa)
1:12:49 (Edisi Super Jewel Box)[6]
56:06 (Keluaran Jepun)
BahasaBahasa Perancis Edit the value on Wikidata
SyarikatBarclay
Universal
Kronologi Émilie Simon
La Marche De l'Empereur
(2005)
Végétal
(2006)
The Flower Book
(2006)
Kulit lain
Keluaran Jepun
Keluaran Jepun
Edisi Super Jewel Box
Edisi Super Jewel Box
Opendisc Extras
Opendisc Extras
Keluaran terhad Opendisc dan dilampirkan dengan sebuah buku
Keluaran terhad Opendisc dan dilampirkan dengan sebuah buku
Single daripada Végétal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cakera padat album ini dapat digunakan untuk melihat kandungan-kandungan isitmewa di dalam laman web rasmi Émilie Simon.

Sebuah keluaran khas telah dipasarkan pada Disember 2006, memuatkan beberapa ciri tambahan seperti lagu-lagu bonus, remix untuk lagu "Opium" dan "Fleur De Saison" serta rakaman pendek tentang pembikinan album Végétal dan video muzik bagi lagu "Fleur De Saison".

Setakat ini terdapat 5 keluaran bagi album Végétal yang terdapat di pasaran. Setiap keluaran ini berlainan dari segi kandungannya.

Informasi penting sunting

Album studio Émilie Simon kedua ini menampilkan gaya elektronik dan trip-hop dan diselitkan dengan elemen-elemen muzik rock. Di samping itu, satu lagi kelainan dalam album ialah album ini mempunyai tema yang sama, yakni lagu-lagunya mempunyai kaitan dengan unsur-unsur flora dan tumbuh-tumbuhan, seperti bunga-bungaan. Tambahan pula banyak lagu-lagu dalam album ini mengandungi rakaman-rakaman bunyian dari tumbuh-tumbuhan sebenar[7].

Senarai lagu sunting

Keluaran biasa sunting

  1. "Alicia" - 3:53
    1. Selo - Chris Allan
    2. Gitar - Mehdi Parisot
    3. Alat palu, bes - Simon Edwards
    4. Viola - Nell Catchpole
    5. Biola - Alison Dods, Lucy Wilkins
  2. "Fleur De Saison" - 4:11
    1. Dram, tepukan tangan - Fabien Evano, François Chevalier
  3. "Le Vieil Amant" - 4:35
    1. Bes - Simon Edwards
    2. Selo - Arnaud Crozatier , Janice Renau
    3. Alat palu - Cyril Hernandez
    4. Vibrafon - Cyril Hernandez
  4. "Sweet Blossom" - 3:48
    1. Bes - Simon Edwards
    2. Selo - Arnaud Crozatier
    3. Gitar - Ludovic Bruni
    4. Beatbox manusia - David Couacou
  5. "Opium" - 2:50
    1. Bes - Simon Edwards
  6. "Dame De Lotus" - 3:25
    1. Bes - Simon Edwards
    2. Selo - Arnaud Crozatier, Chris Allan
    3. Beatbox manusia - David Couacou
    4. Viola - Nell Catchpole
    5. Biola - Alison Dods, Lucy Wilkins
  7. "Swimming" - 4:10
    1. Bes - Simon Edwards
    2. Selo - Chris Allan
    3. Alat palu - Cyril Hernandez
    4. Pengatur cara - Marc Collin
    5. Viola - Nell Catchpole
    6. Biola - Alison Dods, Lucy Wilkins
  8. "In The Lake" - 3:32
    1. Bes - Simon Edwards
    2. Selo - Janice Renau
    3. Seruling - Alexis Morel
    4. Alat palu, botol - Cyril Hernandez
    5. Botol - François Chevallier
  9. "Rose Hybride De Thé" - 3:17
    1. Bes - Simon Edwards
    2. Selo - Arnaud Crozatier
    3. Seruling - Alexis Morel
    4. Gitar - Mehdi Parisot
    5. Beatbox manusia - David Couacou
    6. Pengaturcara - Cyrille Brissot
  10. "Never Fall In Love" - 2:53
    1. Bes - Simon Edwards
  11. "Annie" - 3:20
    1. Bes - Simon Edwards
  12. "My Old Friend" - 4:46
    1. Bes - Simon Edwards
    2. Alat palu, piano - Cyril Hernandez
  13. "En Cendres" - 5:22
    1. Bes - Simon Edwards
    2. Gitar - Ludovic Bruni, Mehdi Parisot
    3. Alat palu, marimba - Cyril Hernandez

Keluaran Jepun sunting

  1. "Alicia"
  2. "Fleur De Saison"
  3. "Le Vieil Amant"
  4. "Sweet Blossom"
  5. "Opium"
  6. "Dame De Lotus"
  7. "Swimming"
  8. "In The Lake"
  9. "Rose Hybride De Thé"
  10. "Never Fall In Love"
  11. "Annie"
  12. "My Old Friend"
  13. "En Cendres"
  14. "Ferraille" - 2:41
  15. "Papillon" - 3:23

Keluaran Super Jewel Box sunting

Pada Disember 2006[8], sebuah keluaran Super Jewel Box bagi album Végétal telah dipasarkan. Edisi ini dikeluarkan dalam format cakera padat dan mengandungi dua keping cakera padat. Cakera padat pertama mengandungi lagu-lagu seperti yang terdapat dalam album edisi biasa sementara cakera padat kedua pula memuatkan beberapa lagu-lagu bonus serta remix-remix.

Senarai lagu bagi cakera padat kedua adalah seperti di bawah:

  1. "Au Lever Du Soir"
  2. "Feraille"
  3. "Papillon"
  4. "Fleur De Saison" (Remix Neimo Flavoured)
  5. "Fleur De Saison" (Remix JD dan JO)
  6. "Song Of The Storm" (Remix Ben Vedren)
  7. "Opium" (Remix Clocks)
  8. "Opium" (Remix Tom Van Den Heuvel)
  9. Video - "Fleur De Saison"
  10. Video - EPK Végétal (Making Of Végétal)

Kandungan ekstra Opendisc sunting

Album Végétal juga menggunakan teknologi Opendisc, di mana para pendengar dapat mengakses kandungan tambahan seperti lagu-lagu bonus, remix serta rakaman video[9]. Antara kandungan yang terdapat ialah:

  • Sebuah lagu "Papillon" yang belum pernah diterbitkan di mana-mana
  • Sebuah remix bagi lagu "Fleur De Saison" oleh JD dan JO dari Le Tigre
  • Sebuah remix bagi lagu "Song Of The Storm" - Remix Ben Effect
  • Gambar-gambar diambil oleh Lisa Roze yang belum diterbitkan di mana-mana
  • Klip video "Fleur De Saison"

Kejayaan sunting

Pada 2006, Végétal telah terjual sebanyak 77,376 salinan di Perancis. Album ini terletak di kedudukan 84 di carta jualan akhir tahun Perancis dan tangga ke-34 di carta muat turun akhir tahun dengan jumlah muat turun album penuh sebanyak 2,306.

Senarai kakitangan sunting

Berikut merupakan senarai nama kakitangan yang terlibat dalam pembikinan album Végétal.[10][11][12]

  • Franck Arkwright - pengarah
  • Markus Dravs - jurutera muzik, juru adun
  • Émilie Simon - penulis lirik, pencipta, penggubah, pengaturcara, hasil seni (lukisan), ketua rakaman, gitar, dram, tepukan tangan, alat palu, piano, piano elektrik (Rhodes), kalimba (Senza)
  • François Chevalier - penolong rakaman, penyunting digital (ProTools), dram, tepukan tangan, botol
  • Joe Hirst - pembantu rakaman
  • Tom Dalgetti - pembantu rakaman
  • Sylvain Tallet - A&R, penerbit eksekutif
  • Marie José Sarazin - pembantu penerbit eksekutif
  • Stéphanie Di Giusto - hasil seni (pengkonsepsian grafik), jurugambar
  • Chris Allan - selo
  • Mehdi Parisot - gitar
  • Simon Edwards - alat palu, bes
  • Nell Catchpole - viola
  • Alison Dods - biola
  • Lucy Wilkins - biola
  • Fabien Evano - dram, tepukan tangan
  • Arnaud Crozatier - selo
  • Janice Renau - selo
  • Cyril Hernandez - alat palu, vibrafon, botol, marimba
  • Ludovic Bruni - gitar
  • David Couacou - beatbox manusia
  • Marc Collin - pengaturcara
  • Alexis Morel - seruling
  • Cyrille Brissot - pengaturcara

Senarai rujukan sunting