V3 Samseng Jalanan

Filem aksi Malaysia 2010 arahan Dato' Farid Kamil

V3 Samseng Jalanan (judul asal Remp-it V3) ialah sebuah filem aksi Malaysia 2010 arahan Farid Kamil di dalam pengarahan sulungnya dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures. Ia dibintangi oleh Farid sendiri, Bront Palarae, Aqasha, Intan Ladyana dan Lisa Surihani. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Remp-It yang ditayangkan pada 2006 dan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Mac 2010.

V3: Samseng Jalanan
Poster keluaran tayangan
PengarahFarid Kamil[2]
PenulisFarid Kamil
Lakon layarFarid Kamil
Soffi Jikan
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehBrian Ng
Muzik olehBrian Ng
Traye
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
11 Mac 2010[1]
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.72 juta[3]
Pecah panggungRM 3.82 juta[4]

Pelakon sunting

   
Farid Kamil (kiri) dan Bront Palarae (kanan) memegang watak utama dalam filem ini.

Penerbitan sunting

Tajuk asal filem ini ialah Remp-it V3. Tetapi atas pengharaman penggunaan perkataan Mat Rempit, tajuk filem ini ditukar menjadi V3 Samseng Jalanan. Filem ini menjadi kontroversi kerana mempunyai banyak unsur tidak sihat dan tidak menjadi pengajaran kepada samseng jalanan yang semakin berleluasa di Malaysia. Hampir 20% filem ini dipotong.[5] Filem ini menelan kos sebanyak RM1.8 juta termasuk promosi. Lokasi penggambaran dibuat sekitar negeri Kedah dan Lembah Kelang, filem ini juga dilengkapi sistem bunyi Dolby Digital Surround EX.[6] Lisa Surihani yang memulakan kerjaya lakonan pada 1997, memegang watak Kamsah. Untuk menjayakan watak Kamsah, Lisa diminta oleh Farid untuk menghisap rokok bagi menyesuaikan imej Kamsah yang tidak banyak bercakap.[7]

Kontroversi sunting

Penonjolan budaya samseng jalanan sunting

Filem ini hampir diharamkan oleh Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Kebudayaan kerana menunjukkan budaya rempit atau samseng jalanan di layar perak. Perkara ini telah menyentap perasaan Farid Kamil selaku pengarah dan pelakon filem ini. Pihak Farid dan syarikat yang menerbitkan filem ini telah membuat beberapa kali rayuan. Akhirnya filem ini dapat ditayangkan.[8]

Poster promosi sunting

Penggunaan poster promosi filem ini tidak mendapat kelulusan Finas untuk tujuan pameran. Ini kerana poster tersebut menunjukan imej yang kurang sesuai dipersembahkan dikhalayak ramai terutamanya kanak-kanak.[9]

Keluaran sunting

Tayangan sunting

Majlis Pratonton filem ini diadakan pada 25 Februari 2010 di Cathay Cineplex, Mutiara Damansara dan dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarah filem ini, manakala tayangan perdana rasmi ialah pada 11 Mac 2010 di pawagam seluruh negara.[10]

Ulasan sunting

Nur Safina Othman bagi pihak Tupai.com.my memberi 3/5 bintang kepada filem V3 Samseng Jalanan, dengan menekankan "jalan cerita yang dilihat lebih berat dan serius … lebih sarat dengan aksi yang lebih berani dan mendebarkan", tambahan pula lakonan Farid Kamil yang disifatkannya seolah-olah 'mat rempit sejati', tambahan pula mutu lakonan Lisa Surihani 'di luar jangkaan' sebagai antagonis.[11]

Ulasan dalam sisipan B*Pop Berita Minggu pula menyatakan "Luahan gejolak jiwa remaja turut diterjemahkan menerusi dialog barisan pelakonnya yang jelas menggambarkan kehidupan anak muda yang terbabit dalam aktiviti lumba haram … suntingan sehingga 20% daripada salinan asal tidak menjejaskan keseluruhan perjalanan V3: Samseng Jalanan"; tidak lupa memuji keberkesanan lakonan barisan pelakon, khususnya Farid selaku pemegang watak utama dan Lisa Surihani yang turut dianggap 'luar biasa', tetapi mengeluh sedikit kekuarangan dari segi pembinaan watak serta struktur naratif filem yang 'tidak ketara'.[12]

Pecah panggung sunting

Pada minggu tayangan pertamanya (11 hingga 14 Mac), filem V3: Samseng Jalanan telah mengumpul sebanyak RM 2 juta, termasuk RM589,000 pada hari pertama[13] yang mengatasi kutipan empat hari Adnan Semp-It, juga terbitan Metrowealth, yang hanya mencapai RM 500,000 pada hari pertamanya; tetapi hanya mampu menduduki tempat kedua carta kutipan di belakang Alice in Wonderland.[14]

Selepas dua minggu di pawagam, filem ini dilaporkan telah mengumpul sejumlah RM3.8 juta,[13] satu pencapaian yang dikira membanggakan untuk filem arahan sulung Farid Kamil, apatah lagi berlabel 18-PL.

Anugerah dan pencalonan sunting

Festival Filem Malaysia ke-23
Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-23 Pengarah Terbaik Farid Kamil Tercalon
Pengarah Harapan Terbaik Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bront Palarae Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Lisa Surihani Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Brian Ng Menang
Skor Muzik Asal Terbaik Tercalon
Penyuntingan Terbaik Tercalon
Poster Terbaik David Teo Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ V3 Samseng Jalanan (2010) - Movie Yahoo! Malaysia Movies
  2. ^ http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2010.6307.v3samsengjalanan.11781
  3. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2010
  4. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2010
  5. ^ Shazryn Mohd Faizal (17 Mac 2010). Farid tidak angkat mat rempit Diarkibkan 2018-07-10 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 20 April 2018.
  6. ^ Azharian Kamin (5 Mac 2010). Man and machine The Star (Malaysia). Dicapai pada 30 Mei 2010.
  7. ^ Faizal Saharuni (8 Mac 2010). "Lisa tidak janggal hisap rokok". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-03. Dicapai pada 15 Mac 2014.
  8. ^ http://ohartis.com/2009/07/remp-it-v3-diharamkan/
  9. ^ http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Teropong/20090809122942/Article/
  10. ^ Budiey (25 Februari 2010). Sekitar majlis prebiu filem V3 Samseng Jalanan Sensasi Selebriti. Dicapai pada 30 Mei 2010.
  11. ^ Ulasan V3: SAMSENG JALANAN, Tupai.com.my, 1 Mac 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010
  12. ^ "V3: Samseng Jalanan papar aksi berani". B*Pop (Berita Minggu). 28 Februari 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010.
  13. ^ a b Nurulhisham Abdul Latiff (30 Mac 2010). "RM3.8 juta untuk filem V3". Berita Harian. Dicapai pada 30 Mac 2010.
  14. ^ Lai Swee Wei (15 Mac 2010). "Alice dominates box office". Cinema Online. Dicapai pada 30 Mac 2010.

Pautan luar sunting