Terdapat beberapa maksud untuk varieti.

Varieti hortikultur sunting

Varieti tumbuhan merujuk kepada sekumpulan tumbuhan yang mempunyai asal sama dan ciri-ciri serupa dalam satu spesis. Varieti terhasil daripada progeni semula jadi yang mempunyai ciri boleh diturunkan yang berlainan daripada spesis induk seperti warna dan rupa. Nama varieti ditulis selepas nama saintifik, contohnya Millettia pinnata var. xerocarpa (Millettia pinnata - nama saintifik; xerocarpa - nama varieti tumbuhan tersebut).

Varieti botani sunting

Varieti botani ialah pecahan sesuatu spesis tumbuhan atau tanaman yang mempunyai perbezaan ciri kecil seperti rupa dan warna. Contohnya, rambutan boleh dikategorikan kepada varieti botani yang berbeza mengikut warna kulit buah, sama ada kuning (varieti gading, R156), atau varieti merah (rambutan anak sekolah dan rambutan gula batu, R3). Varieti botani terhasil secara semula jadi dan apabila ciri-ciri varieti tumbuhan dipilih untuk pembiakbakaan, ia digelar kultivar.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting