Vicente del Bosque

Spanish football manager

Vicente del Bosque González (lahir 23 Disember 1950) merupakan bekas pemain bola sepak Sepanyol yang kini merupakan pengurus pasukan kebangsaan Sepanyol. Beliau berjaya membawa Sepanyol menjadi juara Eropah sebanyak dua kali iaitu pada 2008 dan 2012. Paling tidak melupakan apabila den Bosque berjaya mencipta sejarah Sepanyol menjadi juara dunia buat pertama kali pada Piala Dunia FIFA 2010. Beliau membawa era kegemilangan pasukan Sepanyol. Selain itu, del Bosque juga melatih pasukan Real Madrid dari 1999 sehingga 2003 yang berjaya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Vicente del Bosque
Maklumat peribadi
Nama penuh Vicente del Bosque González
Tarikh lahir (1950-12-23) 23 Disember 1950 (umur 73)
Tempat lahir Salamanca, Sepanyol
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Pasukan kebangsaan Sepanyol (pengurus)
Kerjaya remaja
1966–1968 Salmantino
1968–1969 Real Madrid
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1969–1970 Plus Ultra 11 (5)
1970–1984 Real Madrid 312 (14)
1970–1971Castellón (pinjaman) 13 (4)
1971–1972Córdoba (pinjaman) 19 (1)
1972–1973Castellón (pinjaman) 30 (5)
Jumlah 385 (29)
Pasukan kebangsaan
1969 Sepanyol B18 1 (0)
1970–1976 Sepanyol amatur 3 (0)
1975–1980 Sepanyol 18 (1)
Pasukan diurus
1987–1990 Real Madrid B
1994 Real Madrid
1996 Real Madrid (jurulatih sementara)
1999–2003 Real Madrid
2004–2005 Beşiktaş
2008– Sepanyol
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya pengurus sunting

Pasukan kebangsaan Sepanyol sunting

Pada 11 Mac 2008, del Bosque diumumkan menggantikan tempat Luis Aragonés sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Sepanyol, beliau disahkan secara rasmi pada 15 Julai 2008.[1][2]

Sepanyol di bawah del Bosque dalam kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 amat berjaya apabila mereka menewaskan Bosnia dan Herzegovina (1-0), Armenia (4-0), Estonia (3-0), Belgium (2-1).

Pada 9 Jun 2009, dalam satu perlawanan persahabatan menentang Azerbaijan di mana Sepanyol menang 6-0, del Bosque menjadi pengurus pertama dalam sejarah bola sepak yang memenangi 10 perlawanan pertama pasukan kebangsaan. Pada 14 Oktober 2009, Sepanyol memenangi semua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 dan layak ke secara rasmi ke Piala Dunia FIFA 2010.

Pada 7 Julai 2010, Sepanyol mengejutkan dunia apabila mereka berjaya ke perlawanan akhir buat pertama kali selepas menewaskan Jerman, 1-0, Dalam perlawanan akhir, Sepanyol akhirnya menjulang trofi Piala Dunia mereka selepas menewaskan Belanda 1-0 pada masa tambahan hasil jaringan Andrés Iniesta.[3]

Pada 1 Julai 2012, del Bosque berjaya membawa Sepanyol menjuarai Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 buat kali ketiga.[4] Sepanyo menewaskan Itali 4-0 pada perlawanan akhir.[5]

Pada Piala Konfederasi FIFA 2013 di Brazil, Sepanyol berjaya ke perlawanan akhir bertemu dengan Brazil namun tewas 3-0. Del Bosque merasakan bahawa taktik tiki taka beliau mungkin membawa kekalahan.

Pada Piala Dunia FIFA 2014, Sepanyol mengulang kembali sejarah pahit Piala Dunia 1998 apabila mereka tersingkir pada peringkat kumpulan selepas tewas 5-1 kepada Belanda dan tewas 2-0 kepada Chile. Sepanyol kemudian menang 3-0 ke atas Australia. Ini kali ketiga Sepanyol tewas pada lima jaringan kepada Scotland pada 1963 dan kepada Brazil pada 1950.

Vicente del Bosque mengatakan bahawa beliau mungkin akan melepaskan jawatannya sebagai pengurus Sepanyol selepas Euro 2016.[6]

Statistik sunting

Sehingga 18 November 2014
Pasukan Negara Dari Sehingga Rekod
BP M S K G GA GD  %
Castilla   11 Jun 1987 25 Jun 1990 &&&&&&&&&&&&0114.&&&&&0114 &&&&&&&&&&&&&042.&&&&&042 &&&&&&&&&&&&&031.&&&&&031 &&&&&&&&&&&&&041.&&&&&041 &&&&&&&&&&&&0144.&&&&&0144 &&&&&&&&&&&&0145.&&&&&0145 −1 &&&&&&&&&&&&&036.84000036.84
Real Madrid   7 Mac 1994 30 Jun 1994 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 +1 &&&&&&&&&&&&&045.45000045.45
Real Madrid   21 Januari 1996 24 Januari 1996 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 +5 &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100.000
Real Madrid   17 November 1999 23 Jun 2003 &&&&&&&&&&&&0233.&&&&&0233 &&&&&&&&&&&&0127.&&&&&0127 &&&&&&&&&&&&&056.&&&&&056 &&&&&&&&&&&&&050.&&&&&050 &&&&&&&&&&&&0461.&&&&&0461 &&&&&&&&&&&&0267.&&&&&0267 +194 &&&&&&&&&&&&&054.51000054.51
Beşiktaş   8 Jun 2004 27 Januari 2005 &&&&&&&&&&&&&017.&&&&&017 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&040.&&&&&040 &&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025 +15 &&&&&&&&&&&&&047.&6000047.06
Sepanyol   1 Julai 2008 Kini &&&&&&&&&&&&&096.&&&&&096 &&&&&&&&&&&&&075.&&&&&075 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&0225.&&&&&0225 &&&&&&&&&&&&&068.&&&&&068 +157 &&&&&&&&&&&&&078.13000078.13
Jumlah &&&&&&&&&&&&0472.&&&&&0472 &&&&&&&&&&&&0258.&&&&&0258 &&&&&&&&&&&&0101.&&&&&0101 &&&&&&&&&&&&0113.&&&&&0113 &&&&&&&&&&&&0898.&&&&&0898 &&&&&&&&&&&&0527.&&&&&0527 +371 &&&&&&&&&&&&&054.66000054.66

Penghargaan sunting

 
Del Bosque berjaya membawa Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010.

Pemain sunting

Real Madrid

Pengurus sunting

Real Madrid
Sepanyol

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Del Bosque gets Spain coach's job". BBC Sport. 17 July 2008. Dicapai pada 8 January 2009.
  2. ^ "Spain appoint Del Bosque". Sky Sports. 17 July 2008. Dicapai pada 8 January 2009.
  3. ^ "Iniesta sinks Dutch with late strike". ESPNsoccernet. ESPN. 11 July 2010. Dicapai pada 13 July 2010.
  4. ^ "Spain overpowers Italy, 4-0, to win European Championship". Los Angeles Times. 2 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-03. Dicapai pada 4 July 2012.
  5. ^ "Spain seal their place in history with Italy's destruction". Guardian UK. 2 July 2012. Dicapai pada 4 July 2012.
  6. ^ "Vicente del Bosque to quit managing Spanish National team after Euro 2016". thefootballcafe.com. 2014-10-17. Dicapai pada 2014-10-17.