Vinaigrette (disebut [vɪnəˈɡrɛt terdekat vi.nĕ.grét]) ialah sos masakan yang diperbuat dengan mencampurkan cuka dan minyak serta diperasakan garam, herba dan rempah. Ia paling biasa digunakan bukan sahaja sebagai kuah memerisakan salad,[1] tetapi juga sebagai perapan. Secara tradisinya, vinaigrette terdiri daripada 3 bahagian minyak dan 1 bahagian cuka dicampur ke dalam emulsi yang stabil, tetapi istilah ini juga digunakan untuk campuran dengan kadar yang berbeza dan emulsi yang tidak stabil yang mampu bertahan dalam masa yang singkat sebelum terpisah kembali kepada lapisan fasa minyak dan cuka.

Vinaigrette
Vinaigrette
JenisKuah salad, sos, atau perapan
Tempat asalPerancis Sunting ini di Wikidata
Bahan utamaMinyak (minyak kacang soya, minyak kanola, minyak zaitun, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kesumba , minyak kacang, atau minyak biji anggur ), cuka, pilihan herba dan rempah
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nama sunting

Kata vinaigrette dari bahasa Perancis adalah bentuk kecilan kata vinaigre ("cuka").[2] Ia biasanya dikenali sebagai "kuah Perancis" (French dressing) dalam abad ke-19.[3]

Penyediaan sunting

 
Membuat vinaigrette - mencurah minyak ke dalam cuka dan mustard sebelum dipukul

Secara umum, vinaigrette terdiri daripada 3 bahagian minyak untuk 1 bahagian cuka dipukul menjadi emulsi. Garam dan lada juga turut ditambah. Herba dan bawang merah ditambah, terutama apabila ia digunakan sebagai sos untuk sayur-sayuran yang dimasak, bijirin, dan yang seumpamanya.[4] Ada kalanya mustard digunakan sebagai pengemulsi.[5]

Kepelbagaian sunting

 
Vinaigrette raspberi

Vinaigrette boleh dibuat dengan pelbagai minyak dan cuka. Minyak zaitun dan minyak sayuran neutral seperti minyak kacang soya, minyak kanola, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kesumba, minyak kacang, atau minyak biji anggur adalah minyak yang paling biasa dipakai sebagai asas.

Di utara Perancis, sos ini boleh dibuat dengan minyak walnut dan cuka sider epal dan digunakan untuk salad endive Belgium.

Di Amerika Syarikat, vinaigrette mungkin termasuk dengan pelbagai penambahan sesuatu yang baru seperti lemon, trufel, raspberi, putih telur, gula, bawang putih, dan ceri. Keju, lazimnya keju biru, juga boleh ditambah. Secara komersial, versi botol mungkin menggunakan pengemulsi seperti lesitin.

Di Asia Tenggara, minyak dedak padi dan cuka putih digunakan sebagai asas dengan herba segar, cili, kacang, dan jus limau.

Cuka yang berbeza, seperti raspberi, mencipta perisa yang berbeza, dan jus lemon atau alkohol, seperti syeri, boleh digunakan sebagai pengganti cuka. Vinaigrette balsam dibuat dengan menambah sejumlah kecil cuka balsam kepada vinaigrette mudah minyak zaitun dan wain cuka.

Di Brazil, campuran minyak zaitun, cuka alkohol, tomato, bawang dan kadang-kadang lada benggala dipanggil Vinagrete. Ia disaji ketika Churrasco, biasanya pada hari Ahad.

Kegunaan sunting

Dalam masakan Perancis klasik, vinaigrette digunakan sebagai sos salad dan, sebagai sos sejuk, mengiringi articok, asparagus dan bawang sejuk.

Vinaigrette Rusia atau vinegret sunting

Vinaigrette memberikan namanya kepada salad dalam masakan Rusia dipanggil vinegret.

Rujukan sunting

 
Wikibooks
  1. ^ BBC Good Food
  2. ^ "Etymologie de vinaigrette". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. 2012. Dicapai pada 7 November 2022.
  3. ^ Hale, Sarah J. (1857). Mrs. Hale's new cook book. Philadelphia, Pennsylvania (USA): T. B. Peterson & Brothers. m/s. 295. Dicapai pada 14 April 2012.
  4. ^ Larousse Gastronomique, s.v. cold sauces
  5. ^ Byron, May Clarissa Gillington (1916). May Byron's vegetable book. London, England (UK): Hodder & Stoughton. m/s. 301. Dicapai pada 14 April 2012.

Templat:Condiments