Vincent Kennedy McMahon, yang lebih dikenali sebagai Vince McMahon atau En. McMahon (lahir 24 Ogos 1945) ialah seorang penganjur dan ahli sukan gusti profesional, peniaga dan penerbit filem dari Amerika Syarikat. Beliau adalah Pengerusi lembaga dan pemilik utama bagi kedua-dua Juara Dunia ECW dan WWE, Inc. McMahon telah menjadi Juara dalam WWE. Nilai bersih beliau adalah $ 26 bilion.

Vince McMahon
McMahon pada tahun 2006
Kelahiran
Vincent Kennedy McMahon

(1945-08-24) 24 Ogos 1945 (umur 78)
Nama lainVincent Lupton
Vince McMahon, Jr.
Vincent K. McMahon
PendidikanSekolah Tentera Fishburne
Pusat pendidikanUniversiti Carolina Timur
PekerjaanPemilik majoriti, Pengerusi, dan CEO WWE, juruhebah, pengulas, penerbit filem, pelakon, ahli gusti profesional
Tahun aktif1969–kini
Nilai bersihUSD 1.21 billion (2016)[1]
PangkatPengerusi (1980–kini)
Presiden (1980–1993)
CEO (1980–1993; 2009–kini)
PasanganLinda Edwards (1966-kini)
Anak-anakShane McMahon
Stephanie McMahon
Ibu bapaVince McMahon, Sr.
Vicky Askew
KeluargaMcMahon
HubunganRoderick McMahon (datuk)
Marissa Mazzola (menantu perempuan)
Paul Levesque (menantu lelaki)
Karier gusti profesional
Nama arenaEn. McMahon
Vince McMahon
Tinggi6 ft 2 in (1.88 m)
Berat248 paun (112 kg)[2]
Berasal dariGreenwich, Connecticut
Penampilan sulung1969 (pengulas)
13 April 1998 (ahli gusti)
Laman web rasmiWWE Corporate Bio

McMahon berkahwin dengan isterinya, Linda McMahon, pada 26 Ogos 1966 di New Bern, Carolina Utara. Mereka mempunyai sepasang cahaya mata: Shane dan Stephanie. Pada 2016, bakal Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump memilih isteri Vince, Linda McMahon sebagai Pentadbir Pentadbiran Perniagaan Kecil.

Berikutan dakwaan hubungan seks dengan seberapa pekerjanya yang tersebar umum pada Jun 2022, McMahon meletakkan jawatan-jawatannya pada 17 hari bulan membantu dengan siasatan ke atasnya sambil diambil alih oleh anaknya Stephanie McMahon yang dilantik sebagai pegawai eksekutif dan pengerusi interim WWE.[3][4]

Kerjaya sunting

McMahon memulakan kerjaya gusti beliau pada 1971 sebagai juruhebah. Beliau bekerja untuk "World Wide Wrestling Federation" (WWWF) yang kemudiannya menukar namanya kepada "World Wrestling Federation" (WWF). Nama itu ditukar sekali lagi menjadi "World Wrestling Entertainment" (WWE). Syarikat itu pada asalnya dimiliki oleh bapanya, Vince J. McMahon. McMahon membeli syarikat tersebut daripada bapanya pada tahun 1984. McMahon mengambil perniagaan dari promosi tempatan di bahagian utara timur Amerika Syarikat dan menjadikan ia satu syarikat global.

McMahon memainkan peranan watak bos jahat selama bertahun-tahun.

Rujukan sunting

  1. ^ "Vincent McMahon".
  2. ^ Vince McMahon News, Info And Videos
  3. ^ "WWE & Board of Directors Joint Release". WWE. 17 Jun 2022. Dicapai pada 17 Jun 2022.
  4. ^ https://www.pwinsider.com/article/160037/vince-mcmahon-steps-back-as-wwe-ceo-chairman-of-the-board-stephanie-mcmahon-returns-to-company.html?p=1