Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.[1] Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.[2] Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.

Vitamin C
Data klinikal
Nama lainL-ascorbic acid
Kategori
kehamilan
  • A
Kaedah
pemberian
mulut
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
  • general public availability
Data farmakokinetik
Bioketersediaancepat dan lengkap
Pengikatan proteinsedikit sahaja
Penyingkiran separuh hayatbergantung kepada kepekatan plasma, juga boleh sedia ada dalam tempoh 30 minit hingga seminggu bergantung kepada penyimpanan dalam badan
Perkumuhanrenal atau ginjal
Pengecam
  • 2-oxo-L-threo-hexono-1,4- lactone-2,3-enediol
    or
    (R)-3,4-dihydroxy-5-((S)- 1,2-dihydroxyethyl)furan-2(5H)-one
Nombor CAS
PubChem CID
DrugBank
Nombor EE300 (antioksidan, ...) Sunting ini di Wikidata
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.000.061 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC6H8O6
Jisim molar176.14 g/mole
Ketumpatan1.694 g/cm3
Takat lebur190 hingga 192 °C (374 hingga 378 °F) mengurai
Takat didih553 °C (1,027 °F)
  (verify)

Sumber pemakanan sunting

Sumber tumbuhan sunting

Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan.[3]

Jadual dibawah secara menunjukkan anggaran kadar Vitamin C di dalam sumber tumbuhan mentah.[4][5][6] Jumlah anggaran Vitamin C yang diberikan adalah dalam bentuk milligram dalam setiap 100 gram sampel tumbuhan yang ditimbang:

Sumber tumbuhan Jumlah
(mg / 100g)
Plam kakadu 3100
Camu camu 2800
Pinggul mawar 2000
Acerola 1600
Seabuckthorn 695
Jujube 500
Buah melaka 445
Baobab 400
Cili padi 244
Anggur hitam 200
Cili kembung 190
Cili merah 144
Parsli 130
Jambu batu 100
Buah kiwi 90
Brokoli 90
Loganberi 80
Kismis merah 80
Kubis Brussel 80
Goji 73 †
Laici 70
Beri awan 60
Beri sulung 60
Pisang kaki 60

† purata 3 sumber; kering

Sumber tumbuhan Jumlah
(mg / 100g)
Betik 60
Strawberi 60
Buah oren 50
Kale 41
Lemon 40
Melon, cantaloupe 40
Kubis bunga 40
Bawang putih 31
Limau gedang 30
Raspberi 30
Tangerin 30
Limau mandarin 30
Buah markisa 30
Bayam 30
Kubis mentah hijau 30
Limau 30
Mangga 28
Beri hitam 21
Kentang 20
Tembikai susu 20
Kranberi 13
Tomato 10
Beri biru 10
Nanas 10
Betik 10
Sumber tumbuhan Jumlah
(mg / 100g)
Anggur 10
Aprikot 10
Plum 10
Tembikai 10
Pisang 9
Lobak merah 9
Avokado 8
Crabapple 8
Pisang kaki - segar 7
Ceri 7
Pic 7
Epal 6
Asparagus 6
Ubi bit 5
Chokecherry 5
Pear 4
Salad 4
Mentimun 3
Terung 2
Kismis 2
Buah tin 2
Bilberry 1
Melon tanduk 0.5
Medlar 0.3

Sumber haiwan sunting

 
Hampir semua haiwan, termasuk kambing, menghasilkan vitamin C sendiri. Kambing dewasa yang beratnya kira-kira 70 kg, boleh menghasilkan lebih 13,000 mg vitamin C sehari dalam keadaan kesihatan normal, tetapi meningkat berkali ganda apabila berdepan dengan tekanan.[7][8]

Kebanyakan spesies haiwan dan tumbuhan mampu menghasilkan vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C. Walau bagaimanapun manusia, primat, tikus belanda dan kelawar tidak dapat menghasilkan Vitamin C secara semulajadi kerana mutasi yang berlaku pada gen GULO (gulonolaktona oksidase) dalam sistem badan mereka mengakibatkan ketidakmampuan tubuh mereka menghasilkan protein. GULO normal adalah enzim yang menjadi pemangkin kepada tindak balas D-glucuronolactone dengan oksigen terhadap L-xylo-hex-3-gulonolactone. Tindak balas spontan ini sekaligus menghasilkan Asid Askorbik semulajadi (Vitamin C). Walau bagaimanapun tanpa enzim GULO, tiada vitamin C dapat dihasilkan.

Terdapat pro dan kontra dalam kemampuan penghasilan asid askorbik semulajadi dalam tubuh haiwan. Ketidakmampuan penghasilan Vitamin C oleh tubuh manusia tidak melanggar faktor pemilihan semulajadi atau natural selection, oleh itu kita boleh mengambil lebih banyak Vitamin C dalam diet. Terdapat juga beberapa pandangan bahawa organisma tanpa fungsi gen GULO mampu "mengitar semula" Vitamin C yang mereka perolehi dari diet menggunakan sel darah merah mereka.[9]

Vitamin C banyak dihasilkan di dalam hati dan kurang dihasilkan dalam otot. Namun sejak otot dijadikan sumber utama bahan daging bagi penggunaan diet makanan harian manusia Barat, produk haiwan tidaklah lagi merupakan sumber vitamin yang terpenting. Vitamin C juga terdapat dalam susu ibu, tetapi tidak terdapat dalam susu lembu mentah.[10]

Terdapat kajian 2008 yang mendakwa kejayaan menghasilkan Vitamin C dalam tikus.[11]

Semua lebihan Vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui sistem ginjal dan dibuang melalui air kencing.

Jadual yang berikut menunjukkan kandungan relatif vitamin C dalam pelbagai jenis makanan berasaskan haiwan yang diberikan dalam milligram jumlah vitamin C dalam setiap 100 gram sampel makanan:

Sumber haiwan Jumlah
(mg / 100g)
Hati anak lembu (mentah) 36
Hati Lembu (mentah) 31
Tiram (mentah) 30
Telur ikan kod (goreng) 26
Hati Babi (mentah) 23
Otak kambing (rebus) 17
Hati Ayam (goreng) 13
Sumber haiwan Jumlah
(mg / 100g)
Hati anak biri-biri (goreng) 12
Kelenjar adrenal anak lembu (mentah) 11[12]
jantung anak biri-biri (panggang) 11
Lidah anak biri-biri (stu) 6
Susu ibu (segar) 4
Susu kambing (segar) 2
Susu unta (segar) 5[13]
Susu lembu (segar) 2

Penyediaan makanan sunting

Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika memasak makanan. Ketepuan vitamin C dalam pelbagai bahan makanan beransur berkurangan seimbang dengan suhu tempat simpanannya,[14] jadi pemasakan boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak yang lebih menjadi sekitar takat didih.[15] Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkinkan penguraian.[16]

Vitamin C juga boleh hilang apabila ia melarut dalam air masakan yang kemudiannya dibuang begitu sahaja tanpa pengunaan yang berterusan. Bagaimanapun, vitamin C tidak melarut lesap dalam semua sayuran pada kadar yang sama. Kajian menunjukkan bahawa brokoli mampu mengekalkan lebih banyak vitamin C berbanding sayur-sayur lain.[17] Kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan yang baru dipetik tidak kehilangan nutrien penting apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari.[18]

Vitamin C sebagai makanan tambahan sunting

Vitamin C banyak diambil oleh pengguna sebagai makanan tambahan[19] yang boleh diperolehi dalam bentuk kaplet, tablet, kapsul, paket pra-campuran minuman, rumusan multi-vitamin, rumusan antioksidan berganda serta serbuk hablur. Versi keluaran bermasa juga turut disediakan, seperti rumusan berbioflavonoid seperti kuersetin, hesperidin dan rutin. Saiz tablet dan kapsul biasanya berukuran dari 25 mg hingga 1500 mg. Vitamin C (Asid Askorbik) kristal biasanya terdapat dalam sediaan botol yang mengandungi 300 g hingga 1 kg serbuk (satu camca vitamin C kristal bersamaan 5,000 mg).

Sintesis industri sunting

Vitamin C dihasilkan dari glukosa melalui dua kaedah utama. Kaedah pertama adalah Proses Reichstein yang dibangunkan pada 1930-an di mana proses pra-penapaian digunakan sekali diikuti oleh kaedah berkimia semata-mata. Kaedah kedua adalah proses penapaian moden dua langkah yang dibangunkan di China pada 1960-an; di mana penapaian tambahan digunakan sebagai ganti kepada peringkat kimia selanjutnya. Kedua-dua proses menghasilkan kira-kira 60% vitamin C dari suapan glukosa.[20]

Pengeluaran vitamin C sintesis sedunia kini dianggarkan pada 110,000 ton setahun. Antara pengeluar utamanya termasuk BASF/Takeda, DSM, Merck dan China Pharmaceutical Group Ltd. China semakin menjadi pembekal utama dunia kerana harganya juah lebih rendah daripada pengeluar AS dan Eropah.[21] Pada tahun 2008, hanya kilang DSM di Scotland yang masih beroperasi di luar persaingan harga yang sengit dari China.[22] Harga vitamin C sedunia naik mendadak pada tahun 2008 disebabkan peningkatan harga makanan asas serta jangkaan penutupan dua kilang China di Shijiazhuang dekat Beijing sewaktu berlangsungnya Sukan Olimpik di Beijing.[23]

Penguatan vitamin sunting

Health Canada menilai kesan penguatan makanan berabsorbat dalam dokumen panduan, "Addition of Vitamins and Minerals to Food" (Penambahan Vitamin dan Zat Galian dalam Makanan), 2005.[24] Health Canada mengkategorikan abskorbat sebagai ‘nutrien Risiko Kategori A’, yakni nutrien ini ditetapkan had maksimum pengambilannya tetapi membenarkan batas pengambilan yang luas walaupun batas keselamatannya sempit, tetapi kesan buruk kritikalnya tidak serius. Health Canada mengesyorkan bahawa makanan mengandungi minimum 3 mg atau 5% RDI boleh dianggap sebagai sumber Vitamin C, serta penguatan maksimum 12 mg (20% RDI) untuk diakui sebagai "sumber yang terbaik."[24]

Rujukan sunting

  1. ^ Padayatty S, Katz A, Wang Y, Eck P, Kwon O, Lee J, Chen S, Corpe C, Dutta A, Dutta S, Levine M (2003). "Vitamin C as an Antioxidant: evaluation of its role in disease prevention" (PDF). J Am Coll Nutr. 22 (1): 18–35. PMID 12569111.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan UKFSA Risk tidak disediakan
  3. ^ "The vitamin and mineral content is stable". Danish Veterinary and Food Administration. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-14. Dicapai pada 26 Februari 2010.
  4. ^ "National Nutrient Database". Nutrient Data Laboratory of the US Agricultural Research Service. Dicapai pada 2007-03-07.
  5. ^ "Vitamin C Food Data Chart". Healthy Eating Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada 2007-03-07.
  6. ^ "Natural food-Fruit Vitamin C Content". The Natural Food Hub. Dicapai pada 2007-03-07.
  7. ^ Chatterjee, IB (1973). "Evolution and the Biosynthesis of Ascorbic Acid". Science. 182 (118): 1271–1272. doi:10.1126/science.182.4118.1271. PMID 4752221.
  8. ^ Irwin Stone, PC-A (1979). "Eight Decades of Scurvy". Orthomolecular Psychiatry. 8, (2): 58–62.CS1 maint: extra punctuation (link)
  9. ^ Montel-Hagen, A., Kinet, S., Manel, N., Mongellaz, C., Prohaska, R., Battini, J.-L., Delaunay, J., Sitbon, M. & Taylor, N. (2008) Erythrocyte Glut1 Triggers Dehydroascorbic Acid Uptake in Mammals Unable to Synthesize Vitamin C. Cell. [Online] 132 (6), 1039–1048. Boleh dicapai pada: doi:10.1016/j.cell.2008.01.042 [Diakses pada: 31 Disember 2011].
  10. ^ Clark, Stephanie, Ph. D (8 Januari 2007). "Comparing Milk: Human, Cow, Goat & Commercial Infant Formula". Washington State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-29. Dicapai pada 28 Februari 2007.
  11. ^ Li, Y.; Shi, C.-X.; Mossman, K.L.; Rosenfeld, J.; Boo, Y.C.; Schellhorn, H.E. (2008). "Restoration of vitamin C synthesis in transgenic Gulo-/- mice by helper-dependent adenovirus-based expression of gulonolactone oxidase. Human gene therapy". 19 (12): 1349–1358. Cite journal requires |journal= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  12. ^ Toutain, P. L. (November 1997). "Ascorbic acid disposition kinetics in the plasma and tissues of calves". Am J Physiol Regul Integr Comp Physiol. 273, (5, R1585–R1597): 1585. PMID 9374798. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)
  13. ^ Mal. G. (2000) Indian Veterinary Journal; 77: 695-696
  14. ^ Roig, M. G.; Rivera, Z. S.; Kennedy, J. F. (1995). "A model study on rate of degradation of L-ascorbic acid during processing using home-produced juice concentrates". International Journal of Food Sciences and Nutrition. 46 (2): 107–115. doi:10.3109/09637489509012538. PMID 7621082.
  15. ^ Allen, MA,; Burgess, S. G. (1950). "The Losses of Ascorbic Acid during the Large-scale Cooking of Green Vegetables by Different Methods". British Journal of Nutrition. 4 (2–3): 95–100. doi:10.1079/BJN19500024. PMID 14801407.CS1 maint: extra punctuation (link)
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Oxford tidak disediakan
  17. ^ G. F., Combs (2001). The Vitamins, Fundamental Aspects in Nutrition and Health (ed. 2nd). San Diego, CA: Academic Press. m/s. 245–272. ISBN 9780121834920.
  18. ^ Hitti, Miranda (2 Jun 2006). "Fresh-Cut Fruit May Keep Its Vitamins". WebMD. Dicapai pada 25 Februari 2007.
  19. ^ The Diet Channel: "Vitamin C is historically the first marketed pure single vitamin supplements, and remains perhaps the most widely known".
  20. ^ "The production of vitamin C" (PDF). Competition Commission. 2001. Dicapai pada 20 Februari 2007.
  21. ^ Patton, Dominique (20 Oktober 2005). "DSM makes last stand against Chinese vitamin C". nutraingredients. Dicapai pada 20 Julai 2007.
  22. ^ Starling, Shane (26 Jun 2008). "DSM vitamin plant gains green thumbs-up". Decision News Media SAS. Dicapai pada 25 Oktober 2010.
  23. ^ "Vitamin C: Distruptions to Production in China to Maintain Firm Market". Flexnews. 30 Jun 2008. Dicapai pada 25 Oktober 2010.
  24. ^ a b "Addition of Vitamins and Minerals to Food, 2005". Health Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-17. Dicapai pada 25 Oktober 2010.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting