Volapük (volaˈpyk[2]) merupakan sebuah bahasa buatan, dicipta antara tahun 18791880 oleh Johann Martin Schleyer, seorang paderi Katholik Rom di Baden, Jerman. Schleyer berasa bahawa Tuhan telah memberitahunya dalam mimpi untuk mencipta sebuah bahasa antarabangsa. Perhimpunan Volapük diadakan pada tahun 1884 (Friedrichshafen), 1887 (Munich), dan 1889 (Paris). Perhimpunan yang pertama dan kedua menggunakan Bahasa Jerman, dan yang terakhir hanya menggunakan Volapük. Pada tahun 1889, terdapat kira-kira 283 buah kelab, 25 buah terbitan berkala dalam atau tentang Volapük, dan 316 buah buku teks dalam 25 bahasa. Kini terdapat kira-kira 20-30 orang penutur Volapük di dunia. Volapük tersingkir pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh bahasa-bahasa yang lebih ringkas dan lebih mudah dipelajari, seperti Esperanto dan Latino Sine Flexione.

Volapük
Dicipta olehJohann Martin Schleyer
Latar dan penggunaanInternational: kebanyakan di Eropah
Penggunaan
Sumberkosa kata daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis
Kod bahasa
ISO 639-1vo
ISO 639-2vol
ISO 639-3vol

Ortografi sunting

 
Schleyer mencadangkan bentuk alternatif bagi vokal umlaut, tetapi jarang digunakan.
huruf IPA
a [a]
ä [ɛ]
b [b]
c [tʃ] atau [dʒ]
d [d]
e [e]
f [f]
huruf IPA
g [ɡ]
h [h]
i [i]
j [ʃ] atau [ʒ]
k [k]
l [l]
m [m]
huruf IPA
n [n]
o [o]
ö [ø]
p [p]
r [r] (ditambah pada tahun 1931)
s [s] atau [z]
t [t]
huruf IPA
u [u]
ü [y]
v [v]
x [ks] atau [gz]
y [j]
z [ts] atau [dz]

Catatan: ä, ö, dan ü kadangkala masing-masing ditulis sebagai ay, oy, dan uy (mirip dengan ejaan alternatif Bahasa German ae, oe, ue).

Lihat juga sunting

Templat:OldWikisource

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Conlang