Walter Heitz (8 Disember 1878 – 9 Februari 1944) adalah seorang Jeneral (Generaloberst) Jerman dalam Wehrmacht semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Kor VIII di Perbatasan Barat dan Timur.

Walter Heitz
Generalleutnant Heitz, Oktober 1936
Kelahiran(1878-12-08)8 Disember 1878
Berlin
Meninggal dunia9 Februari 1944(1944-02-09) (umur 65)
Moscow
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
Perkhidmatan Heer
Tahun perkhidmatan1898–1944
Pangkat Generaloberst
UnitArtileri
ArahanKor VIII
PertempuranPerang Dunia I

Perang Dunia II

AnugerahKnight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak

Heitz menyerahkalah bersama ketumbukan tengah poket Jerman di Stalingrad pada 31 Januari 1943 dan meninggal dunia sebagai tawanan perang di Soviet Union.

Kerjaya tentera sunting

Perang Dunia I sunting

Heitz menyertai Tentera Darat Imperial Jerman pada 7 Mac 1898 dan telah ditugaskan ke Artileri Medan Ke-2 Prusia Barat Rejimen Ke-36. Beliau mencapai pangkat Kapten (Hauptmann) dan memimpin sebuah Kompeni dalam Perang Dunia I.[1]

Semasa peperangan itu beliau menerima pingat Iron Cross Kelas 2 dan Kelas 1, Lencana Cedera warna Hitam, Service Decoration Cross Prusia, Knight Cross Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang dan Hanseatic Cross Hamburg.[1]

Era antara perang sunting

Selepas Perang Dunia I beliau berkhidmat dalam Reichswehr sebagai Kolonel (Oberst) dan pada tahun 1931 diberi memerintah kubu Königsberg.[2]

Heitz adalah penyokong kuat Nazisme dan Hitler[3], yang mana mungkin memainkan peranan dalam pelantikkannya sebagai Presiden Reichskriegsgericht (Mahkamah Tentera Reich) pada 1 Ogos 1936. Didalam kapasiti ini, pada 1 April 1937 beliau telah dinaikkan pangkat ke Jeneral Artileri (General der Artillerie).[2]

Perang Dunia II sunting

 
Hitler melawat medan perang dunia pertama di Arras bersama Heitz, 17 Mei 1940

Pada permulaan Perang Dunia II tahun 1939, Heitz telahpun berusia 60 tahun dan sepatutnya bersara. Bagaimanapun, beliau memohon untuk dihantar ke barisan depan. Selepas empat minggu bertugas sebagai Panglima garison Danzig-Prusia Barat,[2] Heitz telah dilantik sebagai Panglima Kor VIII pada Oktober 1939 dan terlibat dalam Pertempuran Perancis. Pada 4 September 1940 beliau telah dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross kerana meninjau sendiri penyeberangan Sungai Oise dibawah tembakan musuh.[4] Beliau terus memerintah Kor VIII semasa pencerobohan Jerman ke atas Soviet Union (Operasi Barbarossa), Pertempuran Białystok–Minsk dan Pertempuran Smolensk Pertama. Pada Oktober 1942, Kor VIII telah dihantar ke dalam Pertempuran Stalingrad.

 
Heitz, Rudolf Schmundt dan Friedrich Paulus di Soviet Union, 1942

Apabila keadaan Jerman semakin buruk dalam Pertempuran Stalingrad, beliau mengarahkan setiap pengaku kalah dan orang yang cuba menyerah diri agar ditembak[5] dan mencipta slogan: "We fight to the last bullet but one."[6] Sementara itu, jeneral-jeneral lain seperti Jeneral Artileri Walther von Seydlitz-Kurzbach, telahpun memberi izin kepada para komander rejimen dan batalion untuk menyerahkalah secara bersendirian mengikut keadaan setempat.[7] Pada 26 Januari 1943, ketumbukan Jerman dalam Stalingrad telah berpecah kepada 2 poket utara dan selatan Mamayev Kurgan. Poket utara terdiri daripada Kor XI, dan Kor VIII, dibawah Heitz. Keesokan harinya, poket selatan tumbang. Pada 28 Januari, kepungan itu berpecah kepada tiga bahagian. Kepungan utara terdiri daripada Kor XI, kepungan tengah Kor VIII dan Kor LI, dan selatan pula Kor XIV Panzer dan Kor IV "tanpa unit". Askar yang sakit dan cedera mencecah 40,000 hingga 50,000 orang. Pada 31 Januari 1943, sehari selepas Heitz diumumkan sebagai Kolonel Jeneral oleh Hitler, kepungan tengah Heitz akhirnya menyerahkalah.[8]

Di dalam penjara, beliau dengan tegas enggan bekerjasama dengan Jawatankuasa Nasional bagi Jerman Bebas (anti-Nazi) yang beroperasi di luar Soviet Union, walaupun ditekan oleh pihak Soviet, yang memukul beliau dan mengancam keluarganya.[5] Beliau meninggal dunia kerana penyakit kanser pada 9 Februari 1944 sewaktu didalam tahanan Soviet.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Anugerah kebesaran sunting

Rujukan sunting

Petikan

  1. ^ a b Reichswehrministerium 1925, m/s. 130.
  2. ^ a b c Heuer 1988.
  3. ^ Wieder 1997, m/s. 287-293.
  4. ^ a b Patzwall & Scherzer 2001, m/s. 175.
  5. ^ a b Wieder 1997, m/s. 293-294.
  6. ^ Beevor 1998, m/s. 358.
  7. ^ Ruhle 2015, m/s. 60.
  8. ^ Ruhle 2015, m/s. 215.
  9. ^ Thomas 1997, m/s. 264.
  10. ^ a b Patzwall & Scherzer 2001, m/s. 378.

Bibliografi

  • Adam, Wilhelm; Ruhle, Otto (2015). With Paulus at Stalingrad. Diterjemahkan oleh Tony Le Tissier. Pen and Sword Books Ltd. ISBN 9781473833869. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  • Beevor, Antony (1998). Stalingrad. London: Viking. ISBN 978-0-14-103240-5.
  • Heuer, Gerd F. (1988). Die Generalobersten des Heeres. Inhaber höchster deutscher Kommandostellen (dalam bahasa German). Rastatt, Germany: Moewig Verlag. ISBN 3-8118-1049-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II [The German Cross 1941 – 1945 History and Recipients Volume 2] (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Reichswehrministerium (1925). Rangliste des Deutschen Reichsheeres [Rankings of the German Army] (dalam bahasa German). Berlin, Germany: Mittler & Sohn Verlag.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Thomas, Franz (1997). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 1: A–K [The Oak Leaves Bearers 1939–1945 Volume 1: A–K] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2299-6.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Warth, Julia (2006). Verräter oder Widerstandskämpfer? Wehrmachtsgeneral Walther von Seydlitz-Kurzbach [Traitor or Freedom Fighter? General Walther von Seyditz-Kurzbach] (dalam bahasa German). Munich, Germany: R. Oldenbourg Verlag.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Wieder, Joachim (1997). Stalingrad und die Verantwortung des Soldaten [Stalingrad and the Responsibility of the Soldier] (dalam bahasa German). Munich, Germany: F. A. Herbig. ISBN 3-7766-1778-0.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pegawai tentera
Didahului oleh
General der Infanterie Ernst Busch
Panglima VIII. Armeekorps
25 Oktober 1939 – 31 Januari 1943
Diikuti oleh:
General der Infanterie Gustav Höhne