Wangsa Maju

Bandar

Wangsa Maju ialah sebuah perbandaran utama yang terletak di utara timur Kuala Lumpur, Malaysia, dikelilingi oleh Setapak.Wangsa Maju terdiri dari Seksyen 1,2,4,5,6 dan 10.Ekonomi di Bandar Wangsa Maju ini kebanyakkannya perniagaan.Ini dapat dilihat dengan wujudnya pusat membeli-belah,gerai dan tapak pasar malam.Di Wangsa Maju terdapat beberapa buah stesen minyak ESSO ,SHELL, PETRONAS, satu bangunan 7 tingkat Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad, satu kompleks bangunan medan selera dan beberapa buah masjid dan surau iaitu Masjid Usamah Bin Zaid ,Masjid Al-Muttaqin, Surau An-Naim ,Surau Wangsa Melawati dan Surau Seksyen 4 .

Wangsa Maju
Perbandaran
Pandangan Wangsa Maju
Pandangan Wangsa Maju
Wangsa Maju is located in Bumi
Wangsa Maju
Wangsa Maju (Bumi)
Koordinat: 3°12′2″N 101°44′23″E / 3.20056°N 101.73972°E / 3.20056; 101.73972
NegaraMalaysia
NegeriWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kawasan Pilihan RayaWangsa Maju
Tarikh rasmi pembukaan26 Februari 1984
Pentadbiran
 • Kerajaan Tempatan di MalaysiaDewan Bandaraya Kuala Lumpur
 • Datuk BandarDatuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
53000-53300
Nombor telefon di Malaysia+603-402, +603-403, , +603-410, +603-413, +603-414, +603-416
PolisWangsa Maju

Sejarah sunting

Tapak yang ada di Wangsa Maju ini dahulunya ialah estet ladang getah Setapak dari tahun 1900-an hingga 1980-an. Perbandaran ini ditubuhkan pada 26 Februari 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, YAB Dato'Seri Dr.Mahathir Mohamad bersempena dengan ulang tahun penubuhan Wilayah Persekutuan ke-10."Wangsa Maju" iaitu singkatan kepada "Bandar Baru Titiwangsa Maju" adalah projek pembangunan bandar baru yang berbentuk usahasama yang pertama yang diusahakan dan dilaksanakan oleh DBKL dan Peremba Berhad. Penglibatan pihak swasta mencerminkan hasrat Kerajaan membangunankan negara menerusi konsep Persyarikatan Malaysia . Wangsa Maju telah menjadi salah satu perbandaran terbesar di Kuala Lumpur selepas Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan di Cheras

LRT Sri Rampai

Pengangkutan sunting

Nombor Plat Pendaftaran sunting

Nombor plat pendaftaran bagi bandar Wangsa Maju menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia adalah W dan V

Jalan Raya & Lebuh Raya sunting

Kawasan Wangsa Maju telah dihubungkan dengan Jalan Persekutuan Utama iaitu Jalan Genting Klang yang menghubungkan Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan Wangsa Maju dan Setapak. Manakala Jalan Gombak-Genting Sempah menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui Gombak hingga ke Genting Sempah,Selain itu juga, Rangkaian Lebuh Raya Asia juga terletak berhampiran dengan Wangsa Maju iaitu MRR2 dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Jln. Duta-Greenwood) (Greenwood-Gombak) (DUKE) E33 .

Pengangkutan Awam sunting

Transit aliran ringan

Terdapat 2 Stesen LRT RapidKL yang menjadi pengangkutan utama masyarakat Wangsa Maju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur iaitu ,  KJ3  Wangsa Maju LRT Station and  KJ4  Sri Rampai LRT Station

LRT Wangsa Maju

Rapid Bus

Terdapat beberapa bas utama yang mengelilingi Wangsa Maju iaitu  T221  Sri Rampai LRT Station - Taman Melawati , T222  Chow kit - Taman Melawati , 251  Chow Kit - Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju dan  T251  Sri Rampai LRT Station - Wangsa Maju seksyen 10

Petempatan sunting

Rumah kediaman di Wangsa Maju secara keseluruhannya terdiri dari unit-unit penginapan berbentuk flat,teres,pangsapuri dan kondominium;

  • Seksyen 4

Rumah di Seksyen 4 pula menempatkan rumah jenis flat dan rumah jenis ini kebanyakannya adalah kos rendah dan sederhana rendah.Rumah ini kebiasaannya disewa kepada orang lain. Flat ini mempunyai 5 tingkat yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok A, B dan juga C. Kawasan ini juga terdapat sebuah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebuah surau.

  • Seksyen 5
  • Seksyen 10

Rumah di seksyen 10 mempunyai beberapa jenis pangsapuri iaitu Pangsapuri kos sederhana rendah dan Pangsapuri mewah (kondominium). Pangsapauri kos sederhana rendah mempunyai 4 tingkat terdiri dari 3 kelompok iaitu masing-masing dikenali sebagai Blok A, B dan C sementara Pangsapuri mewah pula terdiri dari kondominium bertingkat-tingkat yang dikenali sebagai Sri Kinabalu,Sri Ledang, Sri Jelatek, Sri Lojing dan Desa Villa. Selain itu terdapat dua blok bangunan perniagaan 2 tingkat.

  • Taman Sri Rampai

Kawasan ini terdiri daripada beberapa jenis rumah iaitu teres,pangsapuri dan kondominium.Bagi kondominium terdapat 2 bangunan yang dikenali sebagai Villa Wangsamas dan Desa Puta.Tetapi terdapat beberapa kondominium mewah yang akan dibangunkan disekitar kawasan itu iaitu Wangsa 9, The Hamilton, Quartz, Lexa dan Infiniti 3. Seri Riana, Riana Green dan Wangsa 118 juga terletak berhampiran dengan Taman Sri Rampai. Manakala bagi pangsapuri terdapat Rampai Court.Kawasan ini juga lengkap dengan pengawal keselamatan bangunan, tempat meletak kereta, kedai, taman permainan, surau. Manakala terdapat kolam renang bagi kondominium sahaja.

  • Taman Wangsa Melawati

Kawasan ini padat dengan rumah jenis teres. Terdapat beberapa kelompok iaitu Wangsa Melawati, Wangsa Budi, Wangsa Murni, Wangsa Ceria, Wangsa Perkasa dan Wangsa Setia.Kawasan ini lengkap dengan pengawal keselamatan bangunan, tempat, kedai , taman permainan dan surau.

Pendidikan sunting

  • Sekolah Rendah Kebangsaan (SK)
  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Wangsa Jaya (SKWJ)
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan R10
  3. Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak
  4. Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 1
  5. Sekolah Rendah Kebangsaan Wangsa Melawati (SKWM)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  1. Sekolah Menengan Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju (SMKZR1WM) juga dikenali sebagai zonrians
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 (SMKS5) juga dikenali sebagai SVIAN
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2 (SMKWM2) juga dikenali sebagai Wangsarians
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati (SMKWM) juga dikenali sebagai WMIANS
  • International
  1. Fairview International School
  • Institusi
  1. Kolej Tunku Abdul Rahman, (Taman Bunga Raya)
  2. Universiti Tunku Abdul Rahman, (Taman Bunga Raya)
  3. Akademi Hadis & Tahfiz AlQuran Alhussin (Wangsa Melawati)

Tempat-tempat menarik sunting

  • Wangsa Walk, Wangsa Maju
  • Giant Setapak
  • Setapak Central (Sebelum ini dikenali sebagai KL Festival City)
  • ÆON BIG Wangsa Maju
  • Alpha Angle (Kompleks membeli-belah pertama di Wangsa Maju)
  • Bangunan ZETRO (Dahulu pernah digunakan oleh TV3 dan dinamakan sebagai Akademi TV3)
  • Telepot Wangsa Maju
  • Cybercafe TBun I,II & III - Seksyen 2
  • Cybercafe Orange - Seksyen 2 & Seksyen 5
  • Burger Bakar - Seksyen 2,Berhadapan TBun II
  • NZ Curry House

Politik sunting

           P118 Setiawangsa


      AHMAD FAUZI BIN ZAHARI (BN) -  26,809
      IBRAHIM BIN YAACOB (PKR) - 25,419
                                                                             

Terdapat sebuah surau Jumaat dan 2 buah dewan orang ramai di bawah naungan DBKL.

Rujukan sunting


Pautan luar sunting