Wangsa Qajar (Bahasa Parsi: سلسله قاجاریه atau دودمان قاجار - Qâjâr) adalah dinasti Parsi yang memerintah Iran dari 1781 hingga 1925. Kerajaan ini diasaskan pada tahun 1781 oleh Agha Muhammad Khan yang merupakan ketua suku Qajar Qoyunlu dari Azerbaijan moden hasil penumpasan raja Lotf Ali Khan, penguasa terakhir dalam Dinasti Zand.

Kerajaan Mulia Persia
دولت علیّه ایران
Dowlat-e Elliye-ye Irân
1785–1925
Bendera Parsi
Jata Parsi
Bendera Jata
Lagu kebangsaan: ' 'Salâmati-ye Shâh
Peta Parsi dibawah Wangsa Qajar.
Peta Parsi dibawah Wangsa Qajar.
Ibu negaraTehran
Bahasa yang umum digunakanParsi (bahasa rasmi),[1][2]
KerajaanMonarki mutlak (1785–1906)
Monarki perlembagaan
Shah, Mirza 
• 1794–1797
Mohammad Khan Qajar
• 1909–1925
Ahmad Shah Qajar
Perdana Menteri 
• 1906
Mirza Nasrullah Khan
• 1923–1925
Reza Pahlavi
Sejarah 
• Penubuhan
1785
• Wangsa Pahlavi
1925
Mata wangToman
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Zand
Dinasti Afsarid
Empayar Durrani
Wangsa Pahlavi
Empayar Rusia
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting
Iran ketika dibawah pemerintahan Qajar (sepanjang kurun ke 19 dan 20.)

Asal Usul Wangsa Qajar sunting

Suku Qajar adalah antara suku-suku Turki yang berasala dari Ganja di Azerbaijan moden. Ketika era pemerintahan Safavid, mereka memainkan peranan yang penting dalam diplomatik dan pentadbiran Iran.

Pada tahun 1779, Agha Muhammad Khan berjaya menumpaskan dan mengakhiri kerajaan Zand. Kemudiannya beliau menyatukan seluruh Parsi dengan bantuan beberapa pemimpin-pemimpin Qajar lain dan menjadikan Tehran sebagai ibu kota kerajaan Qajar. Pada tahun 1796, baginda secara rasminya ditakhta sebagai Shah Iran. Malangnya, beliau dibunuh pada tahun berikutnya dan tempatnya digantikan dengan anak saudaranya Fath Ali Shah.

Sejarah Qajar sunting

Ketika zaman pemerintahan Fath Ali Shah Qajar, Iran berhadapan dengan kemaraan tentera Rusia. Buat pertama kalinya, Iran berperang dengan kuasa lain dalam era kolonial untuk kepentingannya sendiri. Tetapi, setiap peperangan berakhir dengan kekalahan dan Iran terpaksa menyerahkan beberapa wilayahnya termasuklah Georgia, Armenia dan Azerbaijan kepada Rusia.

Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Iran memasuki era moden. Ilmu-ilmu sains dan teknologi-teknologi barat diimpot ke dalam Iran. Sistem pendidikan barat juga turut diperkenalkan.

Disebalik kejayaan-kejayaan ini, pemerintahan Qajar turut berhadapan dengan kemaraan kuasa-kuasa imperial barat terutamanya Rusia dan Inggeris. Shah Nasser-al-Din, salah seorang raja Qajar, cuba mengambil kesempatan diatas kesangsian antara Inggeris dan Rusia untuk mengekalkan kemerdekaan Iran. Malangnya, pemerintahan beliau turut mengalami kerosakan dengan campur tangan asing dan juga hutang piutang Iran dengan negara-negara barat.

Qajar juga semakin lama menjadi semakin lemah dan tidak berdaya untuk mengawal wilayah-wilayahnya. Kawasan-kawasan di Turkmenistan dan Uzbekistan hilang ditangan Rusia manakala Afghanistan jatuh ke tangan Inggeris.

Pada awal 1900-an berlakulah Revolusi Perlembagaan dimana gerakan ini berjaya menghalau keluar raja Qajar terakhir iaitu Shah Mohammad Ali. Punca revolusi berakar umbi daripada kelemahan raja-raja Qajar dan campur tangan Rusia dalam hal ehwal Iran. Revolusi disusuli dengan persaingan di antara Rusia dan Inggeris.

Rujukan sunting

  1. ^ Homa Katouzian, "State and Society in Iran: The Eclipse of the Qajars and the Emergence of the Pahlavis", Published by I.B.Tauris, 2006. pg 327: "In post-Islamic times, the mother-tongue of Iran's rulers was often Turkic, but Persian was almost invariably the cultural and administrative language"
  2. ^ Homa Katouzian, "Iranian history and politics", Published by Routledge, 2003. pg 128: "Indeed, since the formation of the Ghaznavids state in the tenth century until the fall of Qajars at the beginning of the twentieth century, most parts of the Iranian cultural regions were ruled by Turkic-speaking dynasties most of the time. At the same time, the official language was Persian, the court literature was in Persian, and most of the chancellors, ministers, and mandarins were Persian speakers of the highest learning and ability"

Pautan Luar sunting