Warner Bros. Entertainment, Inc., atau Warner Bros. (disebut Warner Brothers, dieja sebagai WB), ialah syarikat hiburan Amerika Syarikat dan anak syarikat konglomerat WarnerMedia milik AT&T yang beribu pejabat di Burbank, California. Warner Bros. juga mempunyai sebilangan anak syarikat, termasuk Warner Bros. Studios, Warner Bros. Pictures, Warner Bros. Television, Warner Bros. Animation, Warner Home Video, dan DC Comics, serta memiliki separuh saham rangkaian televisyen The CW.

Warner Bros. Entertainment Inc.
Dinamakan sempenaAlbert Warner, Harry Warner, Sam Warner, Jack L. Warner Sunting ini di Wikidata
Nama dahuluWarner Bros. Pictures, Inc.
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriHiburan
PendahuluWarner Features Company
Ditubuhkan4 April 1923; 101 tahun yang lalu (1923-04-04)[1]
Pengasas
Ibu pejabatBurbank, California, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Kevin Tsujihara (Pengerusi dan CEO)
  • Toby Emmerich (Pengerusi, Warner Bros. Pictures Group)
Keluaran
HasilUS$ 12.992 bilion (2015)[2]
Pendapatan kendalianUS$ 1.416 bilion (2015)
PemilikAT&T (Menunggu; dipisahkan dari WarnerMedia menjadi sebuah entiti bebas yang akan dinamakan Warner Bros. Discovery, untuk digabung bersama Discovery, Inc.)
Bilangan kakitanganSekitar 8,000 (2014)[3]
Syarikat indukWarnerMedia
Pembahagian
Anak syarikat
Tapak webwww.warnerbros.com
IMDB: co0002663 IBDB: 20982
Facebook: warnertvseries Twitter: WBPictures_Mx Instagram: warnerbrosentertainment LinkedIn: warner-bros--entertainment Pinterest: warnerbrosent Discogs: 97122 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Diasaskan pada tahun 1923, Warner Bros. ialah studio filem Amerika ketiga tertua yang masih beroperasi, selepas Paramount Pictures yang diasaskan pada tahun 1912 di bawah nama Famous Players, dan Universal Studios yang juga diasaskan pada tahun 1912. Ia juga merupakan salah satu studio filem "Enam Besar" Amerika dan sebahagian daripada Motion Picture Association of America.

Sejarah sunting

 
Logo Warner Bros yang digunakan daripada tahun 2019 hingga 2023.

Nama syarikat ini yang bermaksud "Warner Bersaudara" datang daripada empat adik-beradik yang mengasas syarikat ini iaitu Harry, Albert, Sam dan Jack,[5][6] anak-beranak kepada Benjamin dan Pearl Leah Wonsal (atau Wonskolaser) iaitu pendatang berbangsa Yahudi dari Krasnosielc, Poland yang berhijrah ke Kanada.

Adik-beradik tersebut menubuhkan satu syarikat pengedaran filem pada tahun 1904 bernama Duquesne Amusement & Supply Company di Pittsburgh.[7][8] Mereka mula bergiat dalam pembikinan filem selepas Perang Dunia Pertama dengan pembukaan studio pertama mereka di Sunset Boulevard, Hollywood.; Sam dan Jack bertugas sebagai pembikin filem manakala Harry dan Albert bertindak sebagai pengurus kewangan dan jurupromosi di Pantai Timur Amerika Syarikat, terutamanya di Bandar Raya New York. Mereka merasmikan syarikat mereka dengan pendaftaran nama Warner Bros. Pictures, Incorporated pada 4 April 1923 setelah memperoleh sedikit wang pinjaman.[9][10]

Studio "Warner Brothers" ini mula mendapat nama dengan filem The Jazz Singer pada tahun 1927. Filem dibintangi Al Jolson ini memperkenalkan teknologi Vitaphone yang merakam suara dirakam pada cakera khas yang berasingan; filem ini tidak banyak dialog namun ada bahagian yang melibatkan nyanyian watak Jolson. Sam Warner meninggal dunia sehari sebelum filem tersebut dapat ditayangkan kepada orang ramai pada 6 Oktober tahun sama namun Harry, Albert dan Jack tetap meneruskan perniagaan mereka. Warner Brothers hanya melabur sebanyak $500,000 dalam produksi filem ini namun mendapat kutipan sebanyak USD3 juta;[11] filem ini sangat diminati dan laris dengan kutipan meninggi lalu membawa kepada penghasilan filem seumpamanya yang berterusan dan filem bisu lama-kelamaan tidak lagi dihasilkan.

Pengurusan eksekutif sunting

 
Logo Warner Bros. versi perbadanan usaha yang digunakan sejak tahun 2019
Pengerusi
Naib pengerusi
Presiden
Ketua pegawai eksekutif
Ketua pegawai operasi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Company history". Warnerbros.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-16. Dicapai pada 9 April 2014.
  2. ^ "Time Warner Inc. Reports Fourth-Quarter and Full-Year 2015 Results". Time Warner. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-15. Dicapai pada 2018-12-07.
  3. ^ Patten, Dominic; Yamato, Jen. "Warner Bros Layoffs Long Planned But "Accelerated" By Failed Fox Bid". Deadline Hollywood. Dicapai pada 6 September 2014.
  4. ^ "Warner Archive Collection podcast". Warnerbros.com. 8 April 2014.
  5. ^ Warner Sperling, Cass (Director) (2008). The Brothers Warner (DVD film documentary). Warner Sisters, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 17, 2016.
  6. ^ McMorris, Bill (29 Januari 2009). "Journey of discovery: Warner documentary the result of a twenty-year effort". Santa Barbara News-Press. Dicapai pada 27 Mei 2008.
  7. ^ "Harry M. Warner film festival named one of thirty two 'premier' events in state". Slippery Rock University of Pennsylvania. January 31, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada August 17, 2007. Dicapai pada March 5, 2009.
  8. ^ "Progressive Silent Film List". SilentEra.com.
  9. ^ Warner, Sperling & Millner 1998, halaman 77
  10. ^ "Is Fox really 75 this year? Somewhere, the fantastic Mr. (William) Fox begs to differ". New York Post. 10 Februari 2010. Dicapai pada 30 Jun 2012.
  11. ^ Thomas (1990), p. 63.

Pautan luar sunting