Wazir

penasihat atau ahli politik berjawatan tinggi

Wazir (Arab: وزير; wazīr, Parsi: vazīr ; وازیر, Turki: vezir, Cina: 宰相; zǎixiàng, Bengali: উজির; ujira, Hindustani (Hindi-Urdu): वज़ीर atau وزیر; vazeer, ialah penasihat atau menteri politik berjawatan tinggi.[1] Khalifah Abbasiyah beri gelaran wazir kepada menteri secara rasmi dipanggi katib (setiausaha) yang pada awalnya sekadar pembantu, tetapi seterusnya menjadi wakil dan pengganti dapir (jurutulis rasmi atau setiausaha) raja-raja Sasan.[2]

Mohor Wazir Besar Uthmaniyah

Dalam kegunaan moden, istilah ini telah digunakan untuk menteri di kebanyakan tempat Timur Tengah dan di luarnya.

Penggunaan sunting

Brunei sunting

Di Brunei, wazir merupakan golongan pembesar diraja yang tertinggi selepas sultan. Kedudukan ini hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Brunei yang mengunakan panggilan pengiran. Wazir terdiri daripada seorang Kepala Wazir dan empat orang Wazir Empat. Walau bagaimanapun, pada masa ini, dua daripadanya adalah kosong, iaitu belum ada pengganti bagi penyandang sebelumnya. Setiap wazir mempunyai gelaran seperti berikut:[3]

  • Kepala Wazir:
  1. Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-WaqarDuli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
  • Wazir Empat:
  1. Pengiran Bendahara Seri Maharaja PermaisuaraDuli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
  2. Pengiran Di-Gadong Sahibul MalDuli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
  3. Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah – kosong (sebelum: Yang Teramat Mulia Almarhum Pengiran Pemancha Sahibul Rae Wal Mashuarah Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ibni Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman)
  4. Pengiran Temenggong Sahibul Bahar – kosong (sebelum: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Pengiran Anak Haji Mohammad bin Pengiran Abdul Rahman Piut)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Wazir" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 28 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 435.
  2. ^ R. A. Nicholson, A Literary History of the Arabs, p. 257
  3. ^ "Wazir dan Cheteria" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 2018-01-28. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Bibliografi sunting