Wee Choo Keong (Cina: 黄朱强) seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang menwakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) ari tahun 1990 hingga tahun 1995 dan Wangsa Maju mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Beliau merupakan pengasas Parti Demokratik Malaysia (MDP) dan menjawat sebagai Setiausaha Agung sehingga parti ini ditarik balik daftarnya.[1][2]

Yang Berhormat

Wee Choo Keong
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P116 Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului olehYew Teong Lock (BN-MCA)
Digantikan olehTan Kee Kwong (PR-PKR)
Majoriti150
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P99 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehLee Lam Thye (DAP)
Digantikan olehLee Chong Meng (MCA)
Majoriti23,295
Butiran peribadi
Parti politikDAP (1990-1999)
MDP (1999-2009)
PKR (2008-2010)
BEBAS (2010-kini)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
Laman web rasmihttp://weechookeong.wordpress.com (baru)
http://weechookeong.blogspot.com (lama)

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan di Kelantan.

Politik sunting

Perjuangan di dalam DAP sunting

Beliau pernah menjawat sebagai Ketua Penerangan di Parti Tindakan Demokratik (DAP), namun selepas kegagalannya untuk cuba menggulingkan Lim Kit Siang, beliau disingkirkan daripada DAP. Beliau membawa para penyokongnya untuk menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP) dan bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999 dan Pilihanraya Umum Malaysia 2004, tetapi tidak pernah memenangi apa-apa kerusi. Sejak penubuhan partinya, beliau menjawat sebagai Ketua Setiausaha partinya, pemimpin yang tertinggi dalam parti ini.[3]

Beliau sekali lagi menjadi tumpuan ramai atas peristiwa Klip video Lingam, kerana beliau merupakan peguam bela Thirunama Karasu, adik kepada VK Lingam.[4]

Dalam PRU 1995, beliau selaku calon DAP di kawasan Bukit Bintang memenangi kawasan ini, namun selepas itu kelayakan beliau dibatalkan, dan calon lawannya, Lee Chong Meng, diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang.[5]

Dalam PRU 2004, beliau satu-satu calon dari MDP, beliau bukan saja kalah di kawasan Bukit Bintang, malah kehilangan depositnya.[6][7][8]

Bertanding atas tiket PKR sunting

Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan tiket Parti Keadilan Rakyat di Wangsa Maju dan mengalahkan calon dari BN-MCA, Yew Teong Look dengan majoriti sebanyak 150 undi.[1][9] Beliau memperolehi 19,637 undi berbanding lawannya memperolehi 19,487 undi. Beliau terus menjadi seorang Ahli Parlimen bagi pihak PKR.[3][10]

Menjadi Ahli Parlimen Bebas sunting

Pada 14 Mei 2010, Wee mengumumkan keluar dari PKR walaupun ura-ura dan tindak-tanduknya bertentang dengan PKR telah lama. Pada masa yang sama, beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau tidak puas hati skandal 'rasuah' penjualan pasir oleh KSSB di Selangor.[11] Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsensus Bebas di parlimen.[12]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[13][14][15]
Tahun Perlembagaan Pembangkang Undi Pct Kerajaan Undi Pct Lain-lain Undia Pct Buang undi Majoriti Keluar
1990 P99 Bukit Bintang, KL Wee Choo Keong (DAP) 31,829 78.86% Tan Kah Choun (MCA) 8,534 21.14% 40,558 23,295 61.40%
1995 P108 Bukit Bintang, KL Wee Choo Keong (DAP)[A] 20,403 57.66% Lee Chong Meng (MCA) 14,857 41.99% Teng Chang Khim (Ind) 123 0.35% 36.666 5,546 61.75%
2004 P122 Bukit Bintang, KL Wee Choo Keong (MDP) 1,107 2.81% Tan Chew Mooi (MCA) 18,799 47.67% Fong Kui Lun (DAP) 19,103 48.44% 39,938 304 61.34%
Billi Lim Peng Soon (Ind) 132 0.33%
2008 P116 Wangsa Maju, KL Wee Choo Keong (PKR)[B] 19,637 67.07% Yew Teong Look (MCA) 19,487 31.35% 39,798 150 73.01%

A Pada mulanya, Pegawai Pemula telah mengisytiharkan Wee Choo Keong sebagai wakil terpilih untuk Bukit Bintang pada malam 25 April 1995. Walau bagaimanapun, Lee Chong Meng memfailkan petisyennya untuk membatalkan pemilihan disebabkan oleh fakta bahawa Wee telah disabitkan atas kesalahan menghina Mahkamah dan didenda RM7,000, dan dengan itu dibatalkan menjadi Ahli Parlimen di bawah peruntukan Perkara 48 (l) (e) Perlembagaan Persekutuan. Pilihan raya diisytiharkan batal dan tidak sah. Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan yang kontroversial untuk mengisytiharkan Lee Chong Meng sebagai pemenang yang sah. Rayuan itu telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan. Tiada pilihan raya diadakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.[16]

B Wee telah bertanding dan memenangi kerusi Wangsa Maju di bawah tiket PKR tetapi dibiarkan menjadi Bebas pada tahun 2010.[1][3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Wangsa Maju MP Wee Choo Keong quits PKR but remains as MP The Star. 14 May 2010
  2. ^ Gov't coughed up RM400k for Yen Yen's yen for trips Malaysiakini. Published 22 Dec 2015 7:52 am Updated 22 Dec 2015 7:56 am
  3. ^ a b c "Choo Keong: Flying Dutchman no more" by Terence Netto, Malaysiakini, 25 February 2008
  4. ^ The Star "Ex-Bukit Bintang MP wins appeal" 13 April 2007
  5. ^ Election Commission records
  6. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/10/20/nation/19226203&sec=nation
  7. ^ http://www.malaysiakini.com/news/73743
  8. ^ http://www.malaysianbar.org.my/letters_others/media_statement_by_wee_choo_keong.html
  9. ^ Press Release on the Sand Mining Scandal In Dengkil, Selangor Official blog. 14 May 2010
  10. ^ http://thestar.com.my/election/results/09/09p.html
  11. ^ Skandal pasir: Ahli Parlimen Wee Choo Keong keluar PKR
  12. ^ ""Lima bekas MP PKR bentuk Konsensus Bebas", The Malaysian Insider, 07 Jun, 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-08. Dicapai pada 2011-02-24.
  13. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
  14. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 5 May 2014. Results only available from the 2004 election.
  15. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  16. ^ Wee Choo Keong v Lee Chong Meng & Anor 1996 [CA]

Pautan luar sunting