Wee Ka Siong

ahli politik Malaysia

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Cina ringkas: 魏家祥, lahir (1968-10-20)20 Oktober 1968) merupakan Presiden parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari Barisan Nasional. Beliau merupakan bekas Menteri Pengangkutan dari 2018 hingga 2022. Beliau juga merupakan Pengerusi MCA Johor dan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru.


Wee Ka Siong

DGSM, DMSM (Melaka); PhD; PEng
魏家祥
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Ayer Hitam, Johor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 10 Oktober 2022
Didahului olehKonstituensi baharu
Majoriti303 (2018)
Presiden MCA
Memegang jawatan
4 November 2018
TimbalanMah Hang Soon
Didahului olehLiow Tiong Lai
Pengerusi MCA Negeri Johor
Memegang jawatan
4 November 2018
PresidenLiow Tiong Lai
Sendiri
Timbalan PresidenSendiri
Mah Hang Soon
Setiausaha AgungOng Ka Chuan
Chew Mei Fun
Chong Sin Woon
Pengerusi MCA
Bahagian Johor Bahru
Memegang jawatan
4 November 2018
PresidenLiow Tiong Lai
Sendiri
Timbalan PresidenSendiri
Mah Hang Soon
Setiausaha AgungOng Ka Chuan
Chew Mei Fun
Chong Sin Woon
Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaSultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
TimbalanHenry Sum Agong
Digantikan olehAnthony Loke Siew Fook
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaSultan Abdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
TimbalanHasbi Habibollah
Didahului olehAnthony Loke Siew Fook
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Perdana MenteriNajib Razak
Timbalan Menteri Pelajaran I
Dalam jawatan
10 April 2009 – 14 Mei 2013
Berkhidmat dengan Mohd Puad Zarkashi
MenteriMuhyiddin Yassin
Didahului olehRazali Ismail
Digantikan olehMary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pelajaran II
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
Berkhidmat dengan Razali Ismail
MenteriHishammuddin Hussein
Didahului olehNoh Omar
Digantikan olehP. Kamalanathan
Ketua Pemuda
MCA
Dalam jawatan
13 Oktober 2008 – 21 Disember 2013
Didahului olehLiow Tiong Lai (2002-2005)
Digantikan olehChong Sin Woon
Setiausaha Agung
Pemuda MCA
Dalam jawatan
20 Ogos 2005 – 18 Oktober 2009
Didahului olehLiow Tiong Lai (2002-2005)
Digantikan olehChai Kim Sen
Butiran peribadi
Lahir (1968-10-20) 20 Oktober 1968 (umur 55)
Jasin, Melaka, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik Barisan Nasional
Persatuan Cina Malaysia
PasanganDatin Seri Jessica Lim Hai Ean (林海燕)
Anak-anak2
KediamanJohor Bahru, Johor, Malaysia
Pendidikan
  • B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992)
  • M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996)
  • Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002)
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Nanyang
PekerjaanAhli politik
GajiRM65,236.48 sebulan[1]
Nilai bersihRM5 ke 8.5 juta[1]
Laman web rasmiLaman Web Rasmi MCA

Pendidikan sunting

  • B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992)
  • M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996)
  • Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002)

Politik sunting

Pada 13 Oktober 2008, beliau menang tanpa bertanding atas kerusi Ketua Pemuda MCA. Maka dengan ini, beliau akan menjadi salah seorang anggota tetap pemuda barisan nasional.

Selain daripada itu, beliau juga dilantik oleh Presiden MCA, Ong Tee Keat sebagai Pengerusi MCA negeri Melaka pada 11 November 2008. Maka dengan itu, Beliau mempunyai 3 jawatan yang penting dalam Karier politik beiau iaitu Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru, Ketua Pemuda MCA kebangsaan dan Pengerusi MCA Negeri Melaka.

Beliau juga merupakan Ketua Biro Pendidikan MCA Kebangsaan.

Selepas dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, beliau terus bergerak ke sekolah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk menangani masalah yang dialami oleh semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini termasuklah peruntukan sekolah, masalah yang dialami oleh guru-guru dan pelajar, dan hal-hal yang berkaitan.

Presiden MCA sunting

Beliau telah memenangi kerusi Presiden MCA pada Pemilihan MCA 2018-2021 pada 4 November 2018 dengan mendapat undian sebanyak 447 menewaskan bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang mendapat 182 undi dan Ngoo Teck Keong, tidak mendapat sebarang undi.[2]

Jawatan menteri sunting

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran I menggantikan Allahyarham Razali Ismail yang ketika itu diterajui oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[3]

Selepas rombakan Kabinet 2015, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Menteri Pengangkutan sunting

Beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia pada 10 Mac 2020.

Pilihan raya sunting

YB Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan Ahli Parlimen MCA yang menang paling banyak majoriti pada Pilihan Raya Malaysia ke-12 (2008). Beliau menewaskan Haji Hussin Sujak dari PAS sebanyak 13,909 undi. Beliau menjadi Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor bagi Penggal kedua selepas menang pada pilihan raya yang ke-11 pada tahun 2004. Pada 2004, beliau menewas Mohd Zamri bin Mat Taksis denggan majoriti 15,763.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia: P148 Ayer Hitam, Johor[4][5][6][7]
Tahun Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2004 Wee Ka Siong (MCA) 20,065 82.34% Mohd Zamri Mat Taksis (PAS) 4,302 17.66% 25,218 15,763 76.87%
2008 Wee Ka Siong (MCA) 20,230 76.11% Hussin Sujak (PAS) 6,321 23.78% 27,488 13,909 78.98%
2013 Wee Ka Siong (MCA) 22,045 59.79% Hu Pang Chaw (PAS) 14,735 39.96% 37,839 7,310 88.18%
2018 Wee Ka Siong (MCA) 17,076 43.98% Liew Chin Tong (DAP) 16,773 43.20% 38,824 303 85.52%
Hj Mardi Marwan (PAS) 4,975 12.82%

Penganugerahan sunting

Wee Ka Siong telah menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 9 Oktober 2015.[8]

Kontroversi sunting

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang sunting

Pada 9 Februari 2010, Wee Ka Siong memfailkan saman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menghalang Tan Sri Robert Phang dan Star Publications (M) Berhad daripada terus menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur fitnah dengan mengaitkan beliau dengan skandal PKFZ.[11] Phang merupakan anggota jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penerbit akhbar harian The Star . Artikel pada 25 Dis 2009 dan 12 Jan 2010 menggambarkan Wee mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.Peguam Ben Chan mewakili Wee Kah Seong, Gobind Singh Deo dan Ang Hean Leng mewakili Robert Phang, manakala Yee Mei Ken dan Chai Siew Wan mewakili Star Publications.[12]

Permohonan tersebut ditolak dengan alasan kegagalan menyatakan sebarang keadaan khas dalam permohonan tersebut bagi mahkamah membenarkan perintah tersebut.[13]

Batal dasar kabotaj sunting

Wee Ka Siong menolak pada 13 November 2020 untuk meneruskan dasar kabotaj Kerajaan Pakatan Harapan sebelum itu yang memberikan pengecualian kepada kapal asing yang melakukan kerja pembaikan kabel dasar laut bagi menggalakkan pelaburan digital asing. Kedegilan Wee dalam meneruskan dasar kabotaj yang gagal telah menyebabkan Facebook dan Google meminggirkan Malaysia, apabila kebimbangan mereka mengenai kelewatan sehingga 27 hari untuk pembaikan kabel kapal selam diabaikan.

Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Rais Hussin secara terbuka menyalahkan Wee Ka Siong yang membatalkan pengecualian kabotaj sehingga menyebabkan Malaysia dipinggirkan oleh Facebook dan Google untuk menyokong Singapura dan Indonesia, serta menjejaskan potensi pelaburan asing pusat data bernilai RM12- 15 bilion.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  2. ^ Wee Ka Siong dipilih Presiden MCA
  3. ^ Timbalan Menteri Pelajaran I
  4. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 1 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  7. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
  8. ^ Mustapha ketuai senarai penerima anugerah Melaka
  9. ^ "Datukship for Shah Rukh Khan". The Star. 11 October 2008. Dicapai pada 11 September 2018.
  10. ^ "Dr Wee gets Malacca award". The Star. 10 October 2015. Dicapai pada 11 September 2018.
  11. ^ Wee Ka Siong saman Phang
  12. ^ Keputusan Permohonan Injunksi Wee Diketahui 6 Mei
  13. ^ Court dismisses Ka Siong's injunction application, MySinchew 2010.05.07 .

Pautan luar sunting