Westland WS-61 Sea King adalah sebuah helikopter buatan Britain yang dibina secara berlesen berdasarkan model Sikorsky S-61 buatan Amerika Syarikat. Ia dikeluarkan oleh Westland Helicopters. Helikopter ini berbeza dengan versi buatan Amerika, di mana ia dilengkapkan dengan enjin Rolls-Royce Gnome dan sistem peperangan anti-kapal selam buatan Britain serta sistem kawalan berkomputer sepenuhnya. Westland Sea King juga dikeluarkan sebagai versi pengangkut anggota komando untuk pasaran eksport.

WS-61 Sea King
Commando
Sebuah Westland Sea King HAR3A milik Tentera Udara Diraja
Peranan Helikopter utiliti / pengangkut sederhana
Pengeluar Westland Helicopters
Penerbangan sulung 1969
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Laut Diraja Britain
Tentera Udara Diraja Britain
Tentera Laut Diraja Australia
Tentera Laut India
Jumlah dibina 344
Dibangunkan dari SH-3 Sea King

Pautan luar sunting