Wikipedia:Memindahkan fail ke Commons

Mari kita berpindah!
Mari kita berpindah!

Banyak juga gambar (imej) yang dimuat naik ke Wikipedia, tetapi gambar-gambar ini boleh digunakan di projek Wikimedia yang lain dengan memindahkannya Commons. Untuk itu, kita perlu mempertimbangkan beberapa isu, tetapi ini boleh dibincangkan dalam laman perbincangan.

  1. Senarai semak
    1. Adakah laman fail ditandai {{do not move to Commons}}? Jika ya, jangan pindahkan.
    2. Sila nilai kemunasabahan hujah pemuat naik. Imej yang tiada maklumat sumber yang jelas dan boleh dipercayai TIDAK patut dipindahkan - pastikan maklumat sumber dijelaskan dahulu.
    3. Adakah sumber karya seni yang dipaparkan dalam fail dinyatakan (rujukan URL atau cetak yang tepat, bukan "dari wikipedia")? Jika tidak, jangan pindahkan.
    4. Jika fail itu hasil karya terbitan (derivative), adakah sumber asli dinyatakan? Jika tidak, jangan pindahkan.
    5. Adakah pemegang hak cipta/pengarang karya dikenal pasti, ataupun terbukti dari hasil carian bahawa karya itu merupakan kerja orang yang tidak diketahui namanya? Jika tidak, jangan pindahkan.
    6. Adakah bukti kukuh bahawa pemegang hak cipta benar-benar mengeluarkan fail itu di bawah lesen yang dimaksudkan? Jika tidak, jangan pindahkan.
    7. Untuk karya yang ada dalam domain awam, adakah lamannya menyatakan nama pencipta karya seni yang dipaparkan oleh fail itu? Jika tidak, jangan pindahkan.
    8. Untuk karya yang ada dalam domain awam, adakah lamannya menyatakan tarikh kematian pencipta karya seni yang dipaparkan oleh fail itu? Jika tidak, jangan pindahkan.
    9. Untuk karya yang ada dalam domain awam, adakah lamannya menyatakan negara asal pencipta karya seni yang dipaparkan oleh fail itu, ataupun di mana ia mula-mula diterbitkan? Jika tidak, jangan pindahkan.
  2. Amalan yang terbaik adalah menggunakan CommonsHelper untuk melakukan pemindahan (anda memerlukan akaun TUSC). Alatan ini secara automatiknya menyalin semua maklumat yang perlu lalu memudahkan pentadbir mengkaji pemindahan.
  3. Bukan semua imej yang ada di Wikipedia boleh dimuat naik ke dalam Commons, kerana Commons hanya menerima bahan-bahan media yang didapati di bawah lesen bebas. Jangan muat naik imej tanpa sumber dan/atau hak cipta yang boleh disahkan, atau dengan menggunakan undang-undang tempatan khusus seperti peruntukan kegunaan wajar hakcipta; kerana bahan-bahan sedemikian akan dihapuskan segera. Untuk maklumat lanjut, rujuk Commons:Licensing untuk dasar hak cipta Wikimedia Commons dan Commons:Copyright tags untuk tag hak cipta yang dibenarkan (Mungkin juga Commons:Project scope sekiranya anda tidak pasti kandungan mana yang boleh diisikan dalam Commons). Wikipedia:Tag hak cipta imeh menjelaskan tag yang mana boleh digunakan secara setempat. Apabila memuat naik imej yang sudah memasuki domain awam di Amerika Syarikat, tetapi mula-mula diterbitkan di luar Amerika Syarikat, anda juga harus mengisytiharkan sebab imej itu berada dalam domain awam di negara asalnya, kerana Commons hanya menerima imej domain awam yang berada dalam domain awam di Amerika Syarikat dan negara asalnya sekali jika berbeza.
  4. Kini terdapat log masuk berpadu yang mana anda log masuk ke dalam Commons secara automatik apabila anda sudah log masuk ke dalam projek WMF yang lain, supaya anda tidak perlu membuka akaun baru (walaupun akaun-akaun anda boleh digabungkan)
  5. Selepas anda membuka akaun, anda boleh menggunakan laman muat naik Commons - juga boleh dicapai dengan mengklik "Muat naik fail" di bar pandu arah sebelah kiri (tapi pastikan anda berada di Commons, bukan Wikipedia yang juga mempunyai pautan yang sama untuk muat naik setempat).
  6. Inilah peluang baik untuk memastikan tajuk imej lebih bersifat deskriptif. Misalnya, imej foto Tunku Abdul Rahman yang berjudul "Tunku57.JPG" boleh ditukar kepada "Tunku Abdul Rahman 1957.jpg"; tetapi adalah lebih senang untuk pentadbir Wikipedia jika anda memakai nama fail yang sama di Commons supaya tiada perlunya mengubahsuai rencana dengan menggunakan naam fail yang lama.
  7. Pastikan anda memuat naik imej berleraian paling tinggi yang ada. Jika imej itu diambil dari lokasi yang lain di WWW, ada baiknya memeriksa sumber itu.
  8. Jika imej itu ada sejarah semakan, pastikan anda memuat naik semakan lama terlebih dahulu. Sememangnya anda mahu mengabaikan beberapa semakan yang tidak relevan (seperti laku musnah). Anda wajar memuat naik versi asal yang didasarkan oleh versi terkini itu.
  9. Jika imej itu ada lesen GFDL atau cc-by, susah sikit ni. Antara lain, anda perlu menyertakan sejarah semakan dalam laman penerangan imej. (Anda boleh menyalinnya dalam bentuk teks.)
  10. Pada amnya, berhati-hati memelihara semua maklumat yang ada mengenai imej, sentiasa salin penerangan imej dan terangkan siapa pencipta imej. Commons Helper akan mencipta ringkasan penuh yang boleh anda salin dan tampal ke dalam laman muat naik Commons. Pastikan ringkasan itu jelas menyatakan nama pengarang asal dan sumber fail (bukan sekadar "original uploader was …" dan "transferred from Wikipedia").
  11. Ahli Commons berbesar hati jika anda boleh menggolongkan imej yang anda muat naik itu kepada kategori atau rencana yang berkenaan, supaya orang lain mudah mencarinya.
  12. Selepas siap, tagkan imej Wikipedia yang asli dengan templat {{NowCommons}}. Gunakan{{subst:ncd|Image:new image name.jpg}} sebagai sintaks. Untuk imej yang sama nama fail di sini dan di Commons, gunakan saja {{subst:ncd}}. Semua nama fail adalah sensitif huruf (case-sensitive, ejaan huruf kecil besarnya mesti sama semuanya), jadi pastikan pautan yang dihasilkan benar-benar berfungsi!
  13. Jika anda sudah menukar nama imej, apa kata anda menggantikan pautan ke arah imej lama dengan pautan ke arah imej baru untuk memudahkan pentadbir menghapuskan imej lama.

Memindahkan imej sendiri ke Commons sunting

Pemindahan imej hasilan anda sendiri ke Commons mudah sahaja kerana anda tidak perlu menyatakan bahawa imej itu pernah dimuat naik ke dalam wiki yang satu bahasa. Memanglah anda harus sanggup melepaskan imej anda di bawah lesen yang serasi (spt. CC-by-sa atau GFDL) atau letakkannya dalam domain awam.

  • Muat naik imej anda ke dalam Commons. Adalah lebih senang untuk menggunakan nama yang sama dengan yang dipakai sebelum ini, melainkan nama itu tidak elok - nama-nama itu adalah sensitif huruf. Apply the appropriate licence tag and, as a minimum, give a few words of description.
  • Datang ke imej yang anda muat naik pada mulanya dan letakkan {{subst:ncd}} (ataupun jika anda sudah menukar namanya, gunakan {{subst:ncd|Image:nama baru}}).
  • Jika anda memakai nama yang berbeza, pergi ke semua rencana yang memakai rencana itu dan tukarkannya.

Itu saja! Tapi ahli Commoner lagi suka kalau anda:

  • menyatakan penerangan terperinci
  • meletakkan imej ke dalam satu dua kategori, lalu menambahkannya ke dalam satu rencana galeri Commons.

Rasional sunting

Kenapa nak pindahkan imej ke dalam Commons?

  • Imej Commons boleh digunakan oleh mana-mana projek Wikimedia Foundation, termasuk Wikipedia dalam mana-mana bahasa. Ini bererti imej boleh dimuat naik dan diselenggara sekali daripada berpuluh-ratus kali.
  • Commons menyusun imejnya mengikut jenis, jadi lebih baik anda tumpukan segala yang berkenaan dalam satu tempat supaya tampak kemas.
  • Imej akan kekal di Commons sama ada ia digunakan untuk menggambarkan rencana atau tidak.

Yang mana tak boleh masuk ke dalam Commons?

  • Commons mengenakan dasar yang lebih ketat tentang isu hak cipta berbanding Wikipedia Bahasa Melayu; misalnya, imej yang dituntut kegunaan wajar seperti kulit album tidak boleh dihoskan di Commons yang hanya menerima kandungan bebas.

Alatan sunting

Lihat juga sunting