Wikipedia:Menerangkan jargon



Terangkan jargon sewaktu anda menggunakan istilah-istilah yang khusus (sila lihat jargon). Sila ingat bahawa seorang yang membaca rencana anda mungkin tidak dididikkan ataupun tidak mahir dalam bidang anda, dan oleh itu, mereka tidak akan memahami istilah-istilah daripada bidang itu.

Format wiki membenarkan anda berbuat demikian dengan lebih mudah, berbanding dengan penggunaan kertas. Anda cuma dikehendaki mengaitkan istilah-istilah jargon kepada rencana yang menerangkannya; anda juga boleh mengaitkan rencana-rencana yang lain kepada rencana penjelasan anda. Sebagai pilihan lain, anda juga boleh memperkenalkan istilah jargon sewaktu anda menggunakan perkataan itu buat pertama lagi; berhati-hati bahawa istilah-istilah teknik sering mempunyai maksud yang tepat, dan mana-mana satu penjelasan yang ringkas mungkin boleh menimbulkan ketidaktepatan.

Tujuan pautan adalah untuk pengaitan semua jargon supaya istilah-istilah dapat diterangkan, dan kemudiannya rencana-rencana baru boleh diciptakan pula untuk menerangkan jargon-jargon yang diperkenalkan dalam rencana penerangan sehingga semua orang biasa yang berpendidikan dapat memahami rencana anda.