Wikipedia:Penyelenggaraan

Selain dari menyunting, ramai orang di Wikipedia terlibat dalam tugas penyelenggaraan. Kebanyakan tugas-tugas ini boleh dilakukan oleh mana-mana pengguna, bukan penyelia sahaja. Kerja penyelenggaraan merupakan tugas yang penting dalam memastikan Wikipedia dapat berfungsi secara optimum. Tetapi jangan lupa bahawa tujuan kita di sini adalah untuk mencipta satu ensiklopedia. Ada diantara laman-laman penyelenggaraan Wikipedia yang termasuk dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan, sebilangan yang lain mungkin tidak termasuk, namun laman-laman yang tidak termasuk mungkin akan dicalonkan sebagai salah satu dari laman-laman dasar dan garis panduan di Wikipedia kelak. Anda seharusnya peka kepada perkembangan dasar dan garis panduan Wikipedia yang sering berkembang dari masa ke masa mengikut perubahan dan persetujuan umum komuniti ini.

Perkara untuk diperhatikan sunting

Laporan sunting

Laporan boleh dihasilkan dari salinan pangkalan data Wikipedia. Oleh itu, ia mungkin bukan mutakhir, tetapi ia memberikan panduan berguna rencana yang mana yang memerlukan perhatian.

Portal sunting

Lihat Wikipedia:Portal untuk senarai portal yang telah wujud berserta projek dan orang berkaitan.

Menyambut pengguna baru sunting

Alukan kedatang pengguna baru dengan meletakkan templat {{subst:sd}} atau {{subst:interd}} pada laman perbualan mereka. Senarai pengguna baru boleh didapati dengan melihat pada log akaun baru.

Laman Utama sunting

Kandungan Laman Utama perlu sentiasa dikemaskini. Laman tersebut dilindungi, tetapi anda boleh terlibat dalam pemilihan rencana pilihan dan gambar pilihan. Anda juga boleh membantu mengemaskini peristiwa terkini serta peristiwa hari ini. Jika anda mencipta laman baru yang elok dan menarik, ada kemungkinan ia akan disenaraikan di bahagian tahukah anda?

Laman dilindungi sunting

Walaupun terdapat log laman dilindungi, semua laman yang diberikan perlindungan hendaklah disenaraikan di Wikipedia:Laman dilindungi beserta sebabnya. Kadang-kadang penyelia terlupa melakukan ini, dan membuang laman yang sudah tidak dilindungi. Anda boleh membantu.

Laku musnah sunting

Sesiapa sahaja boleh mengembalikan laman dari laku musnah. Lihat Wikipedia:Kembali asal untuk panduan. Sekiranya anda melihat laku musnah berulang, anda boleh memberitahu mana-mana penyelia. Penyelia boleh memilih untuk menyekat pelaku musnah berulang selepas diberi amaran.

Laman yang dipaut dari laman utama sering menjadi tumpuan pelaku musnah, jadi memerhatikan perubahan laman-laman tersebut menggunakan pautan perubahan berkaitan adalah cara yang baik untuk mengesannya.

Permintaan sunting

Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh lakukan:

 
frames

Pertikaian sunting

Sebarang pertikaian hendaklah cuba diselesaikan di laman perbualan, bukan dalam rencana. Sesetengahnya boleh diselesaikan dengan mudah, manakala yang lain mungkin lebih susah. Banyak pertikaian dapat diselesaikan apabila seseorang yang tidak terlibat membaca rencana yang dipertikaikan dan hujah setiap pihak, dan kemudian memberikan pendapat berdasarkan akal budi. Dalam kes yang lain, perunding yang berkecuali mungkin diperlukan. Dalam kes paling berat, penyelia mungkin diperlukan untuk menyekat pelaku musnah atau pengguna yang tidak mahu bekerjasama atau menerima keputusan.

Kategori sunting

Wikipedia mempunyai 18,425 imej (fail) ketika ini. Semua imej perlu mempunyai sumber dan teg lesen yang sesuai. Imej yang tidak mematuhi dua perkara ini boleh dihapuskan. Letakkan templat pemadaman seperti di atas. Selain itu, terdapat beberapa perkara lain yang boleh dilakukan:

Jika anda terjumpa gambar yang telah ada di Commons pula, letakkan templat {{NowCommons|nama imej}}.

Perbincangan sunting

Kedai Kopi sunting

Kedai Kopi merupakan tempat untuk berbincang menegenai Wikipedia. Perkara-perkara yang tidak berkenaan hendaklah dibuang. Sekiranya perbincangan tersebut mengenai suatu rencana/perkara secara khusus, ada baiknya perbincangan tersebut dipindahkan ke laman perbualan rencana tersebut setelah selesai sebagai rujukan masa hadapan. Perbincangan yang panjang juga seeloknya diringkaskan.

Kerap kali terjadi ada orang menanyakan soalan yang sepatutnya ditanya di meja rujukan. Pindahkan soalan tersebut, dan tinggalkan nota mengenainya di Kedai Kopi buat beberapa hari.

Laman perbincangan sunting

Laman perbincangan amat berguna. Namun bukan semua perbincangan perlu diarkibkan. Lihat Wikipedia:Bagaimana mengarkibkan halaman perbualan untuk panduan.

Ulasan sebaya sunting

Wikipedia:Ulasan sebaya merupakan tempat untuk mendapat komen mengenai rencana yang sebahagian besarnya merupakan kerja seorang penulis, atau yang akan dicalonkan kepada rencana pilihan. Rencana yang gagal mejadi rencana pilihan sering ditujukan ke sini.

Lihat juga sunting