Wikipedia:Penyelesaian pertikaian

Laman ini memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang mempunyai pertikaian atau tidak setuju dengan pengguna lain terhadap sesuatu rencana atau dasar Wikipedia Bahasa Melayu.

Langkah 1: Fokus kepada kandungan sunting

Sila fokus kepada kandungan, bukan penyunting lain yang menyebabkan pertikaian. Prinsip Wikipedia adalah menyampaikan maklumat secara adil, saksama dan tidak berat sebelah. Kalau anda menemui ayat dalam rencana yang tidak tepat atau berat sebelah, sila perbaikinya. Kalau anda langsung tidak mempersetujui kandungan dalam rencana berkaitan, berfikir dua kali dahulu sebelum memadamnya. Anda juga boleh mengimbangi rencana itu dengan menambah maklumat versi anda. Namun, pastikan anda memetik sumber yang boleh dipercayai. Kandungan yang tidak dipersetujui ramai dan tidak mempunyai rujukan akan dipadam.

Selalunya menjelaskan sebab anda melakukan sebarang perubahan terhadap rencana. Kalau anda ingin huraikan dengan satu ayat sahaja, gunakanlah ringkasan suntingan; untuk penerangan yang lebih panjang, gunakanlah laman perbincangan dan tambahan "lihat perbincangan" pada ringkasan suntingan.

Langkah 2: Adakah keadaan itu cemas? sunting

Jika keadaan pertikaian memerlukan perhatian segera, sila laporkan kepada WP:AN dan minta supaya laman itu dikunci.

Langkah 3:Tenangkan diri sunting

Kebanyakan keadaan bukannya cemas. Berikanlah sedikit masa kepada anda dan penyunting lain itu. Anda selalunya boleh menyelesaikan masalah itu kemudian. (Anda boleh menyemak laman sejarah rencana itu pada bila-bila masa dan bandingkan versi rencana terkini dengan versi anda, dan pertimbangkan jika anda ingin menambah lagi maklumat pada rencana)

Berfikiran jangka panjang. Selepas setempoh masa anda juga boleh terus menyunting rencana itu, selepas masalah pada masa itu diselesaikan. Dalam masa itu, pertikaian akan berkembang, dan mungkin menarik perhatian pengguna lain, dan mereka akan memberi pandangan yang berbeza.

Ini dapat membantu pengguna baru kerana memberi peluang kepada mereka menyesuaikan diri dengan dasar dan budaya Wikipedia. Tumpukan sumbangan anda kepada rencana di mana anda boleh menyumbang secara membina.

Langkah 4:Berbincang dengan pihak lawan sunting

Bincangkan isu itu dalam laman perbincangan seseorang pengguna, jangan pula meneruskan pertikaian yang panjang di laman perbincangan rencana itu sendiri.

Ketika membinangkan sesuatu isu, ingat agar menenangkan diri. Jika anda menemui pertuturan yang tidak bersopan, jangan membalas dengan tidak bersopan, dan jangan melakukan serangan peribadi. Pertimbangkanlah hujah penyunting itu dan cuba mencapai tolak ansur. Anggaplah penyunting itu mempunyai niat baik, kecuali anda mempunyai bukti yang kukuh bahawa penyunting itu tidak berhasrat membaiki rencana itu.

Langkah berbincang dengan pihak lawan dalam menyelesaikan pertikaian amat penting. Kalau anda enggan berbincang sambil menganggap niat baik pihak itu, ini menunjukkan bahawa anda hanya berhasrat memburukkan pertikaian itu, bukannya menyelesaikannya. Pengguna lain tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada pendirian anda, dan anda akan berada dalam kedudukan tidak beruntung jika anda memilih untuk menyelesaikan pertikaian pada langkah seterusnya. Sebaliknya, perbincangan yang serius, walaupun tidak berhasil, menunjukkan bahawa anda benar-benar ingin mencari jalan penyelesaian yang selari dengan dasar Wikipedia.

Langkah 5: Damai sementara sunting

Cuba mendapatkan damai sementara. Langkah ini penting jika anda ingin meninjau pandangan pengguna lain kerana membolehkan pengguna lain mempertimbangkan isu itu secara adil tanpa dikelirukan oleh suntingan-suntingan terkini.

Langkah 6: Dapatkan bantuan daripada pengguna lain sunting

Kalau langkah sebelum ini masih gagal menyelesaikan pertikaian, cuba satu daripada kaedah berikut. Kaedah yang anda pilih bergantung kepada jenis pertikaian dan kecenderungan penyunting itu.

Pertolongan penyelia
Anda boleh menghubungi seorang penyelia untuk membantu anda. Penyelia mampu membantu anda memahami cara menyampaikan pandangan anda dengan jelas dan bersopan. Penyelia juga boleh membantu anda mencari jalan penyelesaian yang paling baik.

Tanya tentang dasar
Anda boleh bertanya tentang dasar dan garis panduan di laman perbincangan laman dasar yang berkaitan dengan isu anda. Anda juga boleh merujuk laman dasar Wikipedia Bahasa Inggeris jika laman di Wikipedia Bahasa Melayu tidak lengkap.

Polisi berkaitan sunting