Wikipedia:Templat pandu arah

Templat pandu arah ialah sebuah himpunan pautan yang digunakan dalam pelbagai rencana berkaitan untuk memudahkan perarahan antara rencana-rencana. Penyuntingan sebuah templat pandu arah dilakukan dalam sebuah tempat berpusat, iaitu laman templat.

Terdapat dua versi templat pandu arah: kotak pandu arah (atau navbox), yang direka untuk diletakkan pada kedudukan terbawah dalam sesebuah rencana, dan bar sisi (atau sidebar), yang direka untuk diletakkan di bahagian sisi teks rencana. Kedua-dua ini saling melengkapi dan salah satu atau kedua-duanya boleh diletakkan sewajarnya pada keadaan yang berbeza.

Cara biasa untuk mencipta templat pandu arah ialah dengan menggunakan templat induk {{navbox}} atau {{sidebar}}. Ini memudahkan proses penciptaan sebuah templat yang berguna dan konsisten.

Jangan bergantung sepenuhnya pada kotak pandu arah untuk memautkan rencana dengan rencana lain. Kotak pandu arah tidak akan terpapar pada laman sesawang Wikipedia versi mudah alih, yang diguna oleh lebih separuh pembaca Wikipedia. Lihat tiket Phabricator Templat:Phab untuk mengetahui perkembangan mengenai isu berkaitan paparan mudah alih.

Kotak pandu arah dikategorikan di bawah Kotak pandu arah. Sesetengah WikiProjek mempunyai senarai templat pandu arah sendiri.

Kelebihan sunting

Pilihan sunting

Had templat sunting

Lihat juga sunting

Templat:Navigation templates Templat:Wikipedia templates