Wilayah Kanagawa

wilayah di Jepun

Wilayah Kanagawa (Jepun: 神奈川県, Hepburn: Kanagawa-ken) ialah sebuah wilayah yang terletak di bahagian selatan kawasan Kantō di Honshū, Jepun. Ibu kotanya ialah Yokohama. Kanagawa tergolong dalam kawasan metropolitan Tokyo Raya.

Wilayah Kanagawa (神奈川県)
Peta Jepun dengan ditunjukkan Kanagawa
Ibu wilayah Yokohama
Kawasan Kantō
Pulau Honshū
Gabenor Shigefumi Matsuzawa
Keluasan 2,415.42 km² (ke-43)
 - % air 2.3%
Penduduk  (1 Januari 2009)
 - Populasi 8,965,000 (ke-2)
 - Kepadatan penduduk 3,711.6 /km²
Daerah 6
Perbandaran 34
ISO 3166-2 JP-14
Laman rasmi www.pref.kanagawa.jp/
Lambang Wilayah
 - Bunga Bunga Bakung Bersinar Emas (Lilium auratum)
 - Pokok Ginkgo (Ginkgo biloba)
 - Burung Burung Camar Biasa (Larus canus)
Lambang Wilayah Kanagawa
Lambang Wilayah Kanagawa
Minato Mirai 21
Cetakan asal Ombak Raksasa di Kanagawa (Jepun: 神奈川沖浪裏, Hepburn: Kanagawa-oki nami-ura)

Geografi sunting

Kanagawa ialah sebuah wilayah agak kecil yang terletak di sudut tenggara Dataran Kantō[1], tersepit di antara Tokyo di utara, tapak Gunung Fuji di barat laut, dan Teluk Sagami[1] dan Teluk Tokyo di selatan dan timur. Bahagian timur wilayah ini pula agak rata dan padat dengan pembandaran, termasuklah bandaraya-bandaryaa pelabuhan yang besar iaitu Yokohama dan Kawasaki.

Kawasan tenggara berhampiran Semenanjung Miura kurang bandarnya, dengan kota lama Kamakura yang menarik para pelancong ke kuil-kuilnya. Bahagian barat yang bersempadan dengan wilayah-wilayah Yamanashi dan Shizuoka di barat,[2] lebih bergunung-ganang dan merangkumi kawasan-kawasan percutian seperti Odawara dan Hakone. Kawasan yang terbentang 80 km dari barat ke timur dan 60 km dari utara ke selatan, mengisi tanah seluas 2,400 km persegi, ataupun 0.64 % daripada jumlah keluasan Jepun.[2]

Topografi sunting

Secara topografi, Wilayah Kanagawa terdiri daripada tiga kawasan berbeza. Kawasan barat yang bergunung-ganang bercirikan Banjaran Gunung Tanzawa dan Gunung Berapi Hakone. Kawasan timur yang berbukit-bukau pula bercirikan Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura. Kawasan tengah pula yang mengelilingi Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura, terdiri daripada teres sungai rata dan tanah pamah di sekitar sungai-sungai terbesar termasuk Sungai Sagami, Sungai Sakai, Sungai Tsurumi, dan Sungai Tama.[2]

Sungai Tama membentuk kebanyakan sempadan antara Kanagawa dan Tokyo. Sungai Sagami mengalir melalui tengah-tengah wilayah. Di kawasan barat, Sungai Sakawa melalui Tanah Pamah Sakawa, di antara Gunung Berapi Hakone di barat dan Perbukitan Ōiso di timur, dan mengalir ke Teluk Sagami.[1]

 
Peta Wilayah Kanagawa.

Bandaraya sunting

 
Prefectural office of Kanagawa

Bandar dan kampung sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting