Wilayah Tanintharyi

Wilayah Tanintharyi (Bahasa Burma: တနင်္သာရီတိုင်းဒေသကြီး, disebut [tənɪ́ɴθàjì táɪɴ dèθa̰ dʑí]; Mon: ဏၚ်ကသဳ atau တနၚ်သြဳ; Bahasa Thai: ตะนาวศรี, RTGSTanao Si, disebut [tā.nāːw sǐː]; Melayu: Tanah Sari, تانه ساري), dahulunya dikenali Bahagian Tenasserim dan kadang-kala dikenali Divisi Tanintharyi, ialah salah sebuah wilayah yang berada dalam pentadbiran Myanmar, ia meliputi sepanjang laluan sempit di bahagian selatan negara Myanmar lebih tepat lagi di Segenting Kra, Semenanjung Tanah Melayu. Ia berbatas langsung dengan Laut Andaman disebelah barat dan Banjaran Tenasserim, manakala disebelah timur pula berbatas langsung dengan negara Thailand. Disebelah utara terletaknya Negeri Mon. Terdapatnya beberapa pulau dibahagian pesisir pantai. Kepulauan Mergui terletak disebelah selatan dan bahagian tengah pesisir pantai. Kepulauan Moscos terletak di luar pesisir pantai utara. Ibu negeri bahagian pula ialah Dawei (Tavoy). Diantara bandar-bandar terpenting yang lain adalah Myeik (Mergui) dan Kawthaung. Bahagian ini meliputi kawasan seluas 43,328 km², dan dianggarkan kira-kira 1,455,000 orang menetap disini pada tahun 2002.

Wilayah Tanintharyi
Wilayah Tanah Seri (ويلايه تنه سري)
တနင်္သာရီတိုင်းဒေသကြီး
Transkripsi Myanma
 • Bahasa Burmata.nangsayi. tuing: desa. kri:
Lokasi Wilayah Tanintharyi di Burma
Lokasi Wilayah Tanintharyi di Burma
Country Myanmar
WilayahSelatan
Ibu negeriDawei (Tavoy)
Pentadbiran
 • Ketua MenteriMyat Ko (USDP)
Keluasan
 • Jumlah43,328 km2 (16,729 batu persegi)
Penduduk
 (2002)[1]
 • Jumlah1,455,000
 • Kepadatan34/km2 (87/batu persegi)
Demografi
 • Kumpulan etnikBamar, Dawei, Orang Rakhine, Orang Mon, Orang Shan, Burma-Thai, Orang Kayin, Salone, Orang Melayu
 • AgamaBuddha, Islam
Zon waktuUTC+06:30 (MST)
Kod ISO 3166MM-05

Rujukan sunting

  1. ^ "Union of Myanmar". City Population. Dicapai pada 25 Disember 2008.

Templat:Taninthayi Division Templat:Administrative divisions of Burma