Wilayah tanggungan mahkota

Wilayah tanggungan mahkota (Bahasa Inggeris: Crown dependencies) ialah bidang kuasa tiga pulau di luar pesisir Britain yang merupakan milikan pemerintahan sendiri Mahkota. Wilayah tersebut tidak membentuk sebahagian daripada United Kingdom dan wilayah luar negeri.[1][2] Secara antarabangsanya, wilayah tanggungan itu dianggap "wilayah di mana United Kingdom bertanggungjawab", berbanding sebagai negara berdaulat.[3] Hasilnya, mereka bukanlah negara anggota bagi pertubuhan Negara-negara Komanwel.[4] Walau bagaimanapun, mereka mempunyai hubungan dengan Komanwel, Kesatuan Eropah (walaupun bukan sebahagian daripadanya tetapi berada di dalam kawasan kastam EU) dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa lain, serta sebahagian daripada anggota di dalam Majlis British–Ireland. Wilayah tanggungan tersebut juga memiliki pasukan sukan sendiri di dalam Sukan Komanwel.

Wilayah Tanggungan Mahkota
ولايه تڠڬوڠن مهكوتا
Bendera Wilayah Tanggungan Mahkota ولايه تڠڬوڠن مهكوتا
Lokasi wilayah tanggungan mahkota (merah) dan United Kingdom (kelabu tua)
Lokasi wilayah tanggungan mahkota (merah) dan United Kingdom (kelabu tua)
(penempatan terbesar)Saint Peter Port, Saint Helier, Douglas
Bahasa rasmiInggeris
Wilayah
Pemimpin
• King
Rosmawe
Keluasan
• Jumlah
768.2 km2 (296.6 bt2)
Format tarikhhh/bb/tttt (AD)

Disebabkan wilayah tanggungan mahkota bukanlah negara-negara berdaulat, bidang kuasa perundangan yang memberi kesan kepada pulau-pulau itu berada di bawah kerajaan United Kingdom. Walaupun wilayah tersebut mempunyai dewan undangan yang tersendiri, dengan kuasa untuk menggubal undang-undang bagi hal ehwal tempatan dengan perkenan Mahkota (Majlis Privi, atau dalam kes Pulau Man bagi sesetengah keadaan Leftenan Gabenor).[5] Dalam setiap kes, ketua kerajaan disebut sebagai Ketua Menteri.

Takrifan sunting

"Mahkota" ditakrifkan secara berbeza bagi setiap wilayah tanggungan mahkota. Di Jersey, penyataan kedudukan perlembagaan abad ke-21 oleh Pegawai Undang-undang Mahkota mentakrifkannya sebagai "Mahkota dengan hak Jersey",[6] dengan kesemua tanah Mahkota di Bailiwick Jersey merupakan milik kepada Mahkota dengan hak Jersey dan bukannya Estet Mahkota United Kingdom.[7] Perundangan Pulau Man mentakrifkan "Mahkota dengan hak Pulau Man" sebagai berasingan daripada "Mahkota dengan hak United Kingdom".[8] Di Guernsey, perundangan merujuk "Mahkota dengan hak Bailiwick",[9] dan Pegawai Undang-undang Mahkota Guernsey mengemukakan bahawa "Mahkota dalam konteks ini biasanya bermaksud Mahkota dengan hak republik Bailiwick Guernsey"[10] dan ini merangkumi "institusi-institusi kerajaan dan sivik kolektif, ditubuhkan oleh dan di bawah bidang kuasa Monarki, untuk tadbir urus Pulau-pulau ini, termasuklah Negeri Guernsey dan badan perundangan di Pulau-pulau lain, Mahkamah Diraja dan mahkamah lain, Leftenan Gabenor, pihak berkuasa kariah dan Mahkota bertindak dan melalui Majlis Privi."[11] Konsep perlembagaan ini juga dikatakan sebagai "Mahkota dengan hak Bailiwick Guernsey".

Wilayah terkini sunting

Nama Bendera Jata Lokasi Moto Luas Jumlah penduduk Ibu wilayah
Bailiwick Guernsey
 
Guernsey
 
Selat Inggeris 78 km2 (30 bt2) 65,849 Saint Peter Port
(ibu wilayah bagi keseluruhan Bailiwick)
 
Alderney
 
Saint Anne
 
Sark
 
The Seigneurie (de facto;
Sark tidak mempunyai ibu kota)
Bailiwick Jersey
 
 
Selat Inggeris 118.2 km2 (46 bt2) 100,080 Saint Helier
Pulau Man
 
 
Laut Irish Quocunque Jeceris Stabit (Latin:
"Di mana sahaja dilemparnya, ia akan berdiri")
572 km2 (221 bt2) 84,997 Douglas

Rujukan sunting

  1. ^ "Crown Dependencies - Justice Committee". Parlimen United Kingdom. 30 Mac 2010. Dicapai pada 14 November 2016.
  2. ^ "Background briefing on the Crown dependencies: Jersey, Guernsey and the Isle of Man" (PDF). Kementerian Keadilan. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  3. ^ "Fact sheet on the UK's relationship with the Crown Dependencies" (PDF). Kementerian Keadilan. Dicapai pada 25 Ogos 2014.
  4. ^ "Government Response to the Justice Select Committee's report: Crown Dependencies" (PDF). Kementerian Keadilan. November 2010. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  5. ^ "Profile of Jersey". Negeri Jersey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2006. Dicapai pada 31 Julai 2008. The legislature passes primary legislation, which requires approval by The Queen in Council, and enacts subordinate legislation in many areas without any requirement for Royal Sanction and under powers conferred by primary legislation. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Review of the Roles of the Crown Officers" (PDF). Negeri Jersey. 2 Julai 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Ogos 2011.
  7. ^ "Written Question To H.M. Attorney General by Deputy P.V.F. Le Claire of St. Helier". Negeri Jersey. 22 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2011.
  8. ^ "The Air Navigation (Isle of Man) Order 2007 (No. 1115)". The National Archives. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  9. ^ "The Unregistered Design Rights (Bailiwick of Guernsey) Ordinance". Guernsey Legal Resources. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2011.
  10. ^ "Review of the Roles of the Jersey Crown officers" (PDF). Negeri Jersey. 30 March 2012. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  11. ^ de Woolfson, Joel (21 Jun 2010). "It's a power thing…". Guernsey Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2011. Dicapai pada 31 Julai 2017.

Pautan luar sunting