Wilfred Madius Tangau

YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (lahir 13 Mac 1958) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Ahli Parlimen Malaysia bagi Tuaran sejak 2013 untuk penggal kali kedua. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah[1] sejak tahun 2018 sehingga kejatuhan Gabungan Kerajaan Warisan Plus pada 26 September 2020. Beliau telah dilantik menjadi ahli secara lantikan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah kerana beliau tidak bertanding dan tidak memenangi sebarang kerusi DUN Sabah sebagai syarat untuk dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan sebagai Menteri dalam kerajaan Sabah. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2015 - 2018) dan Ahli Parlimen Tuaran, Sabah, (1999 - 2008; 2013-kini). Beliau adalah Pemangku Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN)(-2018) dan Kini berada dalam komponen Gabungan Warisan Plus untuk bahagian Sabah dan Gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk bahagian persekutuan.


Wilfred Madius Tangau

SPDK (Sabah)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tuaran, Sabah
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
2013 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Wilfred Mojilip Bumburing
Majoriti5,190 (2013)
7,624 (2018)
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului oleh Yunof Edward Maringking
Digantikan oleh Wilfred Mojilip Bumburing
Timbalan Presiden
Pakatan Harapan
Memegang jawatan
26 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Didahului oleh
Muhyiddin Yassin
Presiden
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu
Dalam jawatan
23 November 2019 – 16 Januari 2023
Timbalan Donald Peter Mojuntin
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehEwon Benedick
Timbalan Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
16 Mei 2018 – 30 Julai 2020
Berkhidmat dengan
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriMohd Shafie Apdal
Digantikan oleh Bung Moktar Radin
Jeffrey Kitingan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 9 Mei 2018
RajaMuhammad V
Timbalan Abu Bakar Bin Mohamad Diah
Didahului oleh Ewon Ebin
Digantikan oleh Yeo Bee Yin
(Sains & Teknologi)
Butiran peribadi
Lahir (1958-03-13) 13 Mac 1958 (umur 66)
Kampung Lokos, Kiulu, Tuaran, Sabah, Malaysia
Parti politik PH-UPKO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (- 2018)
Gabungan WARISAN + (2018 - Kini)
Pakatan Harapan (PH) (2018 - Kini)
PasanganDatin Seri Panglima Dr. Jaina Sintian
KediamanSabah, Malaysia
Alma materAsian Institute of Management
Universiti Pertanian Malaysia
Laman web rasmiBlog

Latar belakang sunting

Madius dilahirkan pada tahun 1958 di Kampung Lokos, Kiulu, Tuaran, Sabah, dalam sebuah keluarga Kadazandusun dimana ibu bapanya adalah penanam padi bukit. Beliau adalah anak keempat dari 14 adik-beradik. Setelah menghabiskan pendidikan sekolah rendah di SRK Lokos, Kiulu pada tahun 1970, beliau bertekad untuk meneruskan pendidikannya walaupun kurang dipersetujui oleh ibu bapanya pada mula-mula atas kekangan kewangan.

Pendidikan sunting

Dengan wang simpanan sendiri, beliau berdaftar diri di SMK Kiulu untuk Bridge Class Tingkatan Dua. [perlu rujukan] Untuk menanggung kehidupannya beliau melalukan kerja manual sebagai sebagai penoreh getah pada hujung minggu. [perlu rujukan] Beliau juga bekerja dengan seorang "tauke" Cina, satu istilah bagi pemilik perniagaan, di bandar Kiulu, yang pada masa itu hanya mempunyai satu deret kedai. [perlu rujukan] Perkara ini membolehkan beliau berjimat dari segi kos pemakanan dan sewa.

Beliau pernah bercerita tentang zaman kanak-kanaknya, "Semasa saya berusia 13 tahun, murid-murid dari kampung saya di Lokos akan berulang alik ke sekolah menengah kami di Kiulu dengan berjalan kaki sekali setiap dua minggu. Kami akan keluar dari rumah pada pukul 6 pagi dan tiba di sekolah pada pukul 6 petang. Kami turut membawa bekalan makanan seperti beras. Semasa saya sedang menuntut di UPM, saya akan berjalan selama empat jam dari pekan Nabalu ke Lokos. Secara umumnya penduduk di kampung saya berasal dari keluarga miskin yang tidak mempunyai sumber pendapatan dari pertanian kecil-kecilan yang dijalankan".

Pada akhir Tingkatan Dua beliau telah dianugerahkan biasiswa daripada Kerajaan Negeri Sabah untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama SMK Ranau untuk tingkatan tiga pada tahun 1974. Keputusan yang cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (LCE) telah mendapatkan beliau Sabah Biasiswa Kerajaan Negeri untuk meneruskan Tingkatan Empat di Setapak High School, Selangor, pada tahun berikutnya.

Rakan-rakan di sekolah-sekolah ini telah memberi ilham dan motivasi kepada beliau untuk memulakan sebuah pertubuhan pelajar di kampungnya yang dipanggil KEPALOS. Dana yang berjaya dikutip oleh beliau dimanfaatkan untuk mengadakan pelbagai aktiviti melalui pertubuhan ini seperti kumpulan belajar.

Pada tahun 1976, Madius lulus Malaysian Certificate of Education (MCE) dengan Gred Satu. Dengan ini beliau mendapat biasiswa kerajaan lagi untuk menuntut tingkatan Enam di Sekolah Menengah Sains Selangor (SMS) Cheras, iaitu sebuah sekolah berasrama penuh kerajaan. Di situ beliau adalah pemimpin pelajar yang aktif dan mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan.

Selepas Tingkatan Enam sementara menunggu keputusan Higher School Certificate, beliau berkhidmat sebagai guru sementara di SMK Tamparuli, Sabah, selama lima bulan. Beliau ditugaskan mengajar pelajar Tingkatan Satu subjek Sains Paduan.

Pada tahun 1979, Madius telah diterima sebagai sarjana muda di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Selangor, dalam bidang Sains Perhutanan. Beliau dilihat sebagai seorang pemimpin pelajar yang aktif di universiti. Antara aktiviti-aktiviti yang disertai adalah sebagai Presiden Persatuan Pelajar Katolik selama dua penggal dari tahun 1981 hingga 1982. Beliau juga amat prihatin terhadap pembangunan politik di negeri kelahiran beliau Sabah dan di seluruh negara.

Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1983 dan mendapat pekerjaan di Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) sebagai pegawai penyelidik di silvikultur.

Seterusnya pada tahun 1990, beliau memperolehi Sarjana dalam Development Management dari Asian Institute of Management (AIM) di Filipina.

Beliau berkahwin dengan Datin Dr. Jaina Sintian, yang kini adalah Ketua Pergerakan Wanita UPKO (UPKO Wanita). Empat daripada lima anak-anak mereka adalah anak perempuan manakala satu-satunya anak lelaki mereka anak bongsu.

Kerjaya sunting

Tidak lama selepas menamatkan pengajian di UPM, Madius dihantar ke Jepun untuk menjalankan latihan di pelbagai institusi penyelidikan selama empat bulan. Setelah kembali ke Sabah pada tahun 1985 beliau telah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai staf sokongan untuk membentuk kerajaan Sabah yang baru. Beliau juga mula berkhidmat di Institute for Development Studies (IDS) yang baru ditubuhkan semasa itu sebagai seorang penyelidik sehingga tahun 1994, iaitu selama sembilan tahun.

Apabila PBS ditewaskan oleh BN pada tahun 1994, Madius membantu pemimpin-pemimpin yang meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS). Untuk lima tahun yang seterusnya beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Institute for Indigenous Economic Progress (INDEP) Sabah. INDEP ditubuhkan oleh PDS untuk melibatkan kumpulan masyarakat Pasokmomogun di Sabah dalam penggubalan dasar kerajaan dan membantu para pemimpin UPKO membuat keputusan yang berasas.

Madius telah dilantik sebagai Pengerusi bagi beberapa lembaga dan syarikat seperti Sabah Cultural Board, Forest Plantation Development Sdn. Bhd., Malaysian Timber Industrial Board and Asian Supply Sdn. Bhd. Beliau juga dalam lembaga Suria Capital Berhad, Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd, dan Supply Base Asia Sdn. Bhd.

Kerjaya politik sunting

Dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah (2018 - 2020) sunting

Selepas beliau bersetuju untuk bergabung dengan Gabungan Warisan Plus dan Pakatan Harapan (PH) serta memberikan usul percaya terhadap YAB Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu (Ketua Menteri Sabah ke-15), Gabungan Warisan Plus tersebut akhirnya berjaya mendapatkan majoriti mudah dan berjaya menjadi kerajaan Sabah yang terbaru (2018-2020). Sehubungan dengan kejayaan parti tersebut menjadi kerajaan Sabah pada Pilihanraya Umum Ke-14, Datuk Madius Tangau telah diberikan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sabah serta menjadi ADUN Dilantik dalam kabinet Sabah (ADUN dilantik UPKO). itu adalah kali pertama beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet Kerajaan Sabah dan itu adalah kali pertama UPKO dibawah pimpinan Madius Tangau mempunyai penjawat tertinggi dalam kabinet kerajaan Sabah (Timbalan Ketua Menteri).

Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dibawah pemerintahan YAB Shafie Apdal dari tahun 2018 sehingga Gabungan yang beliau sertai iaitu Warisan Plus Tewas (Kalah) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020 (26 September 2020). Sehubungan dengan kejatuhan Gabungan Warisan Plus di Negeri Sabah, Beliau telah hilang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah. Semasa PRN 2020 Sabah, Beliau telah bertanding keatas kerusi N.15 Kiulu. Walaubagaimanapun, Beliau telah kalah merebut kerusi (lost seat) di kawasan N.15 Kiulu oleh penyandang, Datuk Johniston Bangkuai dari Parti Bersatu Sabah (PBS). Parti pimpinan beliau pula hanya berjaya mendapat satu (1) kerusi untuk bahagian ADUN Sabah iaitu di bahagian Kedamaian. Satu tamparan yang hebat untuk Parti UPKO apabila UPKO yang dahulunya mempunyai 5 kerusi ADUN, kini tinggal satu (1) kerusi sehubungan dengan penggabungan dengan Parti Warisan yang telah dianggapi oleh rakyat Sabah sebagai Parti yang berkontroversi-kan penyeludupan Pendatang Tanpa Izin (PTi).

Sebilangan ramai rakyat Sabah bahagian Tuaran juga telah menolak penukaran nama penuh "UPKO". Parti UPKO yang dahulunya adalah "United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation" telah ditukar nama penuhnya oleh pimpinan Datuk Madius Tangau sebagai "United Progressive Kinabalu Organisation" dan telah mendapat banyak anggapan tentang apakah motif beliau secara tiba-tiba menukar nama parti sejurus bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Warisan Plus. Keraguan tersebut juga telah menyebabkan beliau hilang sokongan dan hilang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dengan kekalahan di Adun Kiulu pada PRN Sabah.

Dilantik sebagai Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia (2015-2018) sunting

Pada 28 Julai 2015, Madius dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada 4 Ogos 2015.[2]

Visi Madius bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah untuk meneraju "ekonomi baru", atau Revolusi Perindustrian yang Keempat. Beliau mempunyai ruang kolumn pada setiap hari Ahad (bahasa Inggeris) dan Rabu (bahasa Malaysia) di The Daily Express iaitu akhbar harian yang terbesar di Sabah, dimana beliau menulis pendapatnya mengenai kemajuan dan polisi sains, teknologi dan inovasi di negara ini.

Pada bulan Mac 2014 pengasas yang juga Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan, hampir 10 bulan selepas beliau kehilangan kerusi Parlimen Penampang selepas ditewaskan di dalam pilihan raya umum Malaysia. Sejak itu Madius telah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden UPKO. Pada tahun 2012, jawatan Timbalan Presiden dikosongkan apabila Datuk Wilfred Bumburing keluar dari UPKO untuk menyertai gabungan pembangkang Pakatan Rakyat. Madius dipilih sebagai Timbalan Presiden pada bulan Oktober 2013 selepas menewaskan Datuk Dr. Ewon Ebin, Naib Presiden UPKO, dengan majoriti tipis.

Serpihan Parti Bersatu Sabah dan penubuhan UPKMO sunting

Semasa pilihan raya negeri di Sabah pada tahun 1999, 10 daripada 12 calon PDS yang bertanding telah dikalahkan. Akibat keputusan pilhan raya yang tidak memuaskan ini, Madius diminta oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding di pilihan raya umum pada tahun yang sama. Dengan ini bermulanya penglibatan secara langsung beliau dalam bidang politik. Madius telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Tuaran buat kali pertama pada November 1999 dan sekali lagi pada tahun 2004.[3] Beliau tidak bertanding di Parlimen Malaysia Ke-12 untuk memberi laluan kepada timbalan presiden UPKO Datuk Wilfred Bumburing. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013 beliau sekali lagi dipilih sebagai Ahli Parlimen Tuaran dan menang dengan majoriti lebih 5,000 undi. Beliau telah menang dengan mendapat undi sebanyak 20,685 menewaskan calon lawan Wilfred Mojilip Bumburing dari PKR yang beroleh 15,595 undi. Madius telah terlibat dalam UPKO sejak penubuhan parti. Tidak lama selepas pertama kalinya dipilih sebagai Ahli Parlimen, beliau dimandatkan jawatan sebagai Ketua Penerangan parti. Beliau dilantik Setiausaha Agung parti pada tahun 2002.

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Rakyat: P170 Tuaran, Sabah[4][5]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
1999 Yunof Edward Maringking (PBS) 10,270 55.58% Wilfred Madius Tangau (UPKO) 13,083 43.63%
2004 Wilfred Madius Tangau (UPKO) 17,354 66.21% Umsery @ Ansari Abdullah (PKR) 8,855 33.79%
2013 Wilfred Madius Tangau (UPKO) 20,685 50.8% Wilfred Bumburing (PKR) 16,673 38.4%
2018 Wilfred Madius Tangau (UPKO) 22,494 41.3% Chrisnadia Sinam (PKR) 14,870 27.4%

Anugerah sunting

  •   Malaysia :
    •   Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (JSM) (2003)
  •   Sabah :
    •   Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2005)
    •   Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2015)

Rujukan sunting

  1. ^ Madius dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
  2. ^ Wilfred Madius angkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini
  3. ^ Maklumat kerusi Parlimen Tuaran
  4. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 18 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
  5. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018.

Pautan luar sunting