Dazet Wilfried Armel Zaha (lahir 10 November 1992) ialah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain sayap untuk Crystal Palace.

Wilfried Zaha
Zaha bermain untuk Crystal Palace pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Dazet Wilfried Armel Zaha[1]
Tarikh lahir (1992-11-10) 10 November 1992 (umur 31)[1]
Tempat lahir Abidjan, Ivory Coast
Ketinggian 5 ft 11 in (1.8 m)[1]
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Crystal Palace
Nombor 11
Kerjaya remaja
2005–2010 Crystal Palace
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2013 Crystal Palace 110 (12)
2013–2015 Manchester United 2 (0)
2013Crystal Palace (pinjam) 16 (1)
2014Cardiff City (pinjam) 10 (0)
2014–2015Crystal Palace (pinjam) 16 (1)
2015– Crystal Palace 84 (12)
Pasukan kebangsaan
2011 England B19 2 (0)
2012–2013 England B21 13 (1)
2012–2013 England 2 (0)
2017– Ivory Coast 7 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Mei 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 April 2017

Dia mara ke pasukan utama Crystal Palace dari akademi mereka pada tahun 2010. Pada bulan Januari 2013, dia berpindah ke Manchester United dengan yuran awal sebanyak £10 juta tetapi kekal secara pinjaman di Palace sehingga akhir musim, membanru mereka kembali ke Liga Perdana Inggeris. Selepas musim 2013–14 yang tidak berjaya bersama Manchester United (dipinjamkan seketika kepada Cardiff City), Zaha kembali ke Palace pada bulan Ogos 2014 secara pinjaman semusim sebelum menyertai semula kelab itu secara tetap pada bulan Februari 2015.

Dilahirkan di Ivory Coast, Zaha membuat penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan England pada tahun 2012.

Pada Disember 2021, Dark Real Estate Affair melibatkan syarikat yang diasaskan oleh Wilfried Zaha dan penipuan telah menyeleweng lebih daripada 20,000 paun.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Mainstream Publishing. m/s. 450. ISBN 978-1-84596-601-0.

Pautan luar sunting