Willem-Alexander dari Belanda

Willem-Alexander (pronounced [ˈʋɪləm ɑlɛˈksɑndər]; Willem-Alexander Claus George Ferdinand; lahir 27 April 1967) ialah Raja Kerajaan Beraja Belanda kini, yang terdiri daripada Belanda, Curaçao, Aruba dan Sint Maarten. Baginda merupakan ketua kerabat diraja Belanda dan kerabat Amsberg, dan menjadi raja pertama Belanda sejak kematian Willem III pada 1890.[1]

Willem-Alexander
Raja Belanda
Pemerintahan30 April 2013 – kini
Didahului olehBeatrix
Pewaris sahCatharina-Amalia
Keputeraan (1967-04-27) 27 April 1967 (umur 56)
Utrecht, Belanda
PasanganMáxima Zorreguieta Cerruti (k. 2002)
Anakanda
Butiran
Catharina-Amalia, Puteri Orange
Puteri Alexia
Puteri Ariane
Nama penuh
Willem-Alexander Claus George Robert Ferdinand
KerabatKerabat Orange-Nassau (moden)
Kerabat Amsberg
AyahandaClaus von Amsberg
BondaBeatrix dari Belanda
AgamaProtestan

Willem-Alexander dilahirkan di Utrecht, Utrecht dan merupakan anak sulung Puteri Beatrix dan diplomat Jerman Claus von Amsberg. Beliau menjadi Putera Orange dan pewaris sah takhta Belanda pada 30 April 1980, apabila bondanya menjadi ratu, dan seterusnya menaiki takhta pada 30 April 2013 berikutan baginda bondanya turun takhta. Dengan naiknya ke takhta itu, baginda menjadi ketua negara termuda di Eropah.

Keputeraan sunting

Baginda diputerakan pada 27 April 1967 di University Medical Center di Utrecht, Belanda. Baginda merupakan putera sulung Ratu Beatrix dan Putera Claus[2] serta cucunda pertama nenda Ratu Juliana dan Putera Bernhard. Baginda merupakan putera dalam kerabat Belanda pertama sejak kelahiran Putera Alexander dan pewaris takhta lelaki pertama setelah kematian Alexander pada tahun 1884.

Sejak lahir, Willem-Alexander memiliki gelar Putera Belanda (Belanda: Prins der Nederlanden), Putera Oranye-Nassau (Belanda: Prins van Oranje-Nassau), dan Jonkheer dari Amsberg (Belanda: Jonkheer van Amsberg).[2] Baginda dibaptis sebagai anggota dari Gereja Reformasi Belanda[3] pada tanggal 2 September 1967[4] di Gereja Saint Jacob, Den Haag.[5] Orangtua baptisnya antara lain Putera Bernhard dari Lippe-Biesterfeld, Putera Ferdinand von Bismarck, Perdana Menteri Jelle Zijlstra, dan Ratu Margrethe II dari Denmark.[4]

Baginda memiliki dua adinda iaitu Putera Friso dari Oranye-Nassau yang lahir pada tahun 1968, dan Putera Constantijn dari Belanda yang lahir pada tahun 1969. Baginda tinggal bersama keluarganya di istana Drakesteijn di perkampungan Lage Vuursche dekat Baarn, sejak baginda lahir sehinggalah tahun 1981, sebelum mereka pindah ke istana Huis ten Bosch di Den Haag. Ibunya, Beatrix menjadi Ratu Belanda pada tahun 1980, setelah neneknya, Juliana, turun tahta. Baginda kemudian mgelar turun-temurun Putera Oranye, sebagai pewaris takhta Kerajaan Belanda[2].

Pendidikan sunting

Willem-Alexander mengikuti Sekolah Dasar Nieuwe Baarnse di Baarn pada tahun 1973-1979. Baginda melanjutkan pelajarannya ke tiga sekolah menengah yang berbeda: Lyceum Baarns di Baarn pada tahun 1979-1981, Eerste Vrijzinnig Christelijk Lyceum di Den Haag pada tahun 1981-1983, dan Atlantic College di Wales (1983-1985).[2][6]

Setelah pengabdian militernya pada 1985-1987, Willem Alexander mengambil jurusan sejarah di Universitas Leiden pada tahun 1987 dan menerima gelar akademisnya pada tahun 1993; baginda menulis mengenai tindak balas kerajaan Belanda atas keputusan Perancis di bawah Presiden Charles de Gaulle untuk meninggalkan struktur komando terpadu NATO sebagai topik disertasi akhirnya.[2]

Selain berbahasa Belanda, Willem-Alexander juga fasih berbahasa Inggeris, Sepanyol dan Jerman.[7]

Kerjaya pra-pemerintahan sunting

Ketenteraan sunting

Baginda menyertai Tentera Laut Diraja Belanda setelah melepasi persekolahan menengah dari Ogos 1985 sampai Januari 1987, di mana baginda menerima latihannya di Koninklijk Instituut voor de Marine, fregat HNLMS Tromp dan HNLMS Abraham Crijnssen. Pada tahun 1988, baginda menerima pelatihan tambahan di kapal HNLMS Van Kinsbergen dan menjadi seorang Leftenan Kedua.[8]

Dalam pasukan simpanan Tentera Laut Diraja Belanda, Willem-Alexander dinaikkan pangkat menjadi MejarLaut pada tahun 1995, kemudiannya ke Leftenan Kolonel Laut pada 1997, Kolonel Laut pada 2001, dan Komodor (Laksamana Pertama) pada 2005. Dalam pasukan simpanan Tentera Darat Diraja Belanda, baginda menjadi mejar pada 1995, dan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel pada 1997, Kolonel pada 2001 dan Brigadir Jeneral pada 2005. Dalam pasukan simpanan Tentera Udara Diraja Belanda, Baginda menjadi Komandan Skuadron pada 1995 dan dinaikkan pangkat menjadi Komodor Udara pada 2005. Sebagai pasukan pendukung Kepolisian Belanda, baginda menjadi Brigadir Jenderal pada tahun 2005.[6]

Sebagai bagian dari tugas kerajaannya, baginda memegang jabatan di Angkatan Darat (sebagai Brigadir), Angkatan Laut (sebagai komandan), dan Angkatan Udara Belanda (sebagai komodor),[9] dan baginda melepas jabatan tersebut atas kenaikan takhtanya.

Kesukanan sunting

Baginda terlibat dalam maraton luncur ais Elfstedentocht di bawah nama "W.A. van Buren" pada tahun 1986.[10] Baginda turut menyertai New York City Marathon dengan nama samaran yang sama pada tahun 1992.[11]

Baginda adalah penaung Jawatankuasa Olimpik Belanda hingga 1998 sebelum baginda dipilih menganggotai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Untuk , Baginda turut menyatakan dukungannya dengan menganjurkan tawaran untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2028 di Belanda sempena memperingati ulang tahun ke-100 Sukan Olimpik Musim Panas diadakan di Amsterdam.[12]

Kerjaya lain sunting

Baginda raja begitu tertarik pada masalah pengelolaan air. Baginda adalah anggota kehormatan dari Suruhanjaya Air Dunia untuk Abad ke-21 dan pendukung Kerjasama Air Dunia (Global Water Partnership), suatu badan yang dibentuk oleh Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Kementerian Pembangunan Sweden. Baginda juga dilantik sebagai Ketua Dewan Penasihat Setiausaha Agung PBB dalam Pengurusan Air dan Sanitasi pada tanggal 12 Disember 2006.[13]

Baginda juga merupakan seorang juruterbang di bawah KLM selama 21 tahun, mulanya dengan pesawat Fokker 70 kemudiannya dengan pesawat Boeing 737, bahkan baginda meneruskan kerja tersebut selepas pertabalan baginda sehingga tidak ramai yang mengenalpasti baginda dalam kokpit.[14][15]

Pertabalan sunting

Pada 28 Januari 2013, Ratu Beatrix mengumumkan bahawa baginda merancang turun tahta lalu akan digantikan oleh putwranya, Willem-Alexander. Upacara rasmi penyerahan takhta Kerajaan Belanda berlangsung pada 30 April tahun sama di Moseszaal (Dewan Musa) Istana Kerajaan, Amsterdam. Perasmian Willem-Alexander sebagai raja yang menyusul berlangsung di Gereja Nieuwe Kerk di Amsterdam.[16][17] Willem turut melepaskan pangkat tenteranya berikutan pertabalan ini, sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Belanda.[18]

Kerabat sunting

Pada tanggal 2 Februari 2002, Baginda berkahwin dengan Máxima Zorreguieta Cerruti di Beurs van Berlage, Amsterdam. Máxima merupakan seorang wanita Argentina keturunan Sepanyol dan Itali yang bekerja sebagai seorang jurubank pelaburan di New York sebelum pernikahan mereka; beliau juga merupakan anak kepada Jorge Zorreguieta, seorang menteri pada zaman kediktatoran Argentina tahun 1970-an, pertalian tersebut menyebabkan perkahwinan ini mencetus kontroversi ketika itu.

Anak sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Willem-Alexander ditabal Raja Belanda". Kosmo! Online. 1 Mei 2013. Dicapai pada 3 Mei 2013.
  2. ^ a b c d e Pangeran Oranye Diarkibkan 2009-05-09 di Wayback Machine. Wangsa Belanda. Diakses pada 19 Juli 2007.
  3. ^ Doop Willem-Alexander Diarkibkan 2009-03-31 di Wayback Machine. Nederlandse Omroep Stichting. Diakses pada 13 Desember 2009.
  4. ^ a b 40 meest gestelde vragen Diarkibkan 2011-06-04 di archive.today. Wangsa Belanda. Diakses pada 13 Desember 2009.
  5. ^ Doopplechtigheid Prins Willem-Alexander in Sint Jacobskerk Diarkibkan 2011-07-27 di Wayback Machine. Radio Netherlands Worldwide. Diakses pada 13 Desember 2009.
  6. ^ a b Z.K.H. prins Willem Alexander Claus George Ferdinand, prins van Oranje, prins der Nederlanden, prins van Oranje-Nassau, jonkheer van Amsberg (Willem-Alexander, Alexander). Parlement.com. Diakses pada 10 Februari 2010.
  7. ^ "Prins Willem-Alexander blundert tijdens staatsbezoek Mexico". 925.nl. 5 November 2009. Dicapai pada 3 May 2013.
  8. ^ Karier militer Diarkibkan 2009-11-24 di Wayback Machine. Wangsa Belanda. Diakses pada 17 Desember 2009.
  9. ^ "Home > Encyclopedie > Wie is wie > De Prins van Oranje > Lijst van functies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-12. Dicapai pada 2018-12-26.
  10. ^ Han (4 October 2012). "FAQ: eleven facts about the Eleven Cities Race | Radio Netherlands Worldwide". Radio Netherlands Worldwide. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-13. Dicapai pada 28 Januari 2013.
  11. ^ Brooks, James (19 April 2013). "Dutch abdication: Ten things you never knew about the royal family of the Netherlands - Telegraph". The Daily Telegraph. Dicapai pada 4 May 2013.
  12. ^ Netherlands May Bid For 2028 Games – Website Gamesbids.com
  13. ^ "About UNSGAB". UNSGAB. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-30. Dicapai pada 2013-01-28.
  14. ^ Sephton, Connor (17 Mei 2017). "Dutch king reveals double life as an airline pilot for KLM". Sky News. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2017. Dicapai pada 17 Mei 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  16. ^ "Time and place of abdication and investiture". Royal Dutch House. 28 Januari 2013.
  17. ^ Templat:Nl-icon Troonswisseling in Nederland (2013), Dutch Wikipedia, 2 Mei 2013
  18. ^ King will retain close relationship with armed forces[pautan mati kekal] (siaran pers), Kementerian Pertahanan, 2013. Diakses pada 3 Mei 2013.

Leluhur sunting

Pautan luar sunting

Willem-Alexander dari Belanda
Cabang kadet bagi Kerabat Amsberg
Tarikh keputeraan: 27 April 1967
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Beatrix
Raja Belanda
2013–kini
Pemegang jawatan kini
Waris:
Catharina-Amalia
Kerabat diraja Belanda
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
Alexander
Putera Orange
1980–2013
Diikuti oleh:
Catharina-Amalia
Gelar sebagai penuntut
Didahului oleh
Putera Claus dari Belanda
— TIDAK MEMERINTAH —
Ketua Kerabat Amsberg
2002–kini
Pemegang jawatan kini
Heir:
Putera Friso dari Orange-Nassau